Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Mengapa Penting Untuk Pasangan Suami Isteri

Share

Ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri. Meraikan ulang tahun perkahwinan mampu menghangatkan kembali hubungan dalam rumah tangga. Usia perkahwinan yang bertambah setiap tahun menjadi satu penanda aras yang menandakan anda dan pasangan berjaya melalui pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perkahwinan.

Imbau dan rasai kembali kasih sayang yang menyatukan perasaan anda dan pasangan selama hidup bersama. Anda dan pasangan juga dapat mengenal pasti apa yang menjadi kekuatan dan kelemahan dalam ikatan perkahwinan anda dan pasangan agar kelemahan yang ada mampu diperbetulkan. Melakukan refleksi bersama dengan pasangan akan menyedarkan anda seberapa jauh hubungan perkahwinan ini bermula.

Usia perkahwinan yang masuk tahun ke 5, 10 bahkan 20 tahun bukanlah alasan pudarnya api cinta dalam perkahwinan. Justeru pada momen ulang tahun perkahwinan, anda dan pasangan bolehlah merencanakan makan malam romantik mahupun percutian bersama.

Rencanakan aktiviti atau liburan yang sesuai dengan keinginan anda dan pasangan untuk mengisi agenda ulang tahun perkahwinan. Ini sangat bermanfaat untuk ‘menggebukan’ kembali perasaan cinta antara anda dan pasangan.

Penting untuk melakukan refleksi sejenak untuk menyedari betapa berharganya hubungan perkahwinan anda. Ambil juga sedikit masa untuk merangka masa hadapan dan impian anda bersama pasangan untuk masa depan.

Published by
wan erni