‘Sampai Masa, Aku Tutuplah Aurat Dengan Sempurna.’ Kena Usaha Dapat Hidayah, Bukan Tunggu Nanti!

Share

‘Nanti sampai masa, aku tutuplah aurat dengan sempurna.’ Kena usaha dapat hidayah, bukan tunggu nanti! Kerana hidayah milik Allah. Kalau tunggu hidayah sampai, memanglah lambat.

Nak berubah jadi baik kenalah ada usaha. Ini tidak, nanti-nantilah sampai hidayah baru aku solat betul-betul, tutup aurat elok-elok. Bukan begitu ya sebenarnya.

Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:

Artikel Berkaitan:

Benarlah Hidayah Itu Milik Allah, Pembantu Jurulatih Kelantan FC Peluk Islam

Sampai Masa

Hidayah mesti diusahakan. Kerana hidayah milik Allah.

Tidak ada orang yang berubah menjadi baik dengan tiba-tiba. Tidak ada orang yang berubah menjadi baik dengan begitu sahaja.

Mesti ada usaha yang telah dia lakukan untuk mencapai kebaikan yang dia idamkan. Hidayah tidak datang percuma.

Aku Tutuplah Aurat Dengan Sempurna

“Nantilah aku solat”.

“Bila sampai masanya, aku akan tutup aurat dengan sempurna”.

“Kita masih muda, kenapa nak kena tergesa-gesa. Enjoy la dulu”.

Hidayah mesti diusahakan. Kerana hidayah milik Allah. Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih.

Kita boleh bangun tengah malam untuk tengok bola. Usaha sungguh kita. Dengan kesungguhan itulah kita berjaya bangun walaupun masa itu semua orang tidur.

Kena Usaha Dapat Hidayah

Kita boleh kumpul duit semata-mata nak beli gajet yang paling latest. Gajet yang dah lama kita impikan. Walau terpaksa ikat perut, walau terpaksa puasa, kita sanggup.

Kita boleh travel begitu jauh naik bas semata-mata untuk jumpa orang yang kita sayang. Kita sanggup ketepikan keletihan sepanjang hari asalkan dapat enjoy the moment dengan orang yang kita cinta.

Itulah namanya usaha. Hidayah juga begitu. Ia mesti diusahakan. Kerana hidayah milik Allah, bukan milik kita.

Kawan-kawan, jangan bertangguh untuk jadi baik. Usaha dari sekarang juga. Jadi hamba Allah yang baik. Kerana kita tak tahu bila kita akan dijemput balik kepada Allah.

Bukan Tunggu Nanti!

Pasang niat elok-elok. Tanamkan tekad sungguh-sungguh. Usahakan dengan sepenuh hati. Jangan bertangguh-tangguh lagi.

Ubah diri. Lazimi majlis ilmu. Berkawan dengan orang baik dan soleh.

Kerana perubahan tanpa ilmu dan orang keliling yang betul ibarat bercucuk tanam tanpa ditambah baja dan disiram air. Lama kelamaan ia akan mati dan kering kontang.

Minta Doa Dengan Allah

Sambil-sambil kita usaha, jangan lupa selalu minta Allah tolong kita juga. Amalkan doa yang ringkas tapi cukup bermakna ini.

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Ya Allah, bantulah aku untuk ingat padaMu, bersyukur dengan nikmat Mu dan memperbaiki amal ibadahku kerana Mu”.

Selamat pagi semua.
#KAB

Baca Di Sini:

‘Berkat Doa dan Istiqamah Seorang Bapa.’ Dia Penyebab Oktavia Manrose Dapat Hidayah & Berhijrah

Kashoorga: Nak berubah jadi baik memang tak mudah, apa lagi mahu istiqamah untuk kekal baik.

Sumber: Ustaz Khairul Anuar Basri

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat