Isteri adalah anugerah yang tidak ternilai buat seorang suami. Walaupun seorang isteri itu tidak pernah minta dihargai namun sebagai suami, mereka perlu bijak ‘memikat’ hati isteri. Bantulah mana yang patut agar isteri rasa disayangi dan ‘diperlukan’ oleh suami.
“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu daripada isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan memberikan rezeki daripada yang baik-baik.” (Surah an-Nahl, ayat 72)
Bagi yang sering mengikuti Ebit Lew di medium sosial seperti Instagram mahupun Facebook sudah pastinya sering ‘melihat’ betapa Ebit Lew menyantuni isterinya. Dalam kesibukan beliau berdakwah, Ebit tidak pernah lupa menyisihkan waktu buat isteri tercinta.
Berikut perkongsian Ebit Lew di laman Instagramnya yang amat menyentuh hati.
Abang kenapa bagi hadiah pada bidadari abang ni? Sebak tengok bidadari menangis happy dan terkejut. Syukur pada Allah. Bukan hari lahir sayang pun. Ini hari lahir anak kita qadeejah 10/4. Memang dah niat dari hari tu masa buka Paramount Coffee House cawangan ketiga di Ioi Conezion Putrajaya. Dulu tak sempat belikan untuk arwah mak saya emas. Terima kaseh mak asbab doa mak semuanya. Semoga mak Allah letakkan dalam syurga Firdaus. Allah sayang mak.. Mak ajarkan saya sayang dan hargai isteri. Ya Allah. I love u bidadari abang…
MENANGIS DALAM BILIK PEMBEDAHAN
Yer bidadari abang. Hari ini hari lahir anak ketiga kita Qadeejah. Tapi abang teringat abang menangis dalam bilik pembedahan. Hari itu abang saja tengok betul-betul setiap lapisan perut sayang yang sakit. Teringat masa tu rasa sakitnya sayang. Dah macam apa perut tu di buka dll..masih ingat darah, dan setiap lapisan..jahitan setiap lapis..
Lepas dengar bunyi tangisan qadeejah abang menangis masa azankannya..ya Allah tuhanku. Sampai mati abang takkan dapat balas pengorbanan sayang. Demi cinta anugerah Allah ini abang cuma penat bekerja. Sayang dah bagi darah, nyawa, air mata segalanya. Sayang mati berkali-kali..Ini pun dah cukup buat sayang jadi ahli syurga…ya Allah itulah kelebihan seorang wanita. Seperti para pejuang syuhada dulu-dulu. Macam mana lah abang nak kejar sayang..ya Allah..
Terima kaseh Allah anugerahkan bidadariku ini. Selamat hari lahir anakku Qadeejah sayang 10/4. Semoga jadi anak solehah buat umi. Hamba Allah yang takwa mukminah..jadi daie Allah..Pohon doa semua sahabat. Terima kaseh kerana doa semua selama ini.
Sumber kredit: Ebit Lew
VIDEO KASHOORGA: