“Saya bernazar nak pakai tudung.’ Mona Allen berhijab selepas dikurniakan anak pertama. Alhamdulillah perubahan yang cukup baik.
Manisnya Mona Allen dengan imej barunya. Rupa-rupanya dalam diam selebriti ini menyimpan hasrat untuk mengenakan tudung jika Allah makbulkan permintaannya.
Terkini, Mona Allen, 37, menunaikan hajat dan tekadnya untuk bertudung selepas dikurniakan anak hasil perkahwinan dengan pelakon, Pekin Ibrahim.
Ads
Pelakon ini yang melahirkan anak lelaki, Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu sebelum itu berhajat untuk bertudung sekiranya dikurniakan zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Pekin pada 7 Disember 2018.
Mona Allen Berhijab
“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama. Namun, perkara ini langsung tidak diberitahu dan diketahui oleh suami.
“Pekin tidak pernah memaksa saya untuk memakai tudung. Dia pun tak tahu saya bernazar. Dia hanya pesan agar saya tak buat sebarang pengumuman dalam media sosial sekiranya ingin bertudung.
“Bukan apa, dia bimbang sekiranya saya dikecam jika tiba-tiba berubah angin,” katanya ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru keluaran syarikat Pekin, Little Joe Mesra Car Air Freshener.
Ads
Selepas Dikurniakan Anak Pertama
Terdahulu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen mengundang perhatian umum apabila banyak berkongsi imej dirinya di Instagram dengan memakai tudung.
Walaupun sudah bertudung, Mona belum bersedia untuk mengatakan dirinya sudah bertudung sepenuhnya, sebaliknya mengakui dia masih dalam fasa memperbaiki penampilannya.
Mona juga memperlahankan aktiviti kariernya buat sementara waktu bagi memberi tumpuan membesarkan Petra.
Sekarang ini musim hujan dan ada sesetengah tempat dilanda banjir. Bila melibatkan banjir, banyak kemusnahan harta benda berlaku. Kalau ada saudara mara kita terlibat dan diuji dengan banjir begini, sebagai umat Islam, marilah kita membaca doa ini beramai-ramai.
Perkara pertama yang harus kita lakukan ialah berdoa dan beristir’ja maka sebutlah :
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ
“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rooji’un
“Sesungguhnya kita milik Allah dan akan kembali kepadaNya”
Ayat ini diambil dari surah al Baqarah ayat 156 yang bermaksud “Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan innalillah wa inna ilayhi raji’un. (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali).
Dalam hal musibah ini, Ummu Salamah R.A berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah, “Innaa lillahi wainnaa ilaihi raaji’uun allahumma`jurnii fii mushiibati wa akhlif lii khairan minhaa (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berilah kami pahala karena mushibah ini dan tukarlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya).’ melainkan Allah menukar baginya dengan yang lebih baik”. Riwayat Muslim (918)
Selepas itu, hendaklah kita membaca doa ini beramai-ramai agar banjir besar ini surut dan hujan berhenti dengan kadar cepat.
Maksudnya: “Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung “Judi” serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): “Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim”. (Surah Hud: 44)
Imam Ibn Katsir Rahimahullah berkata: “Allah Taala memberitahu bahawa sesungguhnya dia, apabila telah tenggelam warga bumi melainkan mereka yang berada di atas kapal, mengarahkan bumi supaya menelan airnya yang telah keluar daripadanya dan berhimpun di atasnya, dan langit untuk berhenti daripada terus menurunkan hujan.” Rujuk Tafsir al-Quran al-`Azhim (4/323)
Berdasarkan ayat di atas, ayat ini menunjukkan perbuatan Allah Taala mengarahkan bumi dan langit untuk menyurutkan banjir yang berlaku pada zaman Nabi Nuh. Ini juga menunjukkan kehebatan dan keagungan Allah Taala sebagai Pentadbir Hakiki bagi bumi dan langit sedangkan kekufuran manusia itu tidak sedikit pun menggugah kebesaran Allah Taala. (sumber rujukan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Andainya pasangan yang bertunang telah memutuskan pertunangan adakah boleh masing-masing kedua belah pihak meminta kembali hadiah pertunangan yang telah diberikan tempuh hari seperti gelang dan cincin dan kasut dan bag tangan dan kek atau seumpamanya?
JAWAPAN :
Jika berlaku putus tunang dan masa bertunang masing-masing saling memberikan hadiah nescaya tidak boleh lagi diminta kembali hadiah yang telah diberi itu dan hukum meminta kembali hadiah yang telah diberikan kepada orang itu adalah haram.
Ada pun harta yang diberi pinjam ketika dalam pertunangan maka yaitu wajib dikembalikan.
Ada pun pihak yang menerima hadiah tidak wajib mengembalikan hadiah tersebut kerana telah menjadi milik nya.
Berkata Dr Wahbah Zuhaili :
ورأى الشافعية والحنابلة: أنه ليس للخاطب الرجوع بما أهداه؛ سواء أكانت موجودة أم هالكة لأن للهدية حكم الهبة ولا يجوز عندهم للواهب أن يرجع في هبته بعد قبضها إلا الوالد فيما أعطى ولده
Ertinya : “Dan pendapat mazhab Syafie dan Hanbali sungguhnya tidak boleh bagi pihak yang melamar meminta kembali akan hadiah yang telah dia berikannya samada hadiah itu masih wujud atau telah rosak kerana sungguhnya hadiah itu sama hukumnya dengan hibah. Dan tiada harus disisi mereka orang yang telah memberi sesuatu meminta semula pemberiannya selepas dari diterima oleh pihak yang diberikan melainkan pada masalah bapa memberikan kepada anak.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
KESIMPULAN
Jika masa bertunang saling memberikan hadiah maka apabila putus tunang tidak harus meminta kembali hadiah yang telah diberi.
Pihak yang menerima hadiah itu tidak wajib mengembalikan hadiah yang telah diterimanya kerana telah menjadi miliknya.
Ada pun jika segala harta pemberian masa bertunang itu atas nama pinjam sahaja maka wajib dikembalikan semula kepada yang memberi pinjam.
Kisah ini dikongsikan oleh adik kepada seorang penghidap kanser (cancer survivor) yang meninggal dunia di bumi Madinah.
Moga perkongsian ini menjadi pedoman. Mulianya pemergian wanita ini. Dapat pula disemadikan di Baqi’ Madinah seperti yang arwah inginkan ketika dia masa masih hidup. Disemadikan di tanah perkuburan Baqi’ yang asal digelar Ahlul Bait.
PERGINYA DIRIMU DI BULAN REJAB MULIA, DI BUMI MADINAH.. ALLAH MAKBULKAN PERMINTAANMU
Zawani Mohd Fazi dilahirkan pd 13 Januari 1984, anak sulung kepada kami 11 beradik.. Dia umpama Mak kepada kami adik-adik semua…
Dia disahkan menghidap Kanser Payudara Tahap 3 akhir 2015, menjalani kimoterapi dan rawatan 2016 dan alhamdulillah Allah beri dia kesembuhan sehingga 2018..
Dia ingin membuat rawatan IVF ikhtiar mendapatkan zuriat, tapi Allah lebih mengetahui…
Nak jadi permulaan kisahnya melawan kansernya, dia jatuh banana boat ketika bercuti di Pangkor..peristiwa bercuti ni Sya masih ingat, ayah teringin ke sana dan kami adik beradik usahakan.. but masa tu Sya x ikut sebab baru lepas minor operation (MOS) dan berehat di Gerik..
KANSER TAHAP EMPAT
Lepas peristiwa tu, beliau kerap sakit, demam on off, sakit tulang belakang… panjang ceritanya.. tapi hanya tahu tentang kansernya telah merebak ke Tahap 4 pada hari lahir Mak, 10 Disember 2018…
I’m the one yang jawab call masa dapat keputusan CT Scan.. pagi tu, she said to my Ayah:
Then my Ayah cried… cried… mula pada saat itu memang Ayah minta keluarga bacakan Yaasin, solat hajat utk mendoakan kesihatan beliau.. sangat cepat sel kansernya merebak. ???
Dan kami semua adik beradik sedaya upaya memenuhi semua hajatnya, betapa kuat suaminya, Abg Nasir disisinya… dan alhamdulillah adik beradik semua dapat jaga Kak Long masa masih hidup…korbankan masa tenaga dan beri sokongan pada Kak Long… dan part paling hiba bila Kak Long sebut nak tunaikan umrah.. Kak long takut xsempat..
Jadi kakak2 Sya dan abg2 ipar usahakan utk bawa dan teman arwah bersama2 ke sana.. Allah Maha Kuasa..Allah mudahkan semuanya.. ??? Depan semua sahabat dan keluarga, dia mmg x tunjuk kesakitannya.. yang menjaga sahaja yang tahu dan lihat keperitannya melawan kanser..
Badannya susut, fizikalnya berubah..mata menguning..lebam2 sana sini.. I can’t feel her backbone masa jaga Kak Long… Allah saja yg tahu betapa hibanya tgk Kak Long.. tapi Kak long kuat.. Kak Long baik..
Masa warded di hospital dua minggu, doktor mmg tidak sarankan Kak Long ke sana, tapi Kak Long berkeras nak ke sana (Umrah) dan Kak Long cakap ‘biarlah pengakhirannya di sana’ ???
MOHON MAAF PADA SEMUA
Dan ayatnya tidak mahu susahkan adik2 masa Umrah.. Kak Long seakan tahu.. Kak Long mohon maaf pada smua.. berangkatnya Kak Long dgn Abg Nasir, Zaiematun Mohd Fazi, Haziatun Mohd Fazi, Hamizatun Mohd Fazi Mohd Zulwafi Bahaudin, dengan tangisan kami semua.. mendoakan agar Kak Long dapat tunaikan umrah dengan sempurna dan kembali ke sini bersama yang lain..berangkat ke sana 7hb Mac 2019 jam 6.00 ptg…
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Allah beri kekuatan pada Kak Long sehingga sampai di Bumi Madinah.. Dan ya.. belum sempat adik2 jaga Kak Long seperti yg diplan di sana, Kak Long pergi menghadap Ilahi dengan tenangnya.. Ayah dan Mak merelakan kepergian Kak Long.. Kami lepaskan Kak Long sebab itu yg terbaik untuk Kak Long..
Alhamdulillah sempat menatap wajah Kak Long yg bersih, suci di saat akhir.. Allah sangat sayang Kak Long… adik2 di sana di sisi Kaklong menyaksikan pemergian Kak Long..Dengan izinnya inshaAllah Kak Long akan disembahyangkan di Masjid Nabawi, inshaaAllah dikebumikan di Baqi’ Madinah..tempat para solihin berdekatan Makam Nabi.. di bulan REJAB…
Dan last word from you is ‘ALLAH’…kebaikanmu di dunia hanya Allah sahaja yang tahu..betapa ramai yang mendoakanmu.. Sungguh kami sangat merasai kehilanganmu tapi kami redha dan gembira dengan pengakhiranmu yang sangat indah di sana..
KAKLONG, SEMEMANGNYA KAKLONG ADALAH INSAN YANG DIPILIH OLEH-NYA..
(catatan 9 Mac 2019 4.00 pm)
Kisah perjuanganmu sehingga nafas terakhir memberi ibrah kepada kami yang masih hidup. Betapa besarnya kuasa Yang Maha Agung, memberi kesakitan dan Subhanallah, Allah jua memberi nikmat besar kepadamu Kak Long.
Al-Fatihah....
NOTA: Kak Long telah selamat dikebumikan di Baqi’ usai subuh 9 Mac 2019. Allah lebih sayangkan kak Long. Kak Long tidak sempat menjejakkan kaki ke tanah barakah ini, tetapi seluruh tubuhnya disemadikan di sini.
Sebelum keluar rumah atau pergi bekerja selain solekan wajib mengenakan semburan wanigan yang memang terserlah baunya.Meski Islam melarang wanita memakai wanigan yang harum semerbak...