Ada pasangan yang berkahwin setelah bercinta bertahun-tahun. Ada pasangan yang kahwin dengan kawan yang dah lama ada depan mata, tapi tak pernah sangka dia jodoh kita.
Ada orang pula, kahwin dengan orang yang dia baru jumpa tiga minggu. Siapa sangka. Bak kata orang, kalau dah jodoh, tiada siapa boleh menolaknya.
Memang kita salah satu tujuan berkahwin dalam Islam adalah untuk mendapat ketenangan, tapi kebahagiaan itu takkan datang dengan sendirinya.
Bila melihat calon pasangan, ingatlah, inilah orang yang akan sehidup semati dengan anda, tidur sebantal, makan sepinggan, sebolehnya sampai tua.
Atas sebab ini, siapa pun dia, dari mana pun dia datang, ada beberapa perkara yang anda memang perlu tahu tentang pasangan anda sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin dengannya.
Ads
LATAR BELAKANG KELUARGA
Sebelum berkahwin, ambil masa untuk kenal dengan keluarga pasangan anda. Sama ada dengan bertandang ke rumah atau melalui sesi taaruf saja, kepentingannya tetap sama. Cara dia dibesarkan, dengan siapa dia bergaul, di mana dia membesar, semua ini adalah faktor-faktor yang banyak mempengaruhi personaliti dan cara si dia berfikir.
Ketahui baik dan buruknya, hobi dan cita-citanya, hubungan dia dengan keluarganya dsb. Ini penting untuk memastikan anda berdua serasi dan boleh membina kehidupan bersama kelak.
AGAMA
Sebenarnya, perihal agama inilah sepatutnya perlu dilihat terlebih dahulu sebelum berumah tangga. Ini kerana, suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumah tangganya. Jika terdapat salah dan silap yang dilakukan oleh isteri, suami wajar menegur bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat agama.
Atas sebab ini juga, lelaki sebenarnya digalakkan berkahwin dengan perempuan yang kurang ilmu agama supaya suami dapat mendidik isteri menjadi wanita solehah. Perempuan pula tidak digalakkan berkahwin dengan lelaki yang kurang ilmu agamanya kerana perempuan bukan ketua keluarga dan kerana lebih susah mendidik lelaki yang kurang ilmu agama berbanding mendidik perempuan yang kurang ilmu agamanya.
KEADAAN KESIHATAN
Ramai orang yang hanya mahu tunjukkan perkara yang baik-baik tentang diri mereka sendiri kepada bakal pasangan. Tabiat buruk, hutang, penyakit, semuanya sungguh-sungguh ingin disembunyikan. Sebenarnya amalan ni akan lebih banyak membawa kepada keburukan di kemudian hari.
Ads
Bila semua perkara buruk terbongkar satu demi satu, dan pasangan kita pula rasa bagaikan ditipu. Kalau sedikit yang disembunyikan, mungkin masih boleh bertolak ansur. Tapi kalau sampai terlalu banyak sampai dah tak tertanggung lagi, maka akan terjadilah penceraian di usia muda.
Jadi kalau anda ada sakit kronik contohnya sakit buah pinggan atau sakit jantung yang memerlukan penjagaan yang rapi, eloklah diberitahu di peringkat awal lagi supaya pasangan anda boleh menerima anda seadanya dan boleh bersedia untuk menjaga anda setelah berkahwin nanti. Tapi yang lebih penting, jangan sembunyikan pernyakit-penyakit seperti AIDS, HIV, Thalassemia, ataupun penyakit kelamin kerana semestinya ia akan memberi kesan kepada suami atau isteri anda nanti.
Sebaliknya, berilah sokongan kepada bakal suami atau isteri jika terdapat apa-apa penyakit dan dihadapinya.
KEDUDUKAN KEWANGAN
Soalan berkaitan kewangan selalunya agak susah untuk ditanya, tapi ini sangat penting terutama untuk ditanya oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki kerana tanggungjawab perbelanjaan keluarga terletak di atas bahu si suami.
Ads
Perempuan perlu tahu berapa gaji bakal suaminya, berapa simpanan yang dia ada, bagaimana wangnya dibelanjakan setiap bulan, berapa hutang yang dia ada (termasuk dengan kawan-kawan, keluarga, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman perumahan, PTPTN dsb).
Bakal isteri juga perlu jujur tentang kedudukan kewangan anda. Wang pendapatan seorang perempuan memang adalah hak dia sepenuhnya tapi tak ada salahnya kalau berkongsi bersama suami info tentang perbelanjaan anda. Paling penting, jangan sembunyikan mana-mana hutang yang anda ada dan bincanglah bersama cara anda akan melangsaikan hutang tersebut. Hutang yang disembunyikan atau terbiar boleh menghancurkan hubungan anda dan pasangan di masa depan.
Lagi buat isteri, jangan ambil kesempatan semata-mata tanggungjawab untuk persediaan kewangan terletak di bahu lelaki. Selepas berkahwin, salah satu tanggungjawab isteri adalah untuk menjaga harta semua. Jadi jangan ambil mudah ya!
PELAN JANGKA PANJANG
Ambil tahu apa cita-cita bakal suami atau bakal isteri anda, dan bagaimana dia merancang untuk mencapai cita-cita tersebut. Kalau anda berkahwin di usia muda, tentunya anda berdua perlu sama-sama bermula dari bawah. Saat inilah, penting untuk pasangan saling menyokong antara satu sama lain.
Bila berkahwin, semua benda akan dikongsi bersama si dia. Susah senang, jatuh bangun semua bersama. Jadi rancanglah kehidupan anda bersama sebaiknya. Rancang perjalanan karier, keluarga, dan kewangan sekeluarga. Letakkan prioriti di tempat yang sepatutnya. Tolak ansur dan saling tolong-menolong. Semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah kepada setiap makhlukNya. Cara bagaimana atau bila hanya Allah yang tahu. Tugas kita sebagai hamba adalah terus memperbanyakkan amalan, amal ibadat, perbuatan yang baik dan selebihnya Allah yang menentukan.
Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama Sakinah Muhammad, @sakinah4779, wanita cekal ini berkongsi kisah sebak di sebalik pemergian suami tercinta, Zasali Ismail yang dijemput Allah pada 13 Julai lalu akibat kanser usus.
Hanya mampu bertahan setahun setengah saja berjuang melawan kanser ganas di mana dari beratnya 78 kg, tubuh arwah menyusut ke 39 kg dan hanya tinggal tulang. Walau seorang yang kuat semangat namun kanser dialaminya cukup ganas. Berulang alik menerima rawatan ke Institut Kanser Nasional (IKN) demi memastikan dirinya bebas, namun takdir Allah mengatasi segala-galanya.
Selepas mengharungi eddah lebih 40 hari, Sakinah baru mempunyai kekuatan berkongsi video kenangan tujuh hari sebelum suaminya meninggal dunia. Sakinah mengakui hubungan mereka sangat akrab bagaikan belangkas membuatnya dia hampir rebah bila suami tiada di sisi. Namun sebagai hambanya dirinya redha biarpun masih perit. Namun apa yang lebih menyedihkan suaminya siap meninggalkan pesan akhir buatnya ketika mereka di dalam kereta selepas balik dari IKN. Malah arwah bagaikan tahu ajalnya sudah mendekat sebelum menitipkan pesanan akhir ini.
Kata arwah, ajal maut itu di tangan Allah.
“Kullu nafsin zaikatal maut. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.
Di saat dirinya menangis, suaminya menyatakan sudah bersedia dengan takdir hidupnya.
“Abang dah bersedia dah. Sambil menambah ajal maut, jodoh, rezeki bukan di tangan kita. Rezeki bukan di tangan kita. Kerja kita, kita buat. Kerja Allah, jangan fikirkan,”katanya yang terus mengucapkan perkataan syukur..syukur.
Apa yang lebih sebak, di saat isteri memaklumkan sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik di saat suaminya diuji sakit, arwah suami menambah kata-kata yang cukup meninggalkan kesan dan diharapkan oleh semua isteri iaitu redha seorang suami.
“Segala dosa-dosa Ina, sebesar zarah abang dah ampunkan. Tak ada dendam. Abang dah redhakan semuanya,”katanya yang kedengaran sebak.
Beruntung isteri ini, mendapat redha sang suami kerana itulah diperlukan oleh seorang suami untuk memasuki syurga Allah. Al Fatihah buat arwah Zasali Ismail dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Ikatan perkahwinan ialah ikatan suci antara seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai. Usia muda merupakan usia terbaik untuk berkahwin, baik dilihat daripada sisi psikologi dan kesihatan.
Namun tidak ada ketetapan tertentu usia yang sesuai untuk seseorang untuk berkahwin. Selalunya jika dirasakan bahawa sudah mempunyai keupayaan dan kematangan, tidak ada salahnya untuk menyegerakan perkahwinan.
Kalau saat ini usia anda 23 hingga 25 tahun dan merasa masih terlalu muda untuk berkahwin, sebaiknya pertimbangkan alasan berikut mengapa dalam usia begini sudah waktunya untuk hidup berpasangan.
1. Elak Dosa
Berkahwin dalam usia yang muda dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan perlakuan maksiat. Di samping itu juga ia dapat menjaga fitnah dengan mereka yang bukan mahram.
2. Mudah Menyesuaikan Diri Dengan Pasangan
Pasangan suami isteri yang masih muda memiliki sikap toleransi yang tinggi terhadap pasangannya dan lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
3. Melatih Diri Untuk Matang
Perkahwinan juga mengajar kita erti kematangan. Berkahwin dalam usia muda boleh mengasah kematangan diri kerana kita sudah mempunyai tanggungjawab baik sebagai suami ataupun isteri. Kita boleh belajar menjadi dewasa bersama pasangan. Bukankah perkahwinan itu satu perkongsian.
4. Emosi Lebih Terkawal
Berkahwin dalam usia yang muda terbukti lebih cepat mendewasakan pasangan tersebut suami isteri. Emosi juga jadi lebih terkawal. Hal tersebut dipengaruhi oleh ketenangan yang hadir seiringan dengan adanya pasangan hidup.
5. Mengejar Impian Bersama Pasangan
Pastinya setiap orang mempunyai impian. Melalui perkahwinan, kita boleh mendapat sokongan penuh daripada pasangan. Dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat menggapai impian tersebut.
6. Faktor Kesuburan
Peluang memperoleh keturunan lebih tinggi ketika usia masih muda di mana ketika inilah waktu subur wanita sedang dalam tahap maksimum. Semakin meningkat usia seseorang maka semakin menurun tahap kesuburan terutama golongan wanita.
Nah, bagi anda yang sudah bersedia untuk berumah tangga, persiapkan diri dengan baik agar dimudahkan prosesnya, dan jangan lupa banyak berdoa agar diberi yang pasangan terbaik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“Walaupun perlu kerja keras, saya tak putus semangat belajar membaca Al-Quran.’ Kekurangan bukanlah alasan untuk mempelajari kitab suci Al-Quran kerana banyak lagi cara lain untuk belajar jika kita tak boleh melihat.
Semangat wanita muda ini sudah tentu menjadi inspirasi kepada golongan senasibnya. Ternyata membaca Al-Quran sememangnya tak mudah apatah lagi bagi mereka yang mengalami kecacatan penglihatan seperti wanita ini.
Namun begitu, bagi Raja Noor Hani Raja Dollah, 26, yang dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU) penglihatan mengatakan bahawa ia bukan penghalang untuknya menguasai bacaan al-Quran menggunakan naskhah Braille.
Jelas Raja Noor Hani, dia sekarang sedang mendalami bacaan al-Quran sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran anjuran Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) pada Disember depan.
Saya Tak Putus Semangat
Katanya, dia mula diperkenalkan dengan muqaddam Braille ketika berusia sembilan tahun dan mengambil masa selama dua bulan untuk belajar kod dan mengingati titik Braille yang agak mencabar.
“Walaupun perlu bekerja keras untuk mempelajari al-Quran berbanding individu normal, ia tidak mematahkan semangat saya untuk mendalami kalam suci ini.
“Jangan jadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak mahu membaca al-Quran kerana di sisi Allah SWT, setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing,” katanya lagi.
Belajar Membaca Al-Quran
Menurut anak kesembilan daripada 10 beradik ini, ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, dia diajar membaca al-Quran braille dan mula memupuk kesungguhan untuk menguasai bacaan sehingga mendalami kalam suci itu.
“Saya pernah menangis kerana pada awalnya terlalu sukar disebabkan setiap baris ayat perlu dirasai dengan jari, tetapi berkat sabar akhirnya saya mampu juga menguasainya.
“Kini seminggu sekali, saya akan menyertai kelas membaca al-Quran di Pertis Beris Kubu Besar, Bachok, Kelantan, selain turut membantu rakan-rakan yang senasib,” katanya.
Kekurangan Bukanlah Alasan
Bercerita mengenai masalah penglihatan yang dialami, Raja Noor Hani menerangkan, dia dilahirkan tanpa pancaindera berkenaan.
“Saya berazam mahu mendidik lebih ramai golongan senasib mendalami al-Quran kerana sebagai orang Islam, kitab suci ini menjadi pedoman hidup,” katanya.