“Sebelum Kahwin, Nak Tahu Dia Baik Atau Tak, Bukan Tengok Pada Janjinya. Tapi Pada Solat Dia”

Share

Alam perkahwinan adalah satu fasa di mana kita mencurahkan sepenuh kepercayaan kepada bakal suami yang layak untuk membimbing kita hingga ke jannah.

Justeru kalau boleh janganlah sampai tersalah pilih kerana boleh menyebabkan mahligai dibina berantakan sebelum sempat mengecap bahagia.

Untuk elak menjadi wanita yang malang, kita berhak membuat pilihan dan pastikan calon Imam memenuhi kriteria diimpikan.

Gambar sekadar hiasan.

Paling tidak bakal suami kita itu adalah mereka yang mempunyai budi pekerti baik serta menjaga solatnya.

Seperti peringatan lelaki ini di laman sosial Facebook, Encik Matt yang memberitahu sebelum wanita itu berkahwin kena pastikan beberapa perkara terlebih dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari nanti.

Sebelum kahwin ini Biasanya akan dijanjikan oleh lelaki yang membuatkan semua wanita percaya:

Akan jadi suami BERTANGGUNGJAWAB.

Akan jadi suami PRIHATIN.

Akan jadi suami PENYAYANG.

Akan jadi suami MITHALI.

Betul?

Namun sebaliknya SESETENGAH isteri dapat. Semua di atas itu hilang setelah kahwin bertahun-tahun.

Mula jadi suami yang PEMARAH.

Mula jadi suami yang abaikan banyak perkara.

Mula jadi suami kaki lepak waktu malam.

Mula jadi suami ikut perangai lama.

Mula jadi suami kaki pukul, kaki maki hamun.

Pesan saya kepada anak gadis. Jika mahu lihat bakal suami kamu itu baik. Bukan janji-janji dia, tapi Lihatlah waktu malam dia dimana, 5 waktu dia dimana, selepas magrib apa dia buat. Tanya dia satu tahun berapa kali dapat khatam Al-Quran.

“Jangan jadi wanita yang malang”

-EncikMatt-
#LelakiBurQk

KREDIT FOTO: INSTAGRAM (UNTUK TOP IMAGE – SEKADAR HIASAN)

Published by
Siti Zurina