Diam tak diam rupanya penyanyi Ezlynn Ariffin kini sudahpun tiga bulan berhijab. Menurut penyanyi Hi Hi Bye Bye ini dia mula bertudung sejak Ramadan lalu.
Tambahnya juga, hikmah PKP juga menyebabkan hatinya terdetik untuk terus berhijab. Jika tidak sebelum ini dia hanya mengenakan tudung pada Ramadan saja sejak tiga tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Berkat Doa Ibu Bapa Tak Pernah Putus, Kilafairy Kini Tampil Manis Berhijab. Ramai Doakan Kekal Istiqamah!
“Saya membiasakan diri bertudung secara perlahan-lahan. Namun, kekuatan dan ketetapan hati datang, tahun ini.
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Suami & Orang Tua Terus Tanggung Dosa, Pelakon Ieda Moin Kini Berhijab. Minta Doakan Kekal Istiqamah!
“Jujurnya, saya tak rasa apa-apa perubahan kerana sudah terbiasa bertudung. Tindakan saya tidak drastik, namun akhirnya menuju jalan pasti.
“Doakan saya terus istiqamah. Insya-Allah. Saya berhijrah kerana Allah dan tuntutan agama,” katanya kepada BH Online.
Dia yang kini semakin cantik berhijab memberitahu seronok dengan apa yang dilakukannya kini apabila menyertai Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan aktif membuat kerja amal.
Marilah sama-sama kita doakan semoga Allah tetapkan hati Ezlynn untuk terus kekal istiqamah berhijab dan terus giat lakukan kerja membantu orang lain yang memerlukan bantuan.
Artikel Berkaitan: Suami Terkedu Lihat Cik Manggis Berhijab, Tapi Momen Paling Menggembirakan Seumur Hidupnya. Mohon Doakan Terus Istiqamah!
KREDIT FOTO: INSTAGRAM EZLYNN