Perkara pertama yang golongan suami perlu utamakan setiap kali mendapat gaji adalah nafkah isteri. Ini yang selalu suami-suami lupa walaupun bukan semua suami culas memberi nafkah kepada isteri.
Janganlah diabaikan nafkah isteri. Dapat sikit, beri sikit, dapat banyak, beri banyak kerana pentingnya isteri reda dengan pemberian nafkah suami.
Jika isteri tidak reda, bimbang sempit rezeki suami. Semoga perkongsian dari Khairul Johari ini memberi manfaat kepada anda semua.
Perkara yang paling suami terlepas pandang, hutang nafkah. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun duit tapi masih tak cukup?
Duit habis tetapi tak nampak duit dibelanjakan untuk apa? Hati kusut, tanyalah isteri anda dari hati ke hati. Adakah dia reda untuk segala nafkah suami terhadap isteri?
Ads
JANGAN KEDEKUT DENGAN ISTERI
Tanya isteri, adakah dia betul-betul menghalalkan segala hutang nafkah yang suaminya berhutang itu? Percayalah, banyak perkara yang isteri pendamkan dalam hati sebenarnya. Tetapi dia tidak akan meluahkan kerana mahu menjaga hati suami. Keduanya sebab mahu mengelakkan pergaduhan.
Jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya si suami tidak kedekut dengan isteri. Perasan tak? Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tidak sedar, kita suami dah berhutang dengan isteri. Kita tengok isteri nampak seperti tidak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?
Ads
Mak ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu, untuk dijaga seperti yang mereka jaga. Bukannya kamu kerahkan tenaga dia seperti babu. Bukan untuk kamu kerahkan kudrat dia siang malam 24 jam tanpa rehat. Bukannya untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu, kamu mahu dia jaga.
KAHWIN BUKAN UNTUK SEDAP SEMATA
Ads
Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia, agak-agak dia akan berkahwin dengan kamu? Kahwin ini bukan untuk sedap semata-mata tetapi banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Di atas dunia bolehlah kita mengelat, tetapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.
Kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri, jagalah perasaan isteri. Isterilah punca rezeki suami semakin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
VIDEO KASHOORGA:
https://www.youtube.com/watch?v=WGQtkyNqfxo&t=49s
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan agar pahit rasanya bila kita terlalu mencintai seseorang tetapi akhirnya terpaksa berpisah.
Perpisahan ini adalah disebabkan masalah peribadi atau apa juga sebabnya, sakitnya memang sangat dirasai dan susah untuk melupakan segala kenangan bersamanya.
Seperti yang berlaku pada pelakon Fatiya Latif yang memberitahu mengambil masa lima tahun untuk ‘move on’ setelah berpisah dengan teman lamanya. Betapa lama tempoh masa diperlukan untuk pulih seperti biasa.
Namun usahlah kita terus-terusan bersedih kerana sesungguhnya Allah itu sentiasa ada di sekeliling kita. Hanya dialah tempat kita memohon pertolongan dan meminta bantuan
Sebenarnya ada satu cara untuk ‘move on’ menurut panduan Al-Quran. Seperti perkongsian lelaki ini yang memberitahu sepotong ayat yang boleh kita hayati jika kita tidak dapat melupakan orang yang kita sayang.
Dalam ayat Al-Quran Surah An-Nur yang mempunyai maksud memberi kelegaan pada kita.
Peganglah pada kata-kata itu, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Jadi janganlah risau, jodoh kita Allah jaga dan kita kena jaga diri kita sendiri. Pasti Allah jaga jodoh kita.
Dan percayalah satu hari nanti Insya-Allah kita akan dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik juga.
Satu petisen yang mahukan selebriti Neelofa di penjara yang dilancarkan semalam mendapat respon luar biasa dari masyarakat.
Menerusi laman web change.org, seorang individu yang menggunakan nama Hentikan Double Standard mendakwa selebriti berusia 32 tahun itu berulang kali melanggar SOP dengan menyenaraikan beberapa kesalahan dan menuntut tindakan wajar dikenakan.
Petisyen bertajuk Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera itu membuatkan netizen bersatu hati apabila sejumlah tandatangan diterima sejak semalam.
“Neelofa adalah seorang selebriti yang banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.
“Kesalahan-kesalahan dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang ‘double standard’ (pilih kasih) dikenakan terhadap beliau,” tulis keterangan pada petisyen berkenaan dan ia telah ditandatangani oleh hampir 20,000 orang.
Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya di ibu negara; rentas negeri ke Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu tular video Neelofa dan ahli keluarga melanggar SOP sambutan Aidilfitri lalu. (sumber Harian Metro).
Di sebalik dakwaan dan petisen ini, sebagai rakyat berada di bawah arahan pemerintah, agama telah mengajarkan kita agar taat kepada pemerintah seperti dituntut oleh syarak.
Dalam satu perkongsian dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dinyatakan kepada kita perlu taat pada ulul amri.
Neelofa dan suaminya PU Haris didakwa di mahkamah Seremban pagi ini (Gambar : AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN)
Mentaati pemerintah merupakan salah satu perkara yang dituntut oleh syarak. Banyak nas baik dari Al-Quran mahupun Al-Sunnah yang jelas menunjukkan kepada perkara ini. Antaranya adalah firman Allah S.W.T :
Maksudnya : Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul serta (taatlah kepada) ulil amri (para pemimpin) dari kalangan kamu. Surah Al-Nisa’ (59)
Sebahagian ulama tafsir dalam kupasan mereka terhadap ayat di atas ini menyatakan bahawa ketaatan kepada ulil amri hanyalah terikat dengan ketaatan mereka kepada Allah S.W.T serta Rasul-Nya S.A.W. Justeru, ketaatan kepada arahan para pemerintah adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang makruf sahaja. Ini bertepatan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
Maksudnya : Dengar dan taat (kepada pemerintah) itu merupakan suatu perkara yang hak (kemestian), selama mana mereka tidak memerintahkan kepada maksiat. Apabila mereka (pemerintah) mengarahkan kepada maksiat maka tidak wajib dengar dan taat (pada arahan tersebut). Riwayat Al-Bukhari (2955) Oleh yang demikian, sekiranya sebarang arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah itu merupakan suatu kemakrufan, kebaikan, serta mendatangkan maslahah kepada rakyat, sama ada arahan tersebut disukai oleh kita atau tidak, namun sekiranya ia bukan maksiat maka wajib hukumnya arahan tersebut untuk dipatuhi. Ini bertepatan dengan kaedah fekah yang masyhur :
Maksudnya : Urus tadbir pemerintah ke atas rakyat hendaklah terikat dengan maslahah.
Syaikh Syihabuddin Al-Qasthallani dalam syarahan beliau ke atas hadis Ibn Umar tersebut menyatakan : ‘’Ketaatan terhadap arahan-arahan mereka (pemerintah) adalah wajib, dan ini meliputi para pemerintah umat Islam sama ada di zaman Rasulullah S.A.W dan juga selepas baginda selama mana suruhan tersebut bukan terhadap perkara maksiat’’. Rujuk Irsyad al-Sari li Syarh al-Bukhari, Al-Qasthallani (5/119).
Mentaati arahan pemerintah adalah wajib. Arahan yang tidak wajib adalah sekiranya ia sesuatu yang haram. Sebagai contoh, sekiranya pemerintah mengarahkan untuk meninggalkan solat, maka ini adalah arahan yang haram dipatuhi.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
وَإِمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ
Maksudnya : Mengalihkan sesuatu yang menyakiti dari jalanan adalah sedekah. Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad (422) Maka sebarang usaha untuk mengelakkan sebarang kesakitan dan gangguan penyakit berjangkit kepada umat Islam juga turut termasuk dalam perbuatan sedekah.
Demikian juga kaedah fekah yang menyebut :
دَرْءُ الْمَفَاسِدِ أَولَى مِن جَلب المصَالِح
Maksudnya : Menolah mafsadah (keburukan) adalah lebih utama berbanding mendatangkan kebaikan.
Justeru, arahan yang dikeluarkan adalah bersifat menolak sedaya mungkin faktor-faktor yang boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih besar meskipun terpaksa mengenepikan beberapa maslahah-maslahah yang tertentu.
Perlu juga ditambah bahawa ulil amri itu meliputi para umara serta para ulama’. Maka jika kedua-dua pihak ini telah bersetuju dengan sesuatu arahan yang padanya kebaikan kepada masyarakat, maka adalah wajib untuk diikuti arahan yang telah dikeluarkan tersebut. Wallahu A’lam. .
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kita sering melihat wakaf air yang dijalankan di negara jiran, Kemboja. Ada ratusan nama dan pam air dibina untuk kegunaan penduduk dengan impian, pahalanya terus mengalir sampai kita meninggal.
Ternyata kebaikan hati budi rakyat Malaysia ada ketikanya “diambil kesempatan” oleh individu yang rakus melihat puluhan ribu masuk hingga sanggup menipu dengan membina replica pam. Ambil gambar sekeping dua dan dimasukkan ke media sosial. Tanda wakaf telah terlaksana. Ia seolah menjadi lubuk duit buat mereka yang tamak.
Dikongsi dari fb Peach Masri, individu ini berkongsikan kisah penipuan perigi wakaf di Kemboja yang harus diberi perhatian oleh rakyat Malaysia. Memang benar penipuan itu antara mereka dan Allah tetapi kita juga harus belajar sesuatu, scammer ada di mana-mana. Masa yang sama harus berusaha memastikan infak diberi tidak dieksploitasi mana-mana sindiket. Dan pastikan wakaf kita benar-benar sampai kepada Ngo yang layak dan diperakui buat kerja. Bukan melalui orang tengah agar ia menjadi pahala yang terus mengalir.
Baca perkongsian ini.
Penipuan Perigi Wakaf
Gambar diambil oleh proksi kami di sebuah kampung di Cambodia. Beliau mencari penerima yang layak di ceruk kampung untuk projek perigi sahabat kami dan terjumpa dengan senario ini.
Binaan batu tanpa pam yang telah dipecahkan.
Kemudian, letak baldi ada air dan panggil penduduk ambil gambar. Ada yang letak pam substandard yang tak berfungsi atau langsung tiada pam macam kes di atas. Orang kampung adu macam tu kepada proksi.
Al maklum projek wakaf perigi sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia yang pemurah.
Sebab itu saya sangat skeptikal dengan iklan berbayar di FB dan IG yang berkempen untuk wakaf perigi. Atau individu yang tak di kenali dari Cambodia request friend atau hantar mesej di messenger. Banyak kali hampir kena scam.
Kami pastikan kami bekerja dengan proksi yang terpercaya sahaja.
Ada sahabat kirim buat pam untuk ibunya di Vietnam. Siapa yang nak join sekali, satu perigi dan pam hanya RM1000.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selain melakukan perubatan moden untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, terdapat juga pelbagai kaedah yang diamalkan sebagai alternatif dan ikhtiar untuk merawat penyakit.Antaranya adalah dengan perawatan...