“Ustaz! Saya biasa bertegang urat dengan suami setiap kali tiba hari lebaran. Asyik dia sahaja nak menang. Hari raya pertama mesti disambut di rumah dia. Jika kami bergaduh dia akan memberikan kata putus yang pedih pada hati saya. Awak wajib taat suami, syurga awak letak pada saya dan saya mahu hari raya pertama di rumah ibu bapa saya. Soalnya Ustaz! Siapa yang wajib saya utamakan suami atau ibu bapa?
Pulang beraya adalah nikmat yang sangat manis bagi orang Malaysia. Ni’mat ini sudah lama Allah limpahkan kepada kita berikutan keadaan Malaysia yang aman dan stabil. Bagi umat Islam yang tinggal dalam negara bergolak pula, usahkan pulang beraya bertemu mata dengan keluarga, kampong halaman dan saudara mara sudah habis ditelan api perang yang tak kunjung padam.
Pernah saya berbual dengan teman yang berasal dari Kemboja, sebut sahaja soal keluarga, beliau terus menitiskan air mata. Apa tidaknya, keluarganya yang besar habis dibunuh rejim Pol Pot. 10 beradik cuma tinggal dua. Tidak kurang juga bekas murid saya yang berasal dari negeri kecil dalam negara bekas kesatuan Soviet. Usahkan balik beraya, kematian ibunya belasan tahun dulu pun hanya diterima dalam sebak dari jauh. Sungguh! Nikmat balik kampung menziarahi sanak saudara adalah ni’mat yang sangat hebat. Hargailah ia selagi Allah belum menariknya.
Kewajipan setiap isteri adalah mentaati semua iaitu suami dan ibu bapa. Taat kepada mereka bukanlah seperti memilih calon pilihanraya yang mewajibkan hanya satu perlu dipilih. Walaupun begitu, apabila bertembung antara keduanya banyak nass agama menyuruh isteri mentaati suami selagi ia tidak melanggar hukum agama.
Ertinya: Tidak halal bagi seorang wanita berpuasa sedangkan suaminya ada (bersama) kecuali setelah mendpaat izinnya (suami). Wanita itu juga tidak boleh membenarkan sesiapa masuk ke rumahnya kecuali setelah mendapat izin suaminya (Sahih al-Bukhari).
Ertinya: Apabila seorang wanita cukup solat 5 waktunya, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), menjaga kemaluannya (kehormatannya) dan mentaati suaminya, dikatakan padanya “Masuklah syurga dari mana-mana sahaja pintunya jika kamu mahu (Musnad Ahmad).
BUKAN AKAD ANTARA HAMBA & TUAN
Pada masa yang sama, pihak suami juga perlu sedar bahawa akad yang mengikat hubungan suami isteri “bukanlah akad antara hamba dan tuan, atau akad antara banduan dan warden penjara.” Ia adalah akad penyatuan 2 keluarga atas dasar kasih sayang dan cinta. Jika kasih sayang menjadi teras penyatuan 2 insan dari 2 keluarga berbeza, maka tolak ansur wajib menjadi rukun utama kehidupan berumahtangga. Inilah roh sebenar sebuah rumah tangga Islam.
Ads
Ia disinggung secara mudah oleh Allah dalam banyak ayat al-Quran, antaranya:
Ertinya: Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan (al-Baqarah [2:237]).
Ertinya: Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlaku zalim (al-Syura [42:40]).
JANGAN JADIKAN PUNCA KERETAKAN RUMAH TANGGA
Pulang beraya memang sangat besar niKmat dan manisnya, namun begitu usahlah ia menjadi punca keretakan hubungan antara suami isteri. Jika ia menjadi manifestasi berbuat baik kepada ibu bapa di kampong halaman, 364 hari yang lain sentiasa terbuka luas untuk kita menabur bakti. Usah bermusim berbuat baik kepada ibu bapa. Jangan bermatian bergaduh mengenai hak giliran balik beraya tetapi cinta dan jasa kepada ibu bapanya hanya ditumpahkan pada hari raya YANG SEHARI ITU.
Ads
Aturlah pengurusan hidup dengan baik. Jaga hubungan keluarga. Jangan nanti hilang sebuah mahligai indah hanya kerana berebut sebuah pasu bunga penghias halaman. Jika tak mampu pulang bertemu ibu bapa atau menziarahi pusara mereka sekalipun, litar doa untuk ibu bapa yang masih hidup atau sudah pulang bertemu Allah tetap terbuka luas.
Ertinya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, DAN BAGI KEDUA IBU BAPAKU, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang yang zalim melainkan kebinasaan!” (Nuh [71:28]).
Ertinya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan BAGI KEDUA IBU BAPAKU serta bagi orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan” (Ibrahim [14:41]).
Rasulullah SAW turut mengajar cara bakti kepada ibu bapa. Sabda baginda:
Ertinya: Abu Usayd Malik bin Rabi’ah al-Sa’idiy menceritakan, pada suatu hari ketika kami bersama Rasulullah SAW seorang lelaki Bani Salamah bertanya baginda: Wahai Rasulullah adakah masih ada peluang untukku berbuat baik kepada kedua ibu bapaku selepas kematian mereka berdua? Baginda SAW menjawab: Ya! Dengan berdoa kepada mereka, memohon pengampunan untuk mereka, menyempurnakan segala janji mereka selepas kematian mereka, menghubung silaturahim yang tidak mungkin dihubung melainkan dengan kewujudan mereka (saudara mara yang agak jauh) dan memuliakan kawan mereka berdua (Sunan Abu Dawud, Sunan Ibn Majah & Musnad Ahmad).
JAGALAH HUBUNGAN DENGAN KELUARGA
Niat pulang ke kampung halaman yang dipasak ikhlas demi bakti kepada kedua ibu bapa sendiri atau ibu bapa pasangan anda pasti akan diganjari Allah. Jagalah hubungan keluarga kerana ia adalah niKmat yang sangat besar. Bayangkan berapa ramai manusia tidak bernasib baik di luar sana yang sanggup membayar mungkin jutaan ringgit demi mendapat secebis nikmat bahagia berkeluarga yang anda miliki.
Bertolak ansurlah secara adil dan saksama dalam urusan balik raya kerana pasangan anda adalah nyawa dan badan anda sendiri. Melukakan hati dan jiwa pasangan anda sebenarnya turut melukakan diri sendiri. Berusahalah sedaya mampu untuk bersama mereka di dunia dalam keluarga bahagia dan juga di akhirat dalam syurga.
Ertinya: Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka; setiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya (al-Tur[52:21]).
Sumber kredit: Abdullah Bukhari Abdul Rahim
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sesungguhnya memang benar rindu yang paling sarat ialah rindu kepada insan yang telah pergi buat selamanya. Rindu yang tiada ubatnya. Betapa beratnya dugaan wanita ini apabila kehilangan imamnya ketika sedang hamil 2 bulan.
Jika sebelum ini dia pernah kehilangan kerana mengalami keguguran dan kini terpaksa menghadapi rasa sedih kehilangan sekali lagi apabila hilang suami tercinta. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk syurga saya. Semoga awak ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Awak selalu pesan jaga solat, jaga aurat. Kalau xmengaji awak akan tnya lama tak nmpak mengaji . awak suami yang baik. . Dah tkda tempat untuk sy mengadu , bergaduh, merajuk2. Allah. Saya bukan isteri yang terbaik tapi saya sentiasa tunggu awak, setia sentiasa. Rindu suami yang dah takda tu pedih nya ya Allah. Tinggalkan saya, Ayra & anak dalam kandungan. Awak tenang di sana dengan baby k2 kita yang gugur tu okey. Nanti saya & anak2 menyusul juga. Semoga sy kuat tanpa awak. awak balik lambat pon saya dah tak keruan ?? Ni pulak dah tinggalkan saya selamanya.
Ketika sudah bersiap-siap untuk ke majlis reunion syarikat suaminya, lain pula yang terjadi. Patutlah lambat, rupa-rupanya suami wanita ini terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Allah Allah Allah.
Petang tadi aku siapkan baju kami bertiga untuk ke reunion company suami. Pukol 5 petang, tak sampai2.
Aku call suami aku, polis yang jawab. Allahuakbar suami aku kemalangan & meninggal di tempat kejadian. Allahh allahhh. .
Tolong doakan suami saya. Tolong sedekahkan Al Fatihah untuk suami saya yang tercinta.
Tiada duka yang abadi didunia Tiada sepi merantaimu selamanya Malam kan berakhir, hari kan berganti Takdir hidup kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu Namun ku percaya hati meyakini Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti Tapi detik tak kembali Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari Bunga yang mekar akan layu akan mati Malam kan berakhir, hari kan berganti Takdir hidup kan dijalani
Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti Tapi detik tak kembali Harap ampunkan hamba-Mu ini
Perkara pertama yang golongan suami perlu utamakan setiap kali mendapat gaji adalah nafkah isteri. Ini yang selalu suami-suami lupa walaupun bukan semua suami culas memberi nafkah kepada isteri. Janganlah diabaikan nafkah isteri. Dapat sikit, beri sikit, dapat banyak, beri banyak kerana pentingnya isteri reda dengan pemberian nafkah suami. Jika isteri tidak reda, bimbang sempit rezeki suami. Semoga perkongsian dari Khairul Johari ini memberi manfaat kepada anda semua.
Perkara yang paling suami terlepas pandang, hutang nafkah. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun duit tapi masih tak cukup? Duit habis tetapi tak nampak duit dibelanjakan untuk apa? Hati kusut, tanyalah isteri anda dari hati ke hati. Adakah dia reda untuk segala nafkah suami terhadap isteri?
JANGAN KEDEKUT DENGAN ISTERI
Tanya isteri, adakah dia betul-betul menghalalkan segala hutang nafkah yang suaminya berhutang itu? Percayalah, banyak perkara yang isteri pendamkan dalam hati sebenarnya. Tetapi dia tidak akan meluahkan kerana mahu menjaga hati suami. Keduanya sebab mahu mengelakkan pergaduhan.
Jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya si suami tidak kedekut dengan isteri. Perasan tak? Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tidak sedar, kita suami dah berhutang dengan isteri. Kita tengok isteri nampak seperti tidak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?
Mak ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu, untuk dijaga seperti yang mereka jaga. Bukannya kamu kerahkan tenaga dia seperti babu. Bukan untuk kamu kerahkan kudrat dia siang malam 24 jam tanpa rehat. Bukannya untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu, kamu mahu dia jaga.
KAHWIN BUKAN UNTUK SEDAP SEMATA
Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia, agak-agak dia akan berkahwin dengan kamu? Kahwin ini bukan untuk sedap semata-mata tetapi banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Di atas dunia bolehlah kita mengelat, tetapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.
Kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri, jagalah perasaan isteri. Isterilah punca rezeki suami semakin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dapat dinafikan suami isteri yang bercuti bersama akan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dalam rumah tangga. Dalam setahun luangkan beberapa kali masa untuk bercuti bersama. Bagi blogger Bella Idura aktiviti bercuti bersama suaminya, Mohd Firdaus bukan sahaja memberikan satu pengalaman baru buat dia dan suaminya tetapi juga dalam masa yang sama mengeratkan lagi hubungan mereka berdua.
Percutian bersama mengeratkan hubungan suami isteri apabila kami berkerjasama dan berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. Ini kerana percutian kami selama ini tidak pernah melalui mana-mana travel agency. Semuanya diaturkan sendiri. Selalunya saya yang akan menyusun itinerary dan bajet, suami pula akan lebih berusaha bila sampai di destinasi untuk mengikut itinerary dan menyusun masa bila tiba disana. Dengan kerjasama ini, kebanyakan destinasi kami di luar negara akan berjaya mengikut itinerary yang disusun.
PENGALAMAN MENDEBARKAN
Sepanjang bercuti bersama, banyak kali juga alami pengalaman yang mendebarkan antaranya hampir terlepas flight ke Krabi dan Hongkong. Semasa di Singapura kami terpisah selama lebih lima jam ketika mahu menaiki kereta api laju. Suami sempat menaiki kereta api tetapi Bella tidak sempat dan menyebabkan Bella tertinggal dengan hanya kamera di tangan. Suami merayau-rayau mencari Bella di semua stesen sehinggakan ditangkap polis Singapura. Akhirnya polis tersebut membantu suami mencari Bella dengan membuat pengumuman di semua stesen.
Sesat bersama ketika menaiki bot di Bangkok! Kami berada di dalam bot sehingga malam dan penjaga tiket bot tersebut sangat kurang ajar dan menghalau kami kerana ia adalah perjalanan bot yang terakhir. Pemandu bot berhentikan kami di satu kawasan yang sangat sunyi seperti kuil. Nasib kami baik kerana pemandu bot tersebut sangat baik telah menghubungi bot lain yang melalui kawasan kami untuk menumpangkan kami ke stesen keretapi terdekat.
Beg kami ditoreh semasa di airport Macau kerana ada losyen di dalamnya, walaupun losyen itu kurang dari 100 ml. Tidak setakat itu, kami tidak ke kaunter “verification id” kerana Bella kurang mengkaji tentang sistem imigresen di Macau, menyebabkan kami hampir dihalau oleh imigeresen Macau. Sedangkan waktu itu kapal terbang hanya 100 meter di depan kami! Sekali lagi kami bernasib baik kerana pekerja AirAsia bersama-sama merayu supaya melepaskan kami masuk. Agak mengecewakan kerana sebelum kami ke kaunter yang terakhir kami terpaksa melalui 4 kaunter imigresen yang lain tetapi tidak seorang pun menahan kami menyebabkan kami rasa ia ok. Setelah melalui semua ini, kami lebih berhati-hati dan menjadikan ia pengajaran untuk perjalanan yang akan datang.
PENGALAMAN LUCU
Pengalaman lucu ialah ketika mencari jalan untuk ke sesuatu tempat. Kami akan bertengkar untuk menentukan langkah perjalanan kami seterusnya walaupun ada peta ditangan. Tapi bila kami sampai ke destinasi yang kami nak tuju, kami akan ketawa mengingatkan siapa yang betul dan siapa yang salah.
TIP PASANGAN SUAMI ISTERI YANG INGIN BERCUTI BERSAMA
*Buatlah tempahan tiket penerbangan awal untuk mendapatkan harga tiket yang lebih murah kerana ia akan menjimatkan banyak kos percutiaan kita.
*Pastikan itinerary disusun mengikut kesesuaian kita bukan amazing race untuk sampai ke semua tempat.
*Pastikan bajet cukup sehingga hari terakhir perjalanan.
*Kaji tahap keselamatan, cuaca, budaya, mata wang yang digunakan, tempat makanan halal dan belajar sedikit bahasa sebelum sampai ke sebuah negara baru.
*Persetujuaan bersama amat penting. Jadi berbincanglah untuk membuat apa sahaja keputusan bagi memastikan perjalanan kita lebih seronok dan bermakna.
Sumber: Bella Idura
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebelum keluar rumah atau pergi bekerja selain solekan wajib mengenakan semburan wanigan yang memang terserlah baunya.Meski Islam melarang wanita memakai wanigan yang harum semerbak...