‘Satu rahmat, orang tua nak duduk rumah kita’. Tapi jangan jadikan mereka bibik, hargai selayaknya kerana mereka adalah orang tua yang melahirkan dan membesarkan kita.
Jangan pula mengambil kesempatan atas kebaikan mereka. Sudah-sudahlah selama ini mereka menjaga kita dari kecil hingga dewasa. Sepatutnya anak kita, pandai-pandailah jaga. Jangan sampai ada hati orang tua yang terluka dengan sikap kita.
Ikuti perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh ini dan hadam baik-baik mesej yang cuba dia sampaikan.
Artikel Berkaitan: ‘Emak Terkencing Di Katil, Menantu Minta Mentua Cuci Sendiri.’ Iktibar Buat Lelaki Pilih Calon Isteri
Lima tahun lepas, mak mertua aku buat keputusan nak tinggal bersama kami setelah ayah meninggal dunia.
Punyalah seronok dengar mak hendak duduk dengan kami. Arwah abah selalu pesan,
“Ada orang tua nak duduk rumah kita ini satu rahmat. Beruntunglah anak-anak kalau mak ayah nak duduk dengan kita.
Rumah akan subur dengan bacaan Quran, ada orang tua yang bangun tahajud dalam rumah kita, rumah tangga lebih bahagia”.
Masa itu, anak ketiga aku Amar Ash Arumi, baru saja lahir. Puan isteri baru lepas pantang. Aku terus beritahu puan isteri,
“Nanti mak duduk dengan kita, jangan suruh mak jaga anak kita. Kita hantar dekat pengasuh. Jangan suruh mak masak, basuh baju, iron baju, lipat kain untuk kita. Kita bagi mak rehat”.
Puan isteri terus setuju saja. Mak awalnya beritahu nak jaga anak, tapi aku minta mak rehat saja. Tengahari bila wife pulang kerja, ambil anak dan bolehlah mak main dengan cucu masa itu. Sampai malam boleh main. Tidak ada masalah.
Jaga budak kecil ini renyah dan penat. Tambah-tambah baby. Makan minum kena suap, kencing berak kena basuh, nak tidur kena dodoikan. Sehari dua tak apa lagi. Tapi kalau sudah setiap hari, memang penat.
Anak usia empat tahun baru aku tak hantar pengasuh. Sudah pandai makan minum sendiri dan pandai kencing berak, tak perlu dodoi untuk tidurkan. Masa itu baru aku bagi mak jaga.
Sama bila anak ke-empat lahir pun sama. Ali dihantar dekat pengasuh sebaik wife habis pantang pada hari kerja.
Sesekali kami belikan mak hadiah, beg, bawa jalan-jalan dan sebagainya. Tanda terima kasih dan hargai mak.
Baca Juga Di Sini:
Baik Buruk Tinggal Sebumbung Dengan Mentua
Mungkin lain orang, lain caranya. Kalau aku, kami buat begitu. Bersyukur sangat mak hendak duduk dengan kami. Rahmat besar sungguh.
Cuma bila terbaca screenshot ni, terkilan juga aku baca. Sudahlah suruh mak mentua jaga anak, lepas itu berkira pula. Kalau hantar dekat pengasuh lagi mahal kena bayar.
Mak sudah sanggup jaga anak kita, tak akan nak berkira mak minta seratus saja. Aduh, cannot brain aku, ada juga orang pemikiran macam ini.
Semoga Allah kurniakan anak-anak yang menghargai ibu bapa, soleh dan solehah belaka. Amin.
#MFS
– Ibu bukan bibik, hargai mereka selayaknya
Kashoorga : Sudahlah minta mak jagakan anak bayar seratus, lepas itu ada hati nak berkira. Allahuakbar, semoga dia cepat sedar akan kesilapan dia.
Sumnber : Cikgu Mohd Fadli Salleh
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.