Pembentukan institusi kekeluargaan bertitik tolak daripada perkahwinan. Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Ia merupakan satu peristiwa bersejarah yang menjadi memori indah buat seorang lelaki dan juga seorang wanita. Perkahwinan itu sukar dirasai tanpa menjalaninya kerana realiti hidup berumah tangga tidak sama dengan zaman bercinta.
“Saya suka dia, dia suka saya, suka sama suka, cukuplah, kan?” Tidak. Bab nikah-kahwin ni, suka sama suka tidak cukup besar dan meyakinkan untuk kata seorang lelaki dan seorang wanita itu sudah bersedia untuk bernikah.
Begitu juga dengan ‘hujah’ biasa kita dengar seperti sudah lama berkawan, kenal hati budi, ibu bapa dah restui, bla bla bla, fahamkanlah, semua ini tak cukup valid dan solid untuk jadi sebab untuk berkahwin.
Ikatan nikah membawa maksud kedua-dua lelaki dan perempuan itu mampu menunaikan hak pasangan, mampu melunaskan hak sendiri, tahu dan mampu laksanakan hukum hakam agama, tahu menguruskan rumahtangga dan keluarga, mampu membimbing pasangan dan anak-anak ke arah kebaikan dalam keadaan yang baik, boleh berfikir dengan waras jika hubungan dilanda masalah, wajib menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, dan pelbagai lagi.
BERSEDIA PIKUL TANGGUNGJAWAB
Ads
Tak boleh dilupakan, hidup bernikah juga bermaksud kita bersedia nak basuh berak anak kita, tak ada nak euwww bagai. Dah anak berak, basuh sajalah, hingga bersih, tak kisah siang, pagi, tengah hari, petang, atau malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur.
Jangan pernah fikir dan bayangkan pernikahan itu cukup dengan cinta suci mendalam sejiwa terhadap pasangan pilihan, nak jaga nafsu syahwat semata-mata, seronok gembira sepanjang masa, boleh bermalas-malasan dan seumpamanya. Hidup berkeluarga, walaupun baru berdua, tak sama dengan hidup bujang.
Orang yang bernikah perlu juga faham risiko perceraian, bukan semua pernikahan berbahagia hingga ke hujung nyawa, hingga ke syurga, perlu matang untuk teruskan kehidupan, dan sebagainya. Bukan mendoakan perceraian, tetapi ambil tahu untuk sediakan ilmu di dada.
Ads
BANYAK UJIAN DAN DUGAAN
Jangan terikut-ikut dengan pelbagai drama, filem dan seumpamanya, yang selalu paparkan cinta sebagai penentu segala-galanya. Kalau ikut drama dan filem, pilot tak pernah masuk cockpit untuk terbang tetapi asyik bercintaaaaa tak habis-habis dengan suri hati, doktor tak pernah sibuk urus pesakit tapi asyik kejar cinta Kapten Mukhriz, lelaki dah nikah macam Ustaz Hamadi sibuk pandang perempuan lain disebabkan cinta Aisyah jadi buta mata tak tahu hak dan tanggungjawab sebagai isteri, bla bla bla.
Ads
Adik-adikku sayang,
Bernikah bukan bermaksud stop semua benda lain, boleh berbulan madu sampai mati. Hidup perlu diteruskan. Orang yang kerja kuat kumpul duit nak kahwin perlu terus kerja kuat kumpul duit untuk sara isteri dan anak-anak.
Pernikahan membawa bersamanya jutaan UJIAN. Jangan pandang sebelah mata hal ini semua hanya sebab kita nikah suka sama suka. Suka sama suka itu perlu tapi tak cukup untuk sebuah pernikahan.
Ramai lelaki di luar sana mahukan wanita yang sopan dan menurut perintah. Pada mereka, wanita bersikap demikian adalah calon isteri terbaik. Walau bagaimanapun sesetengah lelaki tidak tahu bahawa calon isteri yang paling baik tergolong daripada wanita yang keras kepala atau kepala batu.
Ini sebabnya mengapa wanita yang keras kepala sesuai dijadikan calon isteri:
TAHU APA YANG DIA MAHU
Wanita jenis ini ada matlamat hidup, dia tahu apa yang dia mahu dan tidak akan resah gelisah andai diri ditimpa masalah (sentiasa bersedia dalam menghadapi apa jua cabaran). Dan jika dia mencintai kamu, setiap masalah yang mendatang pun dia akan hadapi dengan tenang dan bersedia mempertahankan cintanya.
BIJAK KUASAI EMOSI
Satu perkara yang paling best, wanita jenis ini pandai menguasai emosi. Dia tahu bila masa sesuai untuk marah dan sebaliknya. Hihi, beza bukan dengan wanita lemah lembut yang tidak berapa menentu emosinya.
PRIHATIN
Mesti ramai ingat, wanita jenis ini kurang peka dengan individu sekelilingkan. Tanggapan itu salah! Mereka sangat prihatin dengan orang yang disayanginya dan tidak mempedulikan dirinya.
(LAIN DARI YANG LAIN)
Mereka sukakan sesuatu lain daripada yang lain. Barulah hubungan cinta lebih menarik.
YAKIN DAN PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Wanita jenis ini sentiasa percaya dan yakin dengan diri sendiri. Bagi mereka, tiada siapa yang dapat mengubah apa yang dia inginkan. Apa yang bagusnya, dia tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan. Jika A yang dikatanya maka A lah.
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Soal rezeki, pertemuan, ajal maut itu terletak di tangan Allah. Hanya Dia yang mengetahui bila kita akan bertemu PenciptaNya.
Namun bagi wanita atau isteri, bersediakah jika kehilangan suamiya yang dianggap sebagai dahan tempat bergantung hidup.
Adakah mereka akan terus menangisi pemergian insan tersayang ini, lebih-lebih lagi bila memikirkakn rezeki yang Allah hadirkan selepas itu.
Gambar sekadar hiasan.
Perkongsian dari Firdaus Syakirin ini sedikit sebanyak memberitahu kita kenapa isteri begitu takut kehilangan suaminya.
Kenapa isteri takut kehilangan suaminya…?
Org perempuan, bila dah sayang, maka cukuplah dgn seorang tu saja sampai bila2…klu nak dibandingkan syg org lelaki dgn syg org perempuan ni, org lelaki lebih senang berubah perasaan ataupun sygnya tergugat bila ada dugaan dan cubaan…
Sayang org perempuan terhadap org lelaki ni berserta dgn impian dan harapan…
Ada tujuan dan keinginan yg ingin dicapainya dgn lelaki tersebut…dia sanggup buat apa saja selagi dirinya disayangi oleh lelaki itu…
Sebab tu la apa saja teguran dan nasihat dia adalah semata-mata utk kebaikan…
Kebaikan lelaki itu dan juga masa depan dirinya…org perempuan takkan tegur pasangannya dgn niat utk merendahkan, menjatuhkan dan menghukum…tapi ianya sebagai ruang dan peluang utk dibuat pembetulan dan penambahbaikan ke arah menjadikan diri lelaki itu lebih baik dr sebelumnya…
Gambar sekadar hiasan.
Dia juga akan dapat manfaat hasil drpd teguran dan nasihat dia yg membawa perubahan dlm diri lelaki itu…
Sebab tu kita org lelaki kena fikir, isteri kawal pergerakan kita, jaga pergaulan kita, ambik tahu ke mana kita pergi, bila kita balik, dgn siapa kita keluar, disebabkan dia taknak kehilangan org yg dia sayangi…
Sayangnya dia pada kita tu bukan senang utk diubah atau ditukar ganti melainkan jika dia dah tak diperlukan lagi…
Maka masa tu, dia sendiri yg akan angkat kaki berlalu pergi…
Tidak dinafikan ada kalangan kita berkahwin dengan mereka yang berwajah seiras. Sekali pandang memang macam adik-beradik dan suka untuk tentukan adakah pasangan ini adik beradik atau suami isteri.
Kajian juga mendapati, mereka yang berwajah seiras ini dikatakan sangat serasi dan pasangan yang sepadan serta mencintai satu sama lain.
Adakah ini dikatakan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita. Mungkin ianya terjadi secara kebetulan namun sebenarnya ada kajian saintifik terbaru yang dilakukan untuk membuktikannya.
Namun begitu ada beberapa sebab yang telah dibuktikan mengapa perkara ini (pasangan berwajah seiras) terjadi. Antaranya:
Menyerupai Ibu Bapa Anda
Mereka mengatakan bahawa seorang lelaki cenderung untuk berkahwin dengan seseorang yang memiliki karakter atau personaliti seperti ibunya. Ia adalah satu bonus sekiranya seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri tersebut tidak kira dari segi perilaku atau rupa.
Para penyelidik mengesahkan bahawa sekiranya seseorang selalunya akan memilih pasangan yang boleh dijadikan teman, rakan kongsi dan ‘ibubapa’ yang boleh menjaganya. Selain itu, faktor yang paling signifikan adalah seperti warna rambut, warna mata dan umur ibu bapa mereka.
Di samping itu, sekiranya ibu bapa tidak terlalu muda ketika melahirkan mereka, kebiasaannya mereka akan mencari pasangan yang lebih tua dari usia mereka.
Masa Yang Dihabiskan Bersama
Seorang Ahli Psikologi Sosial Amerika Syarikat, Robert Zanjonc telah membandingkan gambar pasangan pada hari perkahwinan mereka dan gambar yang diambil pada 25 tahun kemudian.
Kajiannya memperlihatkan bahawa walaupun pada awalnya suami dan isteri tersebut tidak mempunyai persamaan (wajah) sama sekali, kira-kira 25 tahun kemudian, rupa mereka kelihatan begitu seiras. Fakta lain dari kajiannya adalah semakin bahagia sesuatu perkahwinan itu, semakin tinggi kemungkinan kemiripan wajah pasangan tersebut.
Berkongsi Pengalaman
Antara sebab lain adalah suami isteri selalu berkongsi pengalaman bersama pasangan mereka. Sepanjang hidup bersama, mereka selalunya akan mengalami momen-momen indah mahupun sedih.
Oleh itu, segala yang dialami oleh mereka akan memberi kesan kepada tubuh badan serta emosi mereka. ‘Sejarah’ mereka terukir di wajah membentuk ‘kedutan’ yang sama.
Seseorang Selalunya Akan Tertarik Dengan Individu Yang Mempunyai Wajah Hampir Sama Dengan Mereka
Menurut kajian, seseorang akan tertarik pada mereka yang memiliki wajah yang hampir sama dengan mereka. Ia dikenali sebagai assortative mating, teori ini menjelaskan tentang individu yang mempunyai pasangan fenotip yang sama. Jika pasangan itu mempunyai wajah seiras, peluang untuk memiliki anak yang persis seperti ibu bapanya adalah lebih tinggi.
Justeru, para pengkaji percaya ini adalah salah satu cara untuk individu itu memaksimumkan gen mereka kepada generasi akan datang.
Sistem Imun Yang Serupa
Sistem imun dalam tubuh kita mencerminkan gaya hidup seseorang termasuk pemakanan dan senaman fizikal. Sekumpulan saintis membuat kesimpulan bahawa pasangan yang telah lama berkahwin mempunyai sistem imun yang sangat serupa. Mungkin itulah sebabnya mereka sering berkongsi tabiat dan gaya hidup mereka secara umum.
Meniru Sesama Sendiri Tanpa Sengaja
Pasangan yang sudah lama tingal bersama sering mencerminkan perilaku masing-masing. Ia menunjukkan bahawa ada keselesaan emosi dan kepercayaan dalam hubungan mereka. Para saintis menyatakan bahawa seseorang akan cenderung untuk mengubah kebiasaan mereka sendiri setelah berkahwin.
Sebagai contoh, jika salah seorang daripada mereka cuba berhenti merokok dan mula makan makanan yang sihat, yang lain sering melakukan perkara yang sama.
Sumber: Brightside
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Keluar pejabat pada waktu bekerja untuk melakukan urusan peribadi ibarat satu kebiasaan. Ada yang memberitahu majikan tapi ramai juga yang keluar senyap-senyap hingga berjam-jam...