
Apakah yang disebut oleh Nabi SAW pintu segala kebaikan. Pintu segala kebaikan salah satunya adalah berpuasa.
Seperti yang diterangkan dalam Eksklusif Tazkirah Ramadan oleh Pendakwah Selebriti, PU Riz, puasa itu sebenarnya menjadi benteng untuk kita terhindar dari segala kesilapan, kejahatan dan kemaksiatan dalam hidup kita.
“Sedar tak sedar kita sebenarnya banyak buat silap. Tapi dalam bulan Ramadan inilah kita perlu didik diri kita jadi insan lebih baik dan insan yang soleh pada Allah Taala.
“Jangan risau tak akan ada mudharat pada diri kita bila kita berpuasa. Bahkan Allah gantikan dengan kesihatan yang lebih baik. Malah pada bulan ini jugalah menjadikan kita lebih rapat dengan Allah Taala.
“Selamat beramal dan jangan takut puasalah. Semoga Allah akan memberi kita kebaikan dunia dan akhirat,” tambahnya.

KASHOORGA: Jangan lupa ikuti secara Eksklusif Ramadan Kashoorga Tazkirah & Azan LIVE di palatform Digital Facebook setiap hari sepanjang Ramadan ini.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tak Solat Tapi Diberi Kemewahan Berlipat Ganda Oleh Allah. Kena Faham Itulah Dugaan Besar Dalam Hidup!

Tidak dinafikan ramai dalam kalangan kita ambil ringan mengenai bab solat. Lebih-lebih lagi merasakan apa yang dihajati Tuhan berikan tanpa sebarang halangan.
Ternyata Allah beri mereka nikmat yang sangat luar basa hingga membuatkan mereka lupa kepada penciptaNya.
Namun itu sebenarnya adalah cabaran paling besar dan hebat dari Dia untuk kita sebagai hambaNya.
Sengaja Allah berikan berikan kemewahan untuk melihat adakah mereka ini akan kembali tunduk pada PenciptaNya.

Perkongsian dari laman sosial Facebook oleh Ustaz Farid Rashidi memberi kita makna tersendiri dan keinsafan dalam diri.
“Aku tak solat, ok je. Siap maju lagi bisnes.”
“Alah, tak tutup aurat pun still sihat je aku ni.” Kata seseorang yang lain pula.
Ini contoh gambaran yang selalu berlaku dalam masyarakat kitakan. Allah SWT bagi dia nikmat luar biasa. Bagi dia rezeki yang banyak. Gaji besar. Bisnes duit juta-juta. Kereta mewah. Rumah agam indah. Jarang jatuh sakit. Anak-anak berjaya hingga ke menara gading. Dapat pula melancong setiap tahun ke seluruh dunia.
Semua dia dapat.
Walhal hidupnya jarang sekali dahi mencecah sejadah. Kalau pun ada, boleh dibilang jari waktu hadir solat Jumaat atau ada solat di program tertentu.
Puasa pula, yang yok bangun pagi seluk periuk. Al-Quran, jauh sekali dibaca. Maksiat itu dah jadi biasa. Zakat, sedekah jarang sangat dibuat.
Orang nasihat elok-elok dikatanya menyibuk pula.
Nauzubillahhi minzalik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang Allah kasihi, itulah yang dinamakan istidraj. Allah SWT uji dengan kesenangan, kemewahan dan kejayaan luar biasa. Leka dan ralit hingga lupa bahawa semua itu Allah SWT yang bagi padanya.
Dalam sebuah hadis Nabi SAW dari ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا رَأَيْتَ اللهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيهِ مَا يُحِبُّ، فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ ” ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ} [الأنعام: 44]
Apabila engkau melihat Allah memberikan kepada seorang hamba berupa nikmat dunia yang disukainya padahal dia suka bermaksiat, maka itu hanyalah istidraj belaka, lalu Rasulullah membaca: (Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa) [Al An’am: 44].

Hadis riwayat Ahmad, no. 17311]
Allahu Rabbi.
Marilah sama-sama kita berpesan. Pesan pada diri sendiri sungguh-sungguh bahawa segala nikmat dan rezeki Allah SWT yang beri, bukan dari makhluk-Nya. Selalu minta pada Allah SWT supaya hati tak dibolak-balikkan.
Dan sebagai tanda sayang, share dan ingatkan saudara-saudarimu juga. Hidup ini begitulah, perlukan nasihat agar tak leka dan alpa.
Kredit Farid Rashidi
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Fakta Anak Ketiga, Si Manja Yang Diam-Diam Rupanya Banyak Simpan Rahsia. Untung Berjodoh Dengan Mereka Ini!

Isi Kandungan
ToggleRamai mengatakan anak ketiga sikapnya jauh berbeza dengan karakter sulung atau bongsu.
Ada yang mengatakan mereka ini dikatakan sering dipinggirkan dan menjadi mangsa buli ahli keluarga kerana sikap mereka yang lebih gemar jadi pendiam dan menyendiri.
Namun sebenarnya anak ketiga mempunyai berbagai kelebihan yang tidak kurang hebatnya berbanding anak pertama, kedua atau bongsu.
Seperti juga kelebihan pada anak pertama dan bongsu, tentunya anak ketiga juga memiliki keperibadian yang berbeza-beza.
Dalam satu kajian mendapati bahawa anak ketiga ini juga mempunyai kelebihan tertentu yang ramai tidak tahu.
Selain dikatakan seorang yang sangat sensitif, banyak perkara menarik berlaku dalam hidup anak ketiga.
Bahkan dari sudut pandang percintaan, fakta anak ketiga juga menyimpan sejuta kejutan yang sangat menarik untuk diselidiki.

Fakta Anak Ketiga, Si Manja yang Diam-Diam Punya Banyak Rahsia
1. Manja menjadi sifat bawaan anak ketiga
Selalu ingin dimanja oleh siapapun, menjadi sifat yang melekat erat pada keperibadian anak ketiga. Jika ia merupakan anak terakhir atau mempunyai kakak tertua, terkadang membuatnya menjadi sasaran untuk dimanja kerana dianggap paling kecil. Selain keinginannya yang harus selalu dituruti, anak ketiga ini juga sebenarnya jarang dimarahi jika membuat sebarang kesalahan kecil. Malah anak ketiga juga sebenarnya disayangi oleh sanak saudara dan adik beradik lain.
2. Seorang yang menyimpan sifat amarah tak terduga
Menyimpan amarah dalam diri sendiri, menjadi satu sifatl negatif yang terdapat pada anak ketiga. Ia juga terkenal sangat pandai menyembunyikan masalah pelik yang sedang dihadapinya. Pandai menyembunyikan perasaan itu dengan sifat ceria saat tampil di depan banyak orang. Namun, keperibadian anak ketiga ini diketahui sering memendam sifat marah yang sukar untuk dipendam jika sudah sampai waktunya.
3. Mempunyai sikap tanggungjawab tinggi walaupun bersikap tidak acuh
Meski terkadang tampil bersikap tidak acuh, namun mempunyai sikap tanggungjawab yang sangat tinggi dalam keluarga. Mudah juga bersimpati dengan nasib yang berlaku di sekeliling mereka, jadi tidak hairanlah jika menjadi kesayangan orang di sekeliling. Salah satu sifatnya yang unik adalah, anak ketiga boleh bercanda dengan baik meski saat itu hatinya sedang bersedih. Salut ya untuk kamu yang anak ketiga!
4. Punya sifat peribadi yang sensitif dan mudah menangis
Penampilan garang yang sering dilabel oleh anak ketiga, ternyata hanyalah sisi sementara bagi anak ketiga. Diketahui, anak ketiga mempunyai sikap orang yang sangat mudah sensitif dan menangis. Mereka ini sangat pandai menyembunyikan perasaan sesungguhnya dan terlihat ceria, namundi dalam hati siapa yang tahu.

5. Berbeza dengan anak yang lain dan sedikit keras kepala
Dalam pandangan secara umum, anak ketiga dikenal pasti berbeza dengan saudara lainnya. Hal ini terkait hal-hal ‘tak biasa’ yang sering dilakukan oleh anak ketiga tersebut. Kebanyakan, kegiatan unik yang dilakukannya tidak pernah terfikir oleh adik beradik lain. Selain itu, anak ketiga pada umumnya juga terkenal keras kepala. Mereka cenderung sering memberontak dengan caranya sendiri. malah anak ketiga juga bersikap acuh dan tak ingin mendengar nasihat dari orang lain.

6. Mendapatkan bimbingan terbaik
Lahir sebagai anak ketiga, kemungkinan besar orang tua sudah lebih siap dan mempunyai berpengalaman. Akhirnya anak ketiga lahir dengan optimal dan juga dididik dengan baik termasuk juga dari kakak-kakaknya. Jadi sangat beruntunglah bagi mereka yang menjadi anak ketiga.
7. Penyempurna keluarga
Satu ungkapan popular dalam bahasa Inggeris yang ertinya “kali ketiga akan membawa keberhasilan.” Begitu pula kehadiran ketiga dalam keluarga. Anak ketiga dianggap sebagai penyempurna dan anugerah tambahan dari Tuhan.
Terserah apa kata orang lain, yang pasti orang tua dan adik beraik lain sangat menyayangi dan mensyukuri kehadranmu dalam keluarga. Bahkan, seluruh perhatian mereka akan difokuskan kepada anak yang lahir paling kecil.
Meski fakta anak ketiga yang ada di atas belum mencakup secara keseluruhan, namun memang seperti itulah adanya.
Tak salah jika jika anak kketiga merupakan insan yang istimewa yang lahir dalam sebuah keluarga.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Hukum Seorang Isteri Menolak Permintaan Suami Sedang Bernafsu

Isi Kandungan
ToggleKetika ini ramai wanita yang bekerjaya yang sering kali kepenatan bila pulang ke rumah.
Apatah lagi sesudah sampai perlu menguruskan keperluan keluarga dan anak-anak.
Disebabkan ini mungkin ada wanita yang hilang selera bila diajak ‘bersama’ oleh suami. Malah ada yang pernah berbohong mengatakan dalam keadaan haid untuk mengelak dari bersama suami. Tapi apa pula hukum perbuatan isteri yang begini?
Diulas oleh Mufti Wilayah Persekutuan berikut adalah penjelasannya
Ringkasan Jawapan
Secara asasnya isteri dilarang menafikan hak suami ke atas dirinya, bahkan menolak permintaan suami untuk bersetubuh dengan memberi helah adalah berdosa besar melainkan pada keuzuran syarak seperti ketika haid, nifas, keadaan zihar, sakit dan ketika ihram.
Walau bagaimanapun dalam kehidupan serba moden di mana isteri turut sama keluar bekerja disamping masih bertanggungjawab menjaga urusan rumah tangga, maka sebaiknya kedua-dua pasangan saling berbincang bagi mencari kesefahaman dan kesepakatan dalam hubungan suami isteri untuk memelihara hak kedua-dua pasangan.
Huraian Jawapan:
Tanggungjawab isteri mentaati perintah suami pada perkara yang ma’ruf selagi dalam kerangka syarak. Bahkan, terdapat hak-hak suami yang perlu dilunaskan oleh seorang isteri. Para fuqaha bersepakat bahawa suami berhak mengajak isterinya untuk bersetubuh pada bila-bila masa yang dia mahu melainkan pada alasan-alasan syarie seperti waktu ketika haid, nifas, keadaan zihar dan ketika ihram.
Begitu juga, nusyuz boleh terjadi apabila jika isteri menolak hubungan seksual walaupun dalam bentuk memegang pada anggota yang dipilih suami. Namun tidak dianggap nusyuz isteri menolak kerana uzur seperti wanita tengah sakit yang membawa mudarat dengan bersetubuh, farajnya luka dan sedang haid . Sekiranya tiada keuzuran syarak, maka menjadi kewajiban isteri menunaikan permintaan suami untuk bersetubuh. Bahkan, berdosa besar sekiranya isteri menolak berdasarkan dalil yang menunjukkan ancaman.[1]
Ancaman yang dimaksudkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إلى فِرَاشِهِ فأبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلَائِكَةُ حتَّى تُصْبِحَ.
Maksudnya: “Apabila seorang lelaki mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk berkelamin), lalu isteri itu menolaknya, maka suami tersebut tidur dalam keadaan marah dengan isterinya. Dengan itu, para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi.”
Riwayat al-Bukhari
Pengajaran daripada hadis tersebut menunjukkan besarnya hak suami ke atas isterinya. Ini menjadi dalil bahawa haram bagi seorang isteri itu menolak ajakan suami mahupun berlengah-lengah atau dipaksa suaminya mengajak ke tempat tidur untuk istimta’ (berseronok) dan bersetubuh. Menolak permintaan tersebut dianggap sebagai dosa besar disebabkan malaikat melaknatnya sehingga pagi. [2]
Sementara, Abu Daud menjelaskan hadis ini menunjukkan bahawa isteri wajib memenuhi permintaan suaminya untuk bersetubuh walaupun sedang dalam keadaan sibuk dengan urusan-urusan yang penting. [3]
Dalam sebuah riwayat yang lain daripada Abdillah Abi Aufa bahawa Nabi SAW bersabda:
والَّذي نَفسُ محمَّدٍ بيدِهِ لا تؤدِّي المرأةُ حقَّ ربِّها حتَّى تؤدِّيَ حقَّ زوجِها ولو سألَها نفسَها وَهيَ علَى قتَبٍ لم تمنعْهُ
Maksudnya: “Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamannya, seorang isteri dianggap belum memenuhi kewajiban terhadap Allah sehingga dia menunaikan kewajiban terhadap suaminya, sekiranya seorang suami meminta haknya kepada isterinya dan ketika itu dia berada di atas belakang unta, isterinya tidak boleh menolak.”
Sahih Ibn Majah
Sehubungan itu, selagi tiada alasan-alasan yang boleh diterima syarak, isteri tidak boleh menggunakan apa-apa alasan mahupun helah untuk menipu suaminya. Perbuatan menipu termasuk dalam dosa-dosa besar. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الْأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ
Maksudnya: Maka jauhilah kalian akan kotoran berhala dan jauhilah kalian ucapan yang dusta.
Surah Al-Hajj (30)
Walau bagaimanapun, para suami juga harus memberi perhatian bahawa Allah SWT juga memerintahkan untuk menggauli (bermu’asyarah) isteri dengan cara yang paling baik kerana asas bagi hubungan badan suami isteri itu adalah bagi membina kemesraan dan bukanlah bagi melepaskan nafsu semata-mata. Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ
Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.
Surah al-Nisa’ (19)
Persetubuhan suami isteri termasuk dalam tujuan perkahwinan serta menjaga keturunan (Hifz al-Nasal). Hubungan seksual termasuk dalam hak antara pasangan suami isteri dalam perkahwinan selain meraikan fitrah manusia dalam hubungan yang halal, firman Allah:
لَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ
Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak);”
Surah al-Baqarah (228)
Persetubuhan ketika dalam Haid
Sekiranya isteri benar-benar dalam berkeadaan haid maka haram jika suami mengajaknya bersama. Ini kerana salah satu perkara larangan bagi wanita didatangi haid ialah melakukan persetubuhan dengan suaminya. Firman-Nya:
فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ ُ

Maksudnya: “Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
Surah al-Baqarah (222)
Suami diharamkan melakukan persetubuhan pada faraj isteri yang sedang mengalami haid secara berlapik atau secara langsung walaupun tanpa syahwat.[4]
Oleh itu, peranan seorang isteri penting dalam menjelaskan situasi sebenar tanpa membenarkan suami secara rela menyetubuhinya ketika haid. Ini berdasarkan riwayat berikut:
لَعن اللّه الغائِصةَ والمُغَوِّصة
Maksudnya: “Allah melaknat wanita yang tidak memberitahu suaminya bahawa dia sedang berhaid supaya suaminya boleh menyetubuhinya dan wanita yang tidak berhaid tetapi menipu suaminya agar tidak boleh menyetubuhinya.[5]
(Rujuk al-Nihayah fi Ghorib al-Hadis wa al-athar)
Perkataan laknat menunjukkan ancaman berat kepada wanita yang ingin disetubuhi semasa dia sedang haid serta wanita yang menipu suaminya bahawa dia sedang haid agar tidak disetubuhi.
Penutup
Berdasarkan hujah yang dikemukakan, haram dan berdosa besar seorang isteri menafikan hak-hak suami ke atas dirinya tanpa ada sebarang keuzuran syarie seperti waktu ketika haid, nifas, keadaan zihar dan ketika ihram.
Walau bagaimanapun dalam kehidupan serba moden di mana para isteri telah ramai yang turut sama keluar bekerja di samping masih bertanggungjawab menjaga urusan rumah tangga, maka sebaiknya kedua-dua pasangan saling berbincang bagi mencari kesefahaman dan kesepakatan dalam hubungan suami isteri untuk memelihara hak kedua-dua pasangan.
Isteri perlu menjelaskan keadaannya sebenar agar suami dapat memahami tanpa perlu berbohong.
Wallahu A’lam.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI