‘Sampai Masa Seimbangkan Dunia & Akhirat.’ DJ Lin Bertudung, Kini Lebih Tenang

Share

‘Sampai masa seimbangkan dunia dan akhirat.’ DJ Lin bertudung, kini akui dirinya lebih tenang. Ternyata sampai suatu akan timbul kesedaran untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.

Apatah lagi sesusah satu demi satu ujian menimpa. Sudah tentu ia menjadi titik tolah untuk kita menjadi manusia yang lebih baik seperti mana yang dilalui oleh DJ Lin.

Artikel Berkaitan:

‘Nak Tahu Penyakit Apa, Sampai Jumpa Mufti Singapura.’ Badan DJ Lin Sebenarnya Sudah Rosak, Syukur Belum Ajal

Sampai Masa

Memetik laporan Harian Metro, penyampai radio Suria FM, DJ Lin, 47, mengalirkan air mata ketika berkongsi cerita penghijrahannya yang kini sudah bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah, baru-baru ini.

Jelas DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM, pemergian ibu, Puteh Jantan tahun lalu dan abangnya, Mohd Yusof Abdul Majid tahun ini, sangat memberikan keinsafan buat dirinya.

Seimbangkan Dunia & Akhirat

“Sepanjang tempoh 23 tahun saya menghambakan diri dalam bidang radio, arwah mak pernah cakap, fokus saya nombor satu pada kerja dan keluarga pula jatuh nombor dua.

“Bila orang lain pulang ke kampung, saya pula sibuk bekerja di pejabat kerana sayang sangat dengan Suria FM yang dianggap seperti ‘baby’ saya ini,” katanya.

DJ Lin Bertudung

Menurut DJ Lin lagi, pemergian dua anggota keluarga terdekat itu membuatkan dia terduduk dan sedar sebagai manusia kita perlu kembali kepada fitrah sebagai hamba Allah.

“Bila arwah mak dan abang meninggal dunia, baru saya sedar adakah saya terlalu mengejar urusan dunia dan hal keduniaan? Sampai masanya, saya seimbangkan urusan dunia dan akhirat sekarang,” katanya.

Kini Lebih Tenang

Bercerita lanjut mengenai penampilan dirinya yang sudah bertudung, DJ Lin telah memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya sebaik saja kembali dari Makkah.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya hati terbuka untuk menutup aurat sepenuhnya kerana memang sudah lama saya merancang untuk bertudung.

“Waktu di Makkah dan Madinah, saya memang pakai tudung labuh dan ada masanya berniqab di Tanah Suci.

“Saya percaya ia petanda yang baik kerana hati berasa tenang dan damai sepanjang di sana hingga saya sudah pasang niat untuk bertudung sebaik saja kembali ke tanah air,” katanya.

Ia adalah kali ketiga Lin mengerjakan umrah selepas 2012.

Baca Di Sini:

‘Saya Harap Dia Teruskan Penampilan Bertudung Sampai Bila-Bila.’ Mona Rela Hati, Pekin Harap Isteri Istiqamah

Kashoorga: Semoga DJ Lin terus kekal istiqamah.

Sumber: myMetro

Published by
Syazwani Mehat