Minggu lalu menyaksikan Ustaz Ebit Lew menzahirkan rasa syukurnya kerana dapat mensyahadahkan empat buah kampung diduduki masyarakat Bajau Laut yang mengucap dua kalimah syahadah. Malah atas usaha dakwah itu, Ustaz Ebit Lew ingin mendirikan sekolah untuk anak-anak ini terus mendapat ilmu. Namun hari ini, timbul pula cerita apabila usaha dakwah dan membantu itu terpaksa dihentikan atas arahan dan jika terus engkar, dirinya akan di penjarakan tiga tahun.

Menurut laporan Astro Awani, pendakwah bebas yang terkenal dengan sifat dermawannya, Ebit Lew terpaksa menangguhkan niatnya untuk meneruskan misi bantuan di Sabah kerana tidak dibenarkan berbuat demikian.

Ebit mendakwa, beliau telah dimaklumkan tidak dibenarkan untuk jelajah ke pulau-pulau di Semporna bagi menyampaikan sumbangan.

Beliau juga mendakwa, boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika niat berkenaan diteruskan.

Tanpa berkongsi daripada siapa arahan berkenaan diperoleh, Ebit memaklumkan perkara itu dalam hantaran di akaun Facebooknya pada Selasa.

IKLAN

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.
“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna. Minta diberhentikan bantuan di sekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun.

“Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang,”’ kata Ebit yang juga seorang usahawan yang berjaya dalam hantaran berkenaan.

IKLAN

Dalam hantaran itu, beliau juga memohon maaf pada tujuh orang guru yang sudah dikumpulkannya untuk membantu mendidik masyarakat yang diIslamkannya baru-baru ini.
Bahkan, tegas Ebit, kayu-kayu juga sudah dibeli untuk membina sekolah buat kanak-kanak yang memerlukan.

“Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.
“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan,” jelasnya lagi.

IKLAN

Sehubungan itu, Ebit berkata, beliau kini sedang menanti penerbangan untuk Tawau bagi meneruskan misi bantuannya.

“Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” tulis beliau lagi.

Pada Ahad lalu, Ebit berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam.

Misi dakwah itu dilakukannya ketika beliau ke Pulau Tatagan Semporna dalam misi bantuan kemanusiaannya ke Negeri Di Bawah Bayu.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI