Satu Kewajipan Menghormati Kitab Suci, Ini Hukum Letak Barang Atas Al-Quran

Share

Satu kewajipan menghormati kitab suci, ini hukum letak barang atas Al-Quran. Tidak dinafikan, mushaf Al-Quran kadangkala diletakkan sambil lewa.

Malah, menjadi kebiasaannya di rumah-rumah, Al-Quran disusun dengan barang-barang atau kitab lain. Lalu apakah hukum meletakkan barang di atas mushaf al-Quran?

Ikuti jawapan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini.

Artikel Berkaitan:

‘Puluhan Al-Quran & Kitab Agama Masih Dalam Keadaan Sempurna.’ Selamat, Langsung Tidak Dijilat Api

Satu Kewajipan

Soalan:
Apakah hukum kita meletakkan barang seperti buku dan telefon di atas mashaf al-Quran?

Jawapan:
Meletakkan sesuatu di atas mashaf al-Quran tidak haram jika perbuatan tersebut tidak diniatkan untuk menghina keagungan al-Quran.

Menghormati Kitab Suci

Namun, hukumnya adalah makruh kerana bercanggah dengan adab terhadap al-Quran seperti yang dijelaskan oleh para ulama.

Menghormati, memuliakan dan menjaga adab dengan mashaf al-Quran merupakan satu kewajipan.
Kata Imam Nawawi:
أجمع المسلمون على وجوب صيانة المصحف واحترامه

Maksudnya: Para ulama telah bersepakat bahawa wajib memelihara dan menghormati mashaf al-Quran.

Salah satu adab dengan mashaf al-Quran adalah dengan tidak meletakkan sesuatu di atasnya, kecuali mashaf al-Quran yang lain. Kata Imam al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman:

وَمِنْهَا أَنْ لَا يُحْمَلَ عَلَى الْمُصْحَفِ كِتَابٌ آخَرُ ‌وَلَا ‌ثَوْبٌ ‌وَلَا ‌شَيْءٌ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مُصْحَفَانِ فَيُوضَعَ أَحَدُهُمَا فَوْقَ الْآخَرِ فَيَجُوزُ

Maksudnya: Antara adab dengan al-Quran adalah dengan tidak meletakkan kitab, kain atau apa jua barang sama ada barang berharga atau barang yang yang rendah nilainya. Namun jika meletakkan suatu mashaf di atas mashaf yang lain, maka ia diharuskan.

Ini Hukum Letak Barang Atas Al-Quran

Al-Hakim al-Tirmizi juga menyatakan:

وَمن حرمته إِذا وضع الصَّحِيفَة أَن لَا ‌يتْركهُ ‌منشورا وَأَن لَا يضع فَوْقه شَيْئا من الْكتب حَتَّى يكون أبدا عَالِيا على سَائِر الْكتب

Maksudnya:
Antara kehormatan mashaf yang perlu dijaga adalah dengan tidak meletakkan kitab di atasnya, supaya dengan itu ia selamanya berada lebih tinggi daripada seluruh kitab-kitab lain.

Dalam hal ini, para ulama mazhab Syafie telah memfatwakan bahawa meletakkan sesuatu di atas mashaf adalah tidak haram selagi tidak mengandungi unsur penghinaan.

Imam Syihabuddin al-Ramli ketika ditanya tentang isu ini menjawab:

بِأَنَّهُ لَا يَحْرُمُ إذْ لَا امْتِهَانَ فِيهِ

Maksudnya:
Ia tidak haram, kerana ia tidak mengandungi maksud penghinaan terhadap Quran.

Namun Imam Ibn Hajar pula menyatakan dalam fatwa beliau:

وَالْأولَى أَن لَا يَجْعَل فَوق الْمُصحف غير مثله من نَحْو كتاب أَو ثوب

Maksudnya: Sebaiknya tidak diletakkan di atas mashaf itu barangan lain seperti buku atau kain selain daripada mashaf al-Quran.

Baca Di Sini:

‘Kematian Dalam Keadaan Husnul Khatimah.’ Sungguh Bertuah, Wanita Ini Meninggal Selepas Khatam Al-Quran

Kashoorga: Jika anda rasakan ia sesuatu yang berharga, suka atau tidak anda akan memilih tempat yang terbaik dan paling istimewa untuk Al-Quran.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat