Hubungan intim suami isteri yang sah merupakan tuntutan yang wajib ditunaikan oleh kedua-dua pasangan. Ikatan yang sah ini menghalalkan pasangan melakukan hubungan intim tanpa halangan.
Berdosa besar andai salah seorang enggan mengadakan hubungan tanpa sebab yang munasabah seperti ada halangan kesihatan yang akan memudaratkannya.
Salah satu punca hilang kebahagiaan berumahtangga ialah kegagalan dalam menunaikan tuntutan nafkah batin menerusi hubungan yang halal ini.
Artikel berkaitan: “Eee…Busuklah,”. Hukum Isteri Tolak Hubungan Intim Sebab Suami Berbau
Artikel berkaitan: Walaupun Rasulullah SAW Seorang Panglima Perang, Tapi Sisi Romantik Baginda Tetap Terserlah
Melakukan hubungan badan suami isteri amat penting kerana ia merupakan tuntutan fitrah manusia dan ia juga baik untuk kesihatan tubuh badan manusia secara biologinya.
Bagaimanapun, tiada dinyatakan dalam Islam berapa kali (kekerapan) yang wajib. Namun bagi pengamal perubatan, sebaiknya pasangan suami isteri melakukannya seminggu dua kali dan ini selari dengan saranan dan pandangan Imam al-Ghazali.
Imam al-Ghazali menjelaskan bahawasanya hubungan suami isteri itu sebaiknya dilakukan setiap empat hari sekali. Menurutnya, dia menghitung waktu ideal itu berdasarkan jumlah wanita yang boleh berpoligami dalam Islam, iaitu empat wanita.
Hal ini berdasarkan bahawa setiap hari suami yang berpoligami itu menggilir isterinya secara bergantian. Malam ini di rumah isteri A, besoknya di rumah isteri B, dan seterusnya.
Selain itu, secara tersirat imam al-Ghazali berpendapat, melakukan hubungan ini secara rutin itu menjaga pasangan agar tidak curang dengan isterinya dengan melakukan hubungan sulit.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah saranan dan bukannya kewajipan. Selain itu, tidak dibenarkan memaksakan pasangan anda apabila dia sedang tidak dalam keadaan sihat atau ‘angin’ tidak baik.
Oleh itu, amatlah penting memastikan kedua-duanya dalam keadaan sihat, segar dan ada mood bagi memastikan hubungan ini dapat dilakukan dengan terbaik.
Dan yang paling penting, jangan lupa berdoa saat hendak melakukan hubungan suami isteri.
Doa Semasa Mengadakan Hubungan Suami Isteri:
Semoga bermanfaat dan dapat dipraktikkan.
Wallah a’lam.
Sumber artikel: bincangsyariah