“Saya Masih Orang Yang Sama. Cuma Cuba Jadi Lebih Lemah Lembut” -Hikmah COVID-19, Kini Giliran Shiera Pula Berhijab

Share

Walaupun negara sedang dilanda wabak pandemik COVID-19 ini hingga menyebabkan negara melakukan Perinta Kawalan Pergeraka (PKP), namun ada hikmah atas apa yang berlaku.

Kalau sebelum ini kita melihat beberapa selebriti mengambil keputusan berhijab, antaranya gadis Trivago Dahlia Shazwan, penyanyi Ernie Zakri dan terbaru pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah atau dikenali dengan nama Shiera Ijoy.

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah, Comel & Cantiknya Berhijab” Ernie Zakri

Pengacara ini  dilihat telahpun bertudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Menurutnya, niat bertudung itu timbul apabila menyedari wabak COVID-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan dari Allah SWT.

“Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.

“Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai.

“Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri,” katanya kepada Harian Metro.

Shiera juga bersyukur kerana keputusannya untuk bertudung sepenuhnya mendapat sokongan suami, anak-anak, ahli keluarga dan juga rakan-rakan. Malah dia juga memberitahu anak perempuannya juga ada berkeinginan untuk bertudung.

Walaupun dia sudah bertudung, tetapi pendirian Shera tetap sama seperti dulu dan dia akan tetap berkawan dan mengormati orang lain.

“Rakan-rakan juga yang sangat menyokong. Malah, ada siap bagi tudung. Azah pun siap tanya adakah betul saya sudah bertudung. Insya-Allah, saya tetap berkawan dengan semua orang.

“Saya masih Shiera yang sama dan saya tetap menjadi diri sendiri. Cuma, saya cuba untuk menjadi lebih lemah lembut. Kalau menjerit saya cepat-cepat beristighfar,” katanya.

Rata-rata warganet suka melihat penampilan Sheira yang kini sudah berhijab sepenuhnya. Mereka turut mendoaka agar dia akan kekal istiqamah dengan penghijrahannya ini.

cantiknya bhijab

So beautiful

Comey kak berhijab

Lawanya bila menutup aurat uhuhu

Cantiklah..npk muda

Subhanallah, cantiknya bila dah bertudung..aura nampak lg muda lg berseri…

Cantikk.. semuga terus istiqamah

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SHIERA IJOY

Published by
Siti Zurina Mat Saman