“Saya Minta Maaf, Saya Juga Manusia Hari-Hari Buat Dosa. Moga Allah Ampunkan Dosa Kita” – Pinta Alyah Sempena Aidiladha

Share

Sebagai manusia biasa, kita memang tidak lari dari melakukan khilaf. Tidak kira dosa dengan ibu bapa, keluarga atau sahabat handai.

Namun sebagai hamba Allah juga sangat digalakkan untuk maafkan segala kekhilafan yang dilakukan orang lain kepada kita.

Sedangkan Nabi maafkan umatnya, siapalah kita untuk tidak memaafkan kesalahan orag lain.

Artikel Berkaitan: Nak Bahagia Selamanya Kena Buang Rasa Ego. Ucapan Maaf Penting Dalam Rumah Tangga!

Begitu juga dengan penyanyi Alyah yang memohon maaf secara terbuka di media sosialnya terhadap apa juga kesilapan yang dilakukannya. Sama ada yang mengenali atau tidak menyukai dirinya.

Menurutnya sebagai manusia biasa yang hari-hari membuat dosa. Jadi menjadi tanggungjawab untuk terus kekal berusaha menjadi terbaik di mata Allah SWT.

Alyah turut mengucapkan selamat hari raya aidladha dan mengingatkan orang ramai untuk terus bersilaturrahim dan menjaganya kerana Allah SWT.

Selamat hari raya aidiladha

Muslimin muslimat….

Saya mohon kemaafan atas segala salah silap saya dari yg kenal mahu pun yg tak suka saya…

Dan saya maafkan utk segala fitnah dan umpatan yg diperkatakan selama ini.

Kamu juga seperti saya kita manusia.Hari hari buat dosa

semoga kita kekal berusaha utk jadi yg terbaik dimata Allah swt…

Semoga Allah swt pelihara kita semua dlm kasih sygnya juga rahmatnya.

Ampuni segala dosa dosa kita,Tetapkan hati kita kepadanya juga agamanya.

Kekalkan hati kita utk berbuat baik,beramal baik,berkata yg baik baik juga bersangka baik bila menilai sesuatu pekara.

Semoga kita terus bersilaturahim sesama kita dan menjaganya kerana Allah swt….

Kepada sesiapa yg pulang ke kg.

mohon jaga diri masing masing

Amalkan SOP yg di tetapkan demi kebaikan bersama…

Artikel Berkaitan: “Maafkan Saya Buat Anda Lalai Dengan Pencipta Selama 20 Tahun Ini. Moga Allah Terus Beri RedaNya….” – Alyah

KREDIT FOTO: Instagram Alyah

Kashoorga: Pelbagai fesyen Muslimah terkini boleh didapati di sini dengan lebih hebat

Published by
Siti Zurina Mat Saman