Dalam satu perkongsian di laman Instagram penceramah bebas, Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Din berkongsi rasa tentang kesyukurannya menyambut ulang tahun perkahwinannya yang pertama. Coretannya begitu tulus dan ikhlas buat isteri tercinta.
Moga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah.
Happy 1st Anniversary Da’i Wan & Dr Syahirah. 17/3/2018 – 17/3/2019.?❤️
Sebenarnya dari semalam lagi ingin sahaja ku panjangkan perbualan kita ketika sedang bercakap di dalam Phone. Tetapi sebab ku faham, dirimu begitu penat kini, pulang jam 11.30 kemudian nak siap2 untuk pergi semula. Jam 4 pagi telah bangun. Maka ku pendekkan perbualan kita, tapi ku panjangkan dalam pengisian di ruangan ini.
Ads
Wahai isteri ku @syahirah_zamzari . Terima kasih untuk 1 tahun ini. Dikau tidak sama dengan wanita diluar sana. Punyai cara pemikiran yang tersendiri. Bijak dan matang orangnya. Kehadiranmu sebagai isteri telah banyak menghadirkan wacana pemikiran yang sangat baik buat diriku. Daku bersyukur menjadi suamimu. Moga dalam kesibukan kita menguruskan urusan masing-masing, senantiasa kita berada dalam kerinduan bawah jagaan Ilahi.
Ingat selalu pesanku, jagalah solatmu, jagalah doamu, jagalah akhlakmu pada Allah swt terlebih dahulu. Dengan itu Allah swt akan jagakan hubunganmu dengan manusia, baik dengan diriku sebagai suamimu, dengan ayah ibu kita, dengan adik beradik kedua-dua keluarga kita dan juga orang sekeliling.
SAYANG KERANA ALLAH
Ads
Wahai isteriku, daku menyayangimu kerana Allah swt, maka pada Allah daku sandarkan harapan agar Dia melindungi dan menjagamu disaat ku tiada. Sedar tak sedar, sudah 1 tahun kita bersama. Lihatlah betapa masa hari ini berputar laju meninggalkan orang-orang yang mungkin telah banyak kerugian di dalamnya.
Saat selagi Allah swt berikan kita berdua masa, maka daku minta, untuk kita sama-sama menghargainya. Dengan menghargai kita akan lebih menyayangi dan mencintai semula. Kesibukan tidak pernah mampu memisahkan kerinduan kita. Ingat tu. Kesungguhan kita menyumbang bakti pada masyarakat tidak akan pernah melemahkan kasih sayang kita berdua.
Ads
Biarlah kita menjadi pasangan yang kelihatan tidak punyai keindahan hidup berdua pun pada mata dunia, tapi cukuplah mereka tahu kita layak dijadikan contoh, khususnya pada pasangan2 lain diluar sana, tentang bagaimana kita sebenarnya mencari bekal untuk hidup bersama di akhirat kelak.
Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang pertama duhai isteriku.
Kadang-kadang ada segelintir suami yang agak kurang beri perhatian setiap kali isteri berceloteh. Jika sebelum ini anda para suami bersikap tidak acuh bila isteri bercakap, lepas ini anda perlu ubah sikap tersebut. Kenapa? Baca perkongsian Mohd Fhais berikut.
Tahu tak? Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga.
Serius tau, semakin kerap dengar celoteh isteri semakin otak ni jadi bergeliga, selalu idea fresh datang dengan sendiri. Padahal yang dia duk ngomel tu tak ada kaitan langsung dengan kerja pun..
Menurut kajian Profesor Madya Dr. Sabitha Marican dari UUM wanita boleh bercakap sekurangnya 20 ribu patah perkataan sehari. Orang lelaki pula hanya 7 ribu sahaja.
3 kali ganda lebih banyak !
Sebab itu bila kita layan isteri bercakap kebarangkalian otak kita jadi lebih bijak adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada kita duk berborak dengan kawan lelaki.
Bayangkan jika berborak dengan lelaki otak kita hanya akan memproses maklumat sebanyak 7 ribu patah perkataan sahaja. Mungkin kurang dari itu..
Berbanding borak dengan wanita otak kita di paksa untuk proses 20 ribu maklumat sekaligus. Lebih banyak memproses akan menbuatkan otak jadi lebih cepat berfikir.
10 KALI GANDA LEBIH CEPAT PROSES MAKLUMAT
Sebab inilah kenapa otak wanita 10 kali ganda lebih cepat memproses maklumat daripada otak lelaki kerana mereka dah berlatih bercakap 20 ribu patah perkataan sehari sejak kecil lagi..
Jadi memang tak hairanlah kalau isteri kita dalam kereta bercakap, basuh pinggan bercakap, lipat baju bercakap, malah tengah makan pun dia boleh bercakap. Sebabnya mereka ada quota yang perlu dipenuhi.
Lepas ni kalau nampak isteri berceloteh jangan marah, pasang telinga betul-betul sebab mungkin idea jutaan ringgit boleh datang tiba-tiba..
Kerana setiap patah yang keluar dari mulut isteri itu pembawa rezeki..
Mohd Fhais-Dulu pendiam, sekarang dah jadi peramah gara-gara dengar celoteh isteri setiap hari.
Dalam institusi rumah tangga, faktor agama adalah elemen yang penting. Pegangan agama yang kukuh dalam perkahwinan adalah tonggak kebahagiaan rumah tangga seperti mengamalkan solat berjemaah dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan restu Allah SWT.
Pasangan suami isteri yang gagal mempertahankan keharmonian rumah tangga sehingga berlaku penceraian didapati berpunca daripada sikap keengganan menunaikan solat lima waktu.
Melalui perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Instagramnya, kata beliau kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.
Kalau solat ini merupakan hablumminannas (hubungan sesama manusia), bila mana wujudnya habluminnallah (hubungan manusia dengan Allah), hablumminannas akan terwujud.
Bila wujudnya hablumimallah, maknanya tak wujud lagi hablumminasyaitan kerana sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh.
KETUA KELUARGA AJAK SOLAT BERSAMA
Menurut Zulkifli, antara tanggungjawab Nabi Muhammad SAW apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.
“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.
Tuan-tuan minta maaf cakap secara ekstrem sikit, kenapa rumah tangga keluarga bercerai-berai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah SWT biarlah keluarga kita baik-baik semua.
“Salah satu puncanya tak pernah solat jemaah dan bersama-sama. Sebab itu bila cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah.
Jelasnya, di celah-celah ayat cerai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat yang lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.
“Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa, siapa yang jaga solat, rumah tangga dia kukuh,” ulasnya.
Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita perlu muhasabah. Berfikiran waras bahawa ketentuan Allah mempunyai seribu satu sebab terkandung hikmah dan pengajaran. Setiapnya perlu dihadapi dengan bijak, tenang serta berserah tanpa kompromi.
Kisah perkahwinan pengantin baru, Muhammad Shaiful Azzam Mohamed yang tekad memperisterikan Allahyarham Fatin Nursyahirah walaupun mengetahui isterinya menghidap kanser sarcoma atau kanser tisu tahap empat begitu menyentuh jiwa. Keikhlasan cinta dan kesediaan Muhammad Shaiful Azzam menikahi arwah melambangkan begitu ikhlas cintanya terhadap Allahyarham Fatin Nursyahirah.
Menikahi individu yang diketahui akan meninggal dunia atau tidak dapat hidup lama kerana menderita penyakit tertentu adalah diharuskan dalam Islam. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpendapat bahawa ikatan pernikahan itu disifatkan sebagai perkara yang mulia dan mendapat ganjaran pahala jika disertai dengan niat yang baik serta ikhlas.
Perkahwinan ini juga adalah harus bahkan ia menjadi perkara mulia dan membahagiakan hidup pasangan walaupun hanya dalam tempoh yang singkat. Meksipun kematian dapat dijangkakan melalui jenis penyakit yang dideritai namun sesungguhnya ajal dan maut tetap menjadi ketentuan Allah.
Sebenarnya melalui sebuah ikatan perkahwinan, membolehkan hubungan seorang lelaki dan wanita menjadi halal. Dengan cara itu, suami atau isteri dapat menjaga pasangan masing-masing tanpa batasan terutama daripada segi aurat. Hanya dengan ikatan perkahwinan, kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita dapat ditumpahkan dengan landasan yang betul.
Sumber: Kosmo
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salah satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah walaupun mereka tidak memahami setiap apa yang dibaca daripada al-Quran...