Bayangkan bagaimana situasinya apabila satu air kotak disedut empat orang anak-anak tahfiz yang kehausan, sekadar untuk membasahkan tekak namun tidak mampu menghilangkan dahaga. Bagi kita yang mampu, apalah sangat nilai harga sekotak air kotak namun bagi anak-anak tahfiz yang serba kekurangan, setiap sen yang ada perlu dikongsi dengan rakan-rakan senasib.
Aku menangis hari ini
Dalam perjalanan pulang ke pejabat lepas Jumaat, aku singgah di Shell Kepong hala Manjalara untuk membeli air. Masuk sahaja aku nampak sekumpulan anak anak lengkap berjubah dalam keadaan kuyup. Dalam ramai ramai mereka, seorang minum air kotak dan di pas kepada 4 kawan lain untuk merasa.
“Dari mana ni?” tanya aku pada seorang yang kelihatan lebih tua antara semua”
“Dari Tahfiz Darus Syabab pakcik, balik solat hujan singgah teduh”
“Dah makan? Balik ke sekolah naik apa?”
“Belum lagi. Kami jalan kaki saja pakcik”
Allahu. Melihat mereka minum satu air kotak berkongsi 4 orang sesedut aku sebak.
“Ambillah apa apa nak makan dalam ni. Aiskrim, keropok, roti… ambil lah. Saya belanja.”
Seorang dari mereka meluru dan salam aku sambil cakap terima kasih, kemudian dengan anak anak yang lain. Wajah sugul bertukar gembira. Aku tahu mereka lapar dengan hujan, kuyup dan akan berjalan kaki pulang. Aku tak boleh tengok, minta kaunter kirakan apa yang mereka ambil dan tinggalkan kad debit. Aku menangis. Mereka anak anak tahfiz serba kekurangan.
RM138 yang tiada apa bagi aku tetapi RM138 itu amat membahagiakan mereka
Alhamdulillah, terima kasih Allah memberi aku peluang sebegini
Sumber kredit: FB Mohd Khairul