Sebak Lihat Jemaah Berdoa Sambil Menangis Dapat Solat Di Masjid Nabawi, Yang Dibuka Semula Sejak Subuh Semalam

Share

Jika sebelum ini kerajaan Arab Saudi telah menutup dua masjid iaitu Masjidil Haram di Kota Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah kepada semua jemaah disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19.

Dan sejak dua hari lalu kerajaan Arab Saudi mengumumkan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka semula kepada orang ramai secara berperingkat bermula semalam.

Semalam pula melalui akaun laman sosial twitter Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah muat naik posting dengan muat naik beberapa keping foto umat Islam sedang menunaikan solat Subuh di sana.

Dalam foto berkenaan, kelihatan beberapa lelaki menangis sambil menadah tangan berdoa sebagai tanda bersyukur di atas pembukaan masjid yang menjadi kebanggaan umat Islam di seluruh dunia ini.

Malah warganet turut memberi komen yang sangat positif. Rata-rata juga turut bersyukur dengan pembukaan semula masjid Nabawi ini setelah hampir beberapa bulan ditutup kepada jemaah.

Berdasarkan laporan Arab News, masjid di serata negara itu, kecuali di Makkah, akan membuka ruangnya semula kepada jemaah sebagai sebahagian daripada langkah melonggarkan perintah berkurung yang dikuat kuasakan bagi membendung penularan COVID-19.

Published by
webadmin