‘Sebaiknya guna peluang lakukan ibadat sungguh-sungguh.’ Sedih, trend promote produk depan kaabah makin menjadi-jadi.
Sebelum ini, tular di TikTok dengan sebuah video seorang jemaah umrah yang dikatakan berdoa di Tanah Suci Mekah agar dijodohkan dengan penyanyi K-pop.
Malah, kita juga pernah didedahkan dengan kelakuan tidak senonoh jemaah umrah lelaki dari Malaysia yang berpakaian seperti wanita dan juga yang perempuan menyerupai lelaki ketika mengerjakan ibadat umrah di Tanah Suci.
Terbaharu, segelintir ‘founder’ dan stokis produk dari negara kita pula tanpa segan-silu mengambil kesempatan mempromosikan barangan serta bisnes mereka di hadapan Kaabah. Perbuatan ini mula tular di media sosial.
Satu-persatu perkara buruk dilakukan jemaah kita bila berkesempatan ke Tanah Suci. Sebaiknya peluang yan ada digunakan sebaik mungkin untuk mengerjakan ibadat bukannya melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.
Ads
Sesunguhnya menjadi perkara yang amat menyedihkan kerana walaupun pernah ditegur oleh agamawan dan netizen, trend berniaga di hadapan Kaabah ini didapati semakin parah.
Lakukan Ibadat Sungguh-Sungguh
Malah saban hari golongan ini dilihat semakin ramai berpusu-pusu datang mengerjakan umrah sambil bergaya dan bergambar bersama produk mereka untuk dijadikan content promosi.
Lebih menyedihkan, mereka kini didapati bukan sahaja berani membawa masuk kotak-kotak dan botol-botol produk kosmetik untuk dipamerkan di hadapan Kaabah, malah jajan dalam balang yang berperisa coklat dan ‘cheese’ pun ada!
Lelaki ini, Kai Auburn, terpanggil untuk menegur perbuatan dan sikap melampau ini, kongsinya:
Pergi tanah suci untuk beribadat
Pergi tanah suci untuk promote produk
Ads
Yang pergi depan kaabah itu beribadat sajalah, bagi kami netizen ini saja fikir hal dunia. Esok mati tuhan tanya kau pergi umrah atau haji buat apa, tak akan kau nak pass suruh kita orang pula yang jawab.
Makin Menjadi-Jadi
Nak-nak yang buat produk sampah itu kan, kau sudahlah lama hendak menjawab nanti pasal kau baraikan muka beribu orang. Kita orang yang lama menunggu giliran ini jadi satu hal pula hendak kena tunggu kau jawab kenapa promote gambar depan kaabah.
Kau kalau hidup menyusahkan orang, takkan mati pun hendak menyusahkan orang lagi. Pergi Mekah bukan selalu, kau fokus ibadat sudahlah. Punya banyak benda boleh ditunggang, agama juga yang kau pilih.
Kashoorga: Supaya Allah ampunkan dosa-dosa mereka.
Aku jawab, “Allah masih nak rahsiakan jodoh saya.”
“Umur dah meningkat tu…”
Aku jawab, “Allah masih rahsiakan jodoh saya.”
“Bila boleh makan nasi minyak ni?”
“Hanya Allah yang tahu…”
Aku sering kali ditanya dengan pertanyaan jodoh. Pertanyaan demi pertanyaan ditanya oleh orang sekeliling. Pertanyaan oleh keluarga sendiri. Pertanyaan oleh jiran. Pertanyaan oleh sahabat-sahabat zaman sekolah dan juga rakan sekerja.
Terasa rimas dengan pertanyaan itu. Aku faham mereka sangat prihatin terhadap diriku. Terima kasih semua, tetapi tentang jodoh ini dalam rahsia Allah.
SELAGI KUN FAYAKUN DIA TIDAK MENYAPA, AKU HANYA MAMPU USAHA DAN BERDOA KEPADA-NYA SETERUSNYA TAWAKAL…
Allah ada sebut dalam Surah Ar Rum (30): 21
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia Menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.”
Ada yang bercinta bertahun-tahun, selalu keluar bersama tetapi akhirnya berpisah. Ada pula yang baru kenal sebulan dua, bersua muka sekali dua bersama mahramnya dan akhirnya bersama.
Aturan hidup kita, tiada siapa yang berani kata pasti kerana hanya Allah sebaik-baik perancang kepada hamba-Nya.
BOLEH JADI YANG DIGENGGAM KEMAS-KEMAS SAAT INI, ITU YANG AKAN DILEPAS SELAMA-LAMANYA NANTI. ADA JUGA YANG BERPISAH SETELAH LAMA BERCINTA KERANA BARU SEDAR CARA MEREKA ‘SALAH’.
Masing-masing mencari diri dengan bertaubat pada-Nya dan akhirnya Allah pertemukan mereka kembali. Rahsia jodoh itu unik kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Impian Cinta Hatiku…
Aku ingin… menjadi suri dalam hidupmu supaya hubungan kita diredhai-Nya.
Aku ingin… menjadi permaisuri hatimu supaya hanya aku di hatimu supaya hanya aku isterimu yang sentiasa taat padamu
Aku ingin… menjadi ibu mithali putera puteri kita supaya menjadi qudwah terbaik buat mereka.
Aku ingin… menjadi wanita yang paling bahagia menjadi wanita yang solehah apabila kita hidup bersama.
Aku ingin…
bertemu denganmu
semoga ALLAH permudahkan pertemuan kita.
Walaupun kita tak bertemu Walaupun kita tak kenal itulah satu tempoh unik tempoh ujian kita kesabaran hati ketabahan hati tempoh usaha kita untuk perbaiki diri untuk mencari ilmu mengenal cinta ALLAH… supaya kita boleh menghadapi mehnah dunia yang datang.
Duhai hati sabarkan dirimu usah gelisah sabarkan dirinya usah terburu-buru kerana hati kita pasti bersatu jua pasti bertemu jua kerana jodoh itu rahsia ALLAH perempuan yang baik untuk lelaki yang baik…
Janji ALLAH pasti!!! hanya masa belum tiba hanya saat itu belum hadir kerana belum tiba masanya lagi..
Duhai hati ingatlah ALLAH kerana hanya mengingati ALLAH hati kita menjadi tenang jodoh kita pasti ada tunggulah masanya nanti!
Ya ALLAH.. jagalah hatiku jagalah hatinya mujahadahkan hati kami supaya hubungan suci antara aku dan dia terjalin kerana-MU Ya ALLAH.. supaya ikatan suci itu terpelihara daripada fitnah penduduk bumi supaya sentiasa didoakan oleh penduduk langit..
Ya ALLAH… itulah impian cintaku impian cinta untuk dirinya impian cinta untuk bersamanya hanya untuk dia walau aku tak tahu siapa dia walau aku hanya menanti penantian itu satu kesabaran aku tabahkan diri menanti sebuah takdir terindah takdir pertemuan aku dan dia..
Amin…
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama membantu meringankan tanggungjawab suami.
Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan. Bertuahnya Norzie Pak Wan Chik. Begitu dihargai oleh suaminya, Aidid Marcello.
Berikut catatan ucapan hari ulang tahun perkahwinan Aidid Marcello di laman Instagramnya buat isteri tercinta.
Sedangkan lidah lagi tergigit…. itulah lumrah dalam bercinta dan hidup sekali kan? Tapi kalau dah 14 tahun dapat hidup sekali walaupun pelbagai pancaroba… maksudnya bukan setakat lidah dah tergigit… segala benda yang tergigit pun insyaAllah dah boleh handle… .
Bertuah saya dapat teman hidup yang sangat memahami, cemburu, caring dan sangat fikirkan masa depan anak-anak. Sebab apa yang penting dalam hidup kita ni… kita kena fikir lagi 20 tahun, di mana kita, siapa bersama kita dan siapa yang akan membela nasib kita.
Saya doa & minta yang baca ni terus doa untuk kebahagiaan keluarga saya semoga perjalanan hidup kami terus berada pada landasan yang betul dan diredhai, InsyaAllah. . Kepada anak-anak daddy @nailinamarcello @imanmarcello @yusufmarcello @ibrahimmarcello semoga terus sayang dan hargai pengorbanan mummy daddy
Hari ini sama seperti hari sebelumnya. Alarm telefonku berbunyi menandakan sudah jam 6.00 pagi. Tanganku pantas mematikan bunyi alarm tersebut.
Mataku kupaksa untuk buka, namun jasadku belum mampu kupaksa untuk bangun. Aku termenung di dalam kegelapan. Tiada apa yang kufikirkan hanya dipenuhi perasaan malas.
Berat sungguh jasad ini hendak kupaksa bangun. Ku tahu solat itu satu kewajipan. Mendirikan solat di awal waktu itu suatu tuntutan. Namun, aku masih terbaring dengan enaknya. Dalam hati aku berkata,
‘kejap lagi la solat, baru masuk waktu ni’.
Masa terus berjalan tanpa menanyakan kepadaku
‘Berapa banyak masa lagikah yang engkau perlukan?’.
Ia berlalu sedetik demi sedetik hingga membawa aku kesiangan. Aku lihat jam di telefonku. Ianya menunjukkan tepat jam 6.50 pagi.
Tatkala ini aku bingkas bangun menenguk segelas air masak dan terus ke bilik air. Aku persiapkan diriku untuk solat.
Alhamdulillah masih sempat sebelum syuruk. Usai solat, aku mengangkat tangan dan berdoa kepada Illahi.
Aku berdoa supaya aku diberi kesihatan yang kamil, kebijaksanaan, kekayaan dan dipermudahkan segala urusan hidup.
Hari ini aku bercadang untuk ambil cuti. Kebiasaannya aku akan menghabiskan masa duduk berehat di rumah sahaja apabila tidak ke mana-mana.
Inilah masanya untuk aku mengemas rumah, membasuh pakaianku, memasak makanan kegemaranku di rumah.
Bagi aku, setelah penat bekerja, hari cutiadalah masa untuk reward diri sendiri.
Selesai mengemas rumah, aku duduk di sofa sambil menonton televisyen. Ku ambil makanan yang telah dimasak dan langsung makan di hadapan televisyen.
Aku rasa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang terbiasa dengan amalan makan di hadapan televisyen. Dalam erti kata yang lain, makan sambil menonton rancangan televisyen.
Sedang aku menikmati rezekiku pada tengah hari ini, terdengar seruan azan yang menandakan masuknya waktu solat fardhu Zuhor.
Dalam hatiku berbisik, ‘tidak apalah, lepas makan aku solat’.
Aku meneruskan untuk menghabiskan makananku. Dalam keasyikan menikmati santapanku pada hari ini, tangan ku dengan pantas mengambil remote control Astro. Button info aku tekan satu persatu sambal meneliti rancangan yang akan disiarkan pada hari ini.
’wah, ada rancangan kegemaranku, mana boleh terlepas ni’.
Bisik aku di dalam hati setelah melihat info rancangan di kaca televisyen. Mataku melihat duration rancangan tersebut. Rancangan itu akan habis jam 3.00 petang. Dalam hatiku berbisik lagi
‘sekarang dah pukul 1.55 petang, kalau solat sekarang nanti terlepas pula rancangan ini. Solat lepas abis rancangan ini lah. Pukul 3.00 pun masih waktu zuhur. Ah, tengok televisyen dulu lah’.
Aku lalu terbuai dek keasyikan dunia. Usai rancangan televisyen itu, aku bangun mendirikan solat. Seperti biasa, aku memanjatkan doaku kepada Illahi.
Seperti aktiviti di hujung minggu, aktivitiku adalah sama di waktu petang. Iaitu tidur di petang hari. Tidur di waktu petang adalah satu kenikmatan bagiku.
Sebelum tidur, alarm telefon telah aku setkan. Aku ingin bangun pada jam 5.30 petang. Bagiku kalau tidur sekejap-sekejap tidak berasa kepuasaannya.
Aku lantas tidur dalam kesejukan penghawa dingin. Tepat jam 5.30 petang aku bangkit mendirikan solat.
Apabila senja mula mencelah, aku seperti dipanggil-panggil oleh televisyen. Seolah-olah ada suara dari televisyen itu menyuruh supaya aku membuka televisyen.
Aku menonton drama televisyen sehingga jam 8.00 malam. Jam 8.00 malam barulah aku tergesa-gesa mendirikan solat Maghrib.
Aku tidak pernah lupa untuk memanjatkan doa kepada Illahi. Sudah menjadi kemestian pada diri untuk berdoa selepas solat.
Selesai solat Maghrib, aku menyambung aktivitiku untuk menonton televisyen. Selalunya aku pasti tertidur di hadapan televisyen. Kadang-kadang sehingga jam 2.00 pagi. Bagiku, waktu Isyak panjang yang aku boleh dirikan nanti.
Aku terlena di hadapan televisyen. Terjaganya aku, jam dinding menunjukkan jam 10.30 malam. Aku bingkas bangun dan menunaikan solat Isyak.
Setelah selesai, aku periksa keadaan rumah, kupastikan semua pintu dan tingkap telahku kunci, suiz telahku matikan, baru aku masuk ke bilik untuk tidur.
Beginilah kehidupanku berulang siang ke malam dan malam membawa ke siang kembali.
Sehingga suatu hari aku terfikir. Aku yakin dan percaya dengan janji Allah bahawa setiap apa yang kita minta pasti Allah tunaikan cuma waktu yang membezakan.
Ada doa yang Allah maqbulkan cepat, ada yang lambat.
Aku berfikir, mengapa aku berdoa setiap kali selepas solat tanpa pernah tinggal walau sekali pun, tapi doaku masih tidak dimakbulkan. Adakah aku kurang usaha? Aku muhasabah kembali.
Bagi aku, aku cukup berusaha. Aku kerja siang petang. Adakah aku kurang beribadah? Aku tidak pernah tinggal solat walau terkadang aku lambat mendirikannya.
Tiba-tiba aku seolah disapa satu tepukan dari belakang yang aku sendiri tidak tahu daripada siapa. Sapaan itu seolah berbisik padaku,
‘Inilah jawapannya’.
Baru aku tersedar. Apa yang Allah ingin aku lakukan, aku lewatkan. Adilkah untuk aku mendapatkan apa yang aku hajatkan dengan cepat. Sedang apa yang Tuhanku mahukan aku lenggahkan.
Air mataku tiba-tiba mengalir tanpa aku sedar. Adilkah aku terhadap diri ku sendiri. Adil itu bermaksud, meletakkan sesuatu itu pada haknya.
Solat itu haknya di awal waktu, aku tidak adil akan itu. Adilkah aku apabila apa yang Allah perintah aku lewatkan namun apa yang aku hajatkan aku mahukan segera.
Adilkah aku?
Sekilas aku tersedar, siapa aku di muka bumi ini. Aku hanya seorang hamba. Hamba yang sangat hina martabatnya. Layakkah aku mempertikaikan pemberian Tuhan kepada diriku?
Layakkah aku iri hati dengan pemberian Tuhan pada hamba yang lain? Layakkah aku marah akan apa yang Tuhan beri dan ambil daripadaku, sedang semua milikNya?
Layakkah aku berfikir tentang keadaan diriku yang diuji? Tidak berimanlah aku sekiranya aku tidak beriman walau hanya dengan satu rukun iman. Percaya kepada Qada’ dan qadar.
Ramai yang terlepas pandang akan rukun Iman terakhir iaitu beriman kepada qada’ dan qadar.
Pada kita rukun Iman keenam ini hanya percaya ketentuan Illahi untuk kita tanpa meletakkan sebenar-benar bahawa Allah adalah perancang segala sesuatu yang terjadi pada hari ini.
Setiap hela nafas kita pada saat ini juga merupakan perancangan Allah untuk kita. Itulah qada’ dan qadar. Beriman dengan sebenar-benar Iman.
Alhamdulillah, hari ini aku mula tersedar tentang siapa aku di muka bumi ini.
Adilkah aku sekiranya segala perintah Tuhan aku abaikan. Semoga hari ini merupakan hari yang terbaik bagiku, dan hari esok adalah lebih baik dari ini.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...