Insiden bayi perempuan dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) di garaj kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kesedar Putra, Gua Musang baru-baru ini benar-benar meruntun jiwa. Kejadian berlaku pada pukul 5.00 petang kelmarin.
Mangsa, Aamina Inayah Mohd Hafezul, 17 bulan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM), 30 minit kemudian. Kejadian dipercayai berlaku ketika ibu pengasuh bayi tersebut yang berusia 54 tahun cuba mengalihkan kenderaan Toyota Fortuner yang berada di luar garaj.
Menurut ibunya, Khazarina Sharing, 33 kali terakhir dia berjumpa arwah anaknya ialah pada 3 Januari lalu apabila suami membawa Aamina Inayah ke Makkah. Dia yang bertugas sebagai jururawat di Makkah berkata, ketika itu suaminya, Mohd Hafezul Abdullah, 35, datang membawa arwah bersama ahli keluarga termasuk anak perempuan sulungnya yang berusia lapan tahun.
ENAM TAHUN BERTIUGAS DI MAKKAH
“Tidak sangka anak kedua perempuan saya itu ditimpa tragedi dan sedih kerana saya belum puas bermanja dengannya,” katanya yang bertugas di Makkah sejak enam tahun lalu.
Dalam kejadian 5 petang, Isnin lalu, Aamina Inayah maut dilanggar kereta dipandu ibu pengasuh Che Jah Yaacob, 54, di rumahnya di Taman KESEDAR Putra. Ketika itu, pengasuhnya, Nor Syamini Ibrahim, 20, berada di dalam rumah dan tidak menyedari kehilangan Aamina Inayah.
REDA DENGAN KETENTUAN ILAHI
Aamina Inayah ditemui terbaring di lantai garaj kereta di depan rumah dan dikejar ke Hospital Gua Musang (HGM) sebelum meninggal dunia setengah jam kemudian. Jenazah Aamina Inayah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman KESEDAR Putra pada 2.45 pagi tadi selepas selesai bedah siasat di HGM pada 1 pagi.
Khazarina berkata, selepas menerima berita itu daripada suaminya, dia mahu pulang segera ke tanah air bagi menatap untuk kali terakhir wajah arwah anak.
“Perjalanan saya yang bertolak dari Arab Saudi pada 9 malam kelmarin dan tiba di Kuala Lumpur 12 tengah hari sebelum tiba di Gua Musang 4 petang semalam.
“Sepanjang perjalanan itu saya terkenang nasib anak dan tetap reda dengan apa yang berlaku kerana itu ketentuan Ilahi,” katanya.
Posting di Facebook Khazarina Sharing:
Posting tersebut turut mendapat komen yang memberi kata-kata semangat kepada Khazarina Sharing:
SYURGA BUAT ANAKMU
SEMOGA TABAH HADAPI DUGAAN
REDA DENGAN APA YANG ALLAH RANCANGKAN
Takziah buat Mohd Hafezul Abdullah dan Khazarina Sharing di atas pemergian anakanda tercinta mereka, Aamina Inayah.
Sumber kredit: Harian Metro dan FB Khazarina Sharing