Sapu Air Lebihan Wuduk Ke Wajah Anak-anak, Kunci Rahsia Mereka Dengar Kata

Share

Jika ditanya mana-mana ibu di dunia ini, pasti mereka punya cara tersendiri mendidik anak-anak agar taat dan mendengar kata. Setiap hari dan masa ada sahaja hal dan cabaran yang datang.

Jika seorang anak boleh tahan lagi, tetapi bayangkan jika dikurniakan dengan tujuh orang anak yang jarak usia setiap seorang agak rapat. Boleh bayangkan tahap kesabaran inggi diperlukan agar semuanya mendengar kata.

Artikel berkaitan: “Dibolehkan Pukul Anak Belum Baligh Jika Enggan Solat”-Habib Ali Zaenal Abidin

Artikel berkaitan: Mak Ayah, Jangan Bandingkan Anak, Yang ‘Kurang’ Itulah Nanti Sudi Jaga Kita


Kita ikuti perkongsian daripada puan Rohamiah Muda dari Batu Pahat, Johor yang memiliki tujuh orang yang berusia 4 tahun – 19 tahun mengenai rahsia beliau memastikan semua anak-anak patuh dan mendengar kata.

Sering saya ditanya bagaimana saya menjaga tujuh orang anak. Ada yang anak baru dua pun dah kelam kabut. Rumah tak siap, nak buat sarapan tak sempat, terkejar-kejar dengan masa pula.

Saya hanya senyum mendengar komen daripada kawan dan sahabat tentang perkara ini.
Sebenarnya, ketika saya anak dua dahulu pun begitu juga. Saya kagum dengan ibu-ibu yang dikurniakan anak yang ramai.


Alah bisa tegal biasa

Tetapi, apabila saya sendiri dikurniakan anak yang ramai, lama-kelamaan yang dahulunya susah, kini terasa mudah. Dan, hakikatnya ketika anak pertama hingga ketiga masih kecil memang keadannya terasa agak susah dan agak penat. Namun, apabila tiga orang anak pertama ini semakin membesar, urusan saya sebagai ibu semakin mudah. Kenapa?

  • Kerana anak pertama sudah boleh diharap untuk menolong kita apa yang patut.
  • Diikuti juga anak kedua dan ketiga semakin besar, mereka dapat adik lagi. Urusan juga semakin senang.
  • Hinggalah sekarang, apabila semua anak semakin besar, mereka sudah pandai urus diri dan berdikari.

Cukup sekadar memberi tunjuk ajar dan arahan sahaja

  • Baju sekolah jangan lupa gosok!
  • Baju lipat sendiri!
  • Kemas ruang tamu!

Sepanjang proses membesar dan mendidik anak-anak, ibu dan ayah perlu tunjukkan teladan yang baik. Dari tingkah laku dan sikap ibu ayah yang baik itu, anak-anak akan perhati dan mencontohi apa sahaja perbuatan orang tuanya. Jika baik yang ditunjukkan, maka mudah lah nanti anak mengikut arahan yang diberi.

Mudah dan permudahkan

Apa yang kita firkir adalah apa juga yang akan terhasil nanti. Jika kita fikir mudah, ia akan menjadi mudah. Jika kita fikir susah, ia akan menjadi susah. Begitulah cara mendidik anak yang seterusnya.

Bahkan, anak ramai ini, mereka sudah ada kawan bermain di rumah. Tidak perlu keluar rumah lagi untuk mencari kawan.

Seperkara lagi, ibu-ibu yang mempunyai anak yang ramai mesti ada satu sifat iaitu sabar, sabar dan terus sabar. Itulah yang Islam ajar.
Setiap hari, ibu-ibu berhadapan dengan karenah anak-anak yang sama seperti bermain, bergaduh, bergurau dan juga usik-mengusik. Sekejap ketawa, sekejap lagi menjerit dan di hujung cerita ada yang menangis.

Telinga yang mendengar pun rasa sakit. Lama-lama ibu juga bertempik. Itulah rutin saya setiap hari. Saya angggap ia sebagai suara-suara yang sedang menyanyi. Kerana saya fikir, tanpa mereka, pasti rumah akan sunyi. Itulah dunia untuk mereka nikmati. Semakin anak membesar, semakin mudah diurus.

Amalan, Doa Dan Zikir Agar Direzekikan Mudah Urus Anak

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tip dalam pendidikan anak:

  1. Selepas berwuduk, lapkan air basahan wuduk pada wajah dan kepala anak-anak sambil membaca selawat.
  2. Mengulang zikir ‘Ya Latif Ya Latif ketika membuat air dan memasak.
  3. Memeluk dan mencium mereka ketika mereka bergaduh.
  4. Ucapkan mama sayang …….(sebut nama anak)

Doakan anak-anak dan sebutkan nama setiap anak

  • Sebelum mereka ke sekolah atau ke asrama, bacakan surah Ar-Rahman ayat 1-4 ke ubun anak-anak.
  • Kemudian zikirkan “Ya Hafiz Ya Muhaimin”.
  • Boleh juga letakkan tangan di kepala mereka sambil membaca ayat dan zikir di atas.
  • Setiap hari, sedekahkan al-Fatihah untuk setiap anak.
  • Sentiasa berkata yang baik dan tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.

Jika anak-anak bergaduh, sama ada di dalam rumah atau di dalam kereta, ibu boleh laungkan azan di hadapan anak. Kerana anak yang sedang bergaduh, sebenarnya sedang diganggu syaitan. Apabila azan, syaitan akan lari. Tapi, dengan syarat lafaz azannya mesti betul ya.

Ilmu ini saya dapat daripada seorang ustazah di sekolah anak saya. Ketika anak tidur, bacakan ayat Qursi dan surah Al-Insyirah serta tiupkan pada ubun-ubun anak.
Insya-Allah, Allah akan mudahkan urusan kita dalam menjaga anak-anak. Sebagai ibu, kita bukan sahaja menjaga fizikal anak, bahkan rohani dan jiwa mereka perlu diberi keutamaan.

Published by
Emma Masri