Menerusi Harian Metro, Ella memberitahu hatinya terdetik untuk menyertai misi ini selepas menonton satu video kanak-kanak mengutip makanan dengan hanya berbaju nipis ketika waktu sejuk pada tahun 2013
Niat untuk menyertai misi kemanusiaan sudah lama dipendam Ella. Harapan itu mulai tersimpan sejak lapan tahun lalu, namun kekangan masa dan jadual padat membuatkan penyanyi popular ini sering terlepas peluang berkenaan.
IKON KEMANUSIAAN
Ella dan suaminya, Azhar Ghazali telah dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan oleh Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB). Ella akhirnya berpeluang memenuhi impian berkenaan hujung bulan ini bersama suaminya.
Pasangan itu bakal mengikuti misi melawat kem pelarian warga Palestin dan Syria di Lubnan pada 26 sehingga 30 April ini.
Dalam satu posting di Instagramnya, Ella mengajak para peminatnya dan seluruh netizen untuk menderma.
As salam .. jom sama sama kita menderma 1 ringgit atau seikhlas kita untuk saudara mara kita, moga bekalan kita berkat di sana nanti .. Insyaallah amin yra .. thank you everyone.
Ella berkata, misi kemanusiaan KKB untuk pelarian Palestin dan Syria kali ini membabitkan beberapa kem antaranya di Beqaa, Aakar (kem Syria) dan Beirut (kem Palestin).
“Kami ingin berkongsi kebahagiaan yang ada di Malaysia dengan mereka. Sudah lama saya mahu melihat sendiri kesengsaraan mereka dan datang ke tempat mereka memberikan sumbangan, tetapi belum ada rezeki.
Ads
TERSENTUH LIHAT NASIB ANAK-ANAK KECIL
“Niat itu timbul apabila terlihat sebuah video mengenai kanak-kanak yang mengutip makanan dan kesejukan kerana hanya memakai pakaian nipis kira-kira lapan tahun lalu.
“Saya terus bungkus baju sejuk saya tanpa mengira jenama dan kemudian dermakan pada 2013. Saya terfikir, kalau itu keluarga kita pasti kita akan tolong sehabis baik dan walau apa jua cara sekalipun,” katanya.
Sebagai selebriti, Ella menyeru rakyat Malaysia untuk memberikan sumbangan bagi meringankan beban insan yang memerlukan di kem pelarian berkenaan.
Ads
Sementara itu, Azhar berkata, sebelum melawat kem berkenaan, mereka harus kuat tidak hanya pada fizikal, tetapi juga mental dan emosi.
“Apabila kita bercakap mengenai kem pelarian, sudah pastilah keadaan di sana teruk. Tanpa tempat tinggal yang sempurna, kekurangan makanan serta perubatan. Tahap kebersihan juga pastinya tidak berada pada tahap yang baik.
SUDAH BERSEDIA HADAPI CABARAN
“Jadi, kami harus dalam keadaan sihat ketika berada di sana. Mental dan emosi juga perlu kuat. Saya yakin, kehidupan mereka dalam serba kekurangan mampu meruntun jiwa mana-mana individu,” katanya.
Sedang merangka aktiviti yang boleh dilakukan bagi menghiburkan pelarian di sana, kata Ella, dia sempat bertemu dengan Fara Fauzana, Jihan Muse dan Zara Zya bagi berkongi tip dan pengalaman mereka sepanjang berada di Palu, Indonesia.
“Saya sempat lepak dengan mereka dan pastinya isi perbualan kami adalah mengenai misi kemanusiaan. Saya ada meminta nasihat dan tip daripada mereka apa yang perlu saya lakukan.
“Mereka memang banyak membantu dan memberikan maklumat serta berkongsi pengalaman. Saya teruja dan pada masa sama berdebar untuk menyertai misi kemanusiaan berkenaan,” katanya.
Menurut Ella, peranannya bukan sekadar menarik orang ramai menyumbang, tetapi juga memberikan kesedaran agar lebih ramai menjiwai dengan pergolakan dunia yang berlaku pada masa kini.
“Mungkin ada yang rasa cuma tidak ramai kerana kesedaran itu kurang. Mungkin ini salah satu cara saya untuk membantu iaitu dengan menyebarkan maklumat, sekali gus menyuntik rasa tanggungjawab,” katanya.
Bila sebut tentang ibu tiri, mesti kita sudah membayangkan wajah yang bengis, garang dan hati kering. Namun hakikatnya tidak semua ibu tiri begitu. Masih ingat tak lagi dengan penyanyi bersuara lunak, Farah Asyikin Zulkifli. Seorang penyanyi dan komposer Malaysia yang meraih tempat ketiga dalam musim kedua pertandingan Malaysian Idol pada tahun 2005, Farah juga pernah meraih tempat kelima dalam pertandingan One in a Million tahun 2006.
Baru-baru ini Farah telah berkongsi sekeping gambar bersama keluarganya. Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.
Di ruangan kapsyen, Farah memperjelaskan tentang hubungannya bersama tiga orang anak tiri yang sering dipertikai oleh sesetengah netizen.
Menurut Farah, hubungannya bersama anak tiri tidak mempunyai masalah dan baik-baik sahaja, bukan seperti yang disangka oleh segelintir pihak.
“Ramai pengikut saya meminta gambar bersama anak tiri, sebenarnya saya pernah berkongsi gambar bersama mereka dahulu.
“Kalau ‘scroll down’ profil saya, anda akan jumpa gambar kami bersama. Terima kasih kepada Snow White dan Cinderella yang memberi impak kepada stigma masyarakat yang membenci ibu tiri.
“Saya sayang keluarga saya, saya sayang anak tiri dan menghormati privasi mereka,” jelasnya.
Foto tersebut diambil pada jamuan makan malam ke-24 anak sulung suaminya, Raja Asilla pada Februari lalu. Di sebelahnya adalah kembar Raja Muzaffar dan Raja Shahirah.
Manakala lelaki kacak yang paling jauh di dalam foto itu adalah kawan rapat anak-anaknya.
Farah Asyikin berkahwin dengan Raja Iskandar Raja Mukhtaruddin pada Januari tahun lalu. Sebelum itu, dia pernah dua kali mendirikan rumahtangga.
Sumber kredit: Sinar Harian & Instagram Farah Asyikin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam pada ramai netizen mengecam tindakan PU Abu menjatuhkan talak kepada isterinya yang mengandung tujuh bulan, Wardina Saffiyah juga turut ‘terpanggil’ untuk meluahkan pendapatnya melalui coretan di laman Insatgram peribadinya.
Sebenarnya tak komen lagi bagus tapi…. macam nilah… pada saya bukan juga soal PU or whatever Dai’ ceraikan isterinya waktu sarat TAPI si Abu miang ni dok bercinta dengan perempuan lain (tak kisahlah Janda atau tidak) lepas baru dua bulan berkahwin dan sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung.
Like seriously? Dua bulan??? Pada saya sebenarnya lagi merana hidup sekiranya terpaksa berhadapan dengan suami yang sedang angau dengan wanita lain. So memang elok lah dilepaskan. But the fact that he fell in love with another women after just 2 months of marriage is just absurd…
JANGAN KEJAR NAFSU SEMATA
Buat para lelaki (tak kisahlah Ustaz ke tidak) Fitnah wanita ni memang terlalu hebat. JANGAN mula. JANGAN berani-berani tanya khabar and disguise it with something else. It’s not worth it. Not worth the heartache and emotional pain that your wife has to go through. Tak berbaloi berantakan rumah tangga dan berpecah belah keluarga kerana seorang wanita demi mengejar nafsu yang tidak pernah kenal erti puas. Lepas tu suruh mereka sabar demi agama dan demi pahala sedang hang happy melayan nafsu. Eloklah tu.
Buat Encik Abu semoga Allah buka hati dan mata. Buat Hana Azra (yang kena sama nama dengan anak I ni kenapa *grrrr*?) benarkah anda boleh berbahagia di atas kesengsaraan wanita lain? It’s not worth it. Satu hari nanti anda akan menyesal.
HARGAI ISTERI
Oklah sorry komen banyak sangat pasal rumah tangga orang. Cuma saya sempat check siapa Abu ni dengan dua orang rakan yang kenal beliau sebelum post ni. Now to all men, go home and for goodness sake just love your wife! Sekian
Ustaz dan orang beragama gatal are truly disgusting… I can’t stand their jokes especially randomly dropping hints about marrying another on social media or in their ceramah… (tak class la Ustaz) not taking into account the feelings of their wives or women. Try educating men to value and respect women instead. Above all, they think they can get away with it because they are alim, because they are men and use whatever verses or Hadith to justify their bloody gatalness. Be a man. Respect your wife first and foremost. .
Tujuan belajar di luar negara adalah untuk menuntut ilmu dan membanggakan kedua ibu bapa. Namun kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.
Siapa sangka hajat Mohd Hafizuddin Hazrul, pelajar tahun pertama yang belajar di Universiti Mohamad V Rabat, Maghribi tidak kesampaian apabila telah dijemput Illahi kerana disahkan menghidap leukima.
Dia yang sebelum itu telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Cheikh Zayd awal November lalu akibat derita leukemia.
Sebelum itu beberapa pelajar di Malaysia yang sedang menetap dan menyambung pengajian di universiti sama telah memohon bantuan dan sumbangan rakyat Malaysia melalui media sosial.
Mohd Hafizuddin telah disahkan meninggal dunia pada 10.50 malam tanggal 23 November 2019. Sebelum itu dia dikejarkan ke hospital oleh rakannya kerana mengalami demam berpanjangan sebelum disahkan menghidap leukimia dan keadaan kesihatan semakin lemat dan merosot.
Kehilangan arwah juga telah mengejutkan kedua ibu bapanya Hazrul Adullah dan Noor Bahayah Dulla setelah dimaklumlah bahawa anak mereka menderita sakit berkenaan.
Jelas mereka sebelum menyambung pengajian di Maghribi, arwah telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan tiada sebarang masalah kesihatan yang dilaporkan.
“Perkara ini sememangnya mengejutkan kami sekeluarga disebabkan sebelum Mohd Hafizuddin pergi ke Maghribi pada awal tahun ini dia sudah menjalani ‘medical check up’ (ujian kesihatan).
“Dia yang juga bekas pelajar Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) Gemencheh, Negeri Sembilan seorang aktif dalam sukan. Sebelum dia ke sana (Maghribi) tiada sebarang masalah kesihatan,” kata bapanya ketika dihubungi.
Setelah mengadakan perbincangan selepas perbincangan bersama pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), bapa arwah Hazrul Abdullah bersama isteri, Noor Bahayah Dullah, 45, setuju untuk mengebumikan anak mereka di negara berkenaan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...