‘Sebesar mana pun rumah, akhirnya rumah abadi kita adalah liang lahad.’ Kematian pemutus kelazatan dunia. Ternyata bila meninggal dunia, tiada apa yang akan dibawa melainkan amal ibadat kita.
Oleh sebab itu, setiap kali ziarah orang meninggal dunia jadikan ia sebagai peringatan untuk kita sedar bahawa mati itu pasti dan boleh berlaku bila-bila masa.
Ikuti perkongsian Firdaus Wong ini bila mana dia bersyukur dikurniakan hidayah dan memeluk Islam.
Semalam (ketika posting ditulis) menghadiri solat jenazah dan kemudian pengebumian Tuan Haji Fadzil, penunggang Ducati yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di lebuhraya SUKE apabila cuba mengelak sebuah motosikal yang melawan arus.
Bukan kali pertama saya menghadiri solat jenazah dan pengebumian tetapi setiap kali menghadirinya, timbul rasa keinsafan dan kesyukuran. Bukan sekali dua tetapi setiap kali. Kenapa merasa insaf dan bersyukur?
Saya merasa insaf kerana teringatkan hadis Nabi Muhammad saw bahawa ingatlah pemutus kelazatan iaitu kematian. Ya, kematian itu memutuskan kita dari segala kelazatan di dunia.
Akhirnya Rumah Abadi Kita
Sama ada seseorang itu percaya kepada Tuhan atau percaya kepada hari akhirat, yang pasti dia percaya setiap yang hidup pasti akan mati. Itu pasti!
Sebesar mana rumah kita, sepopular mana pun kita, semahal mana kereta kita, secantik mana pakaian kita, akhirnya rumah abadi kita adalah di liang lahad 3×7 kaki menanti hari kiamat seorang diri dan yang menjadi peneman hanya amal soleh kita.
Ads
Kenderaan terakhir yang kita naiki hanyalah van jenazah dengan badan kita terbujur kaku diselimuti kain kafan putih.
Kematian orang lain menjadi peringatan kepada diri kita bagaimana kita juga bakal menyusul, entah bila tetapi kita pasti akan menyusul.
Adalah Liang Lahad
Sebagaimana kita terkejut dengan kematian mengejut tanpa mengira usia, akan tiba masa orang lain akan terkejut dengan kematian kita pula.
Persoalannya bukan mati atau tidak tetapi persoalannya bagaimanakah keadaan kita semasa meninggal? Pengakhiran yang baik atau yang buruk?
Muslim atau kafir? Semoga Allah matikan kita dalam pengakhiran yang baik sebagai orang beriman. Allahuma Amin.
Saya juga merasa bersyukur bagaimana mudahnya, ringkasnya, murahnya, praktikalnya Islam menerusi pengebumian.
Kematian Pemutus
Apabila seseorang mati, disunnahkan untuk dipercepatkan tanpa ditangguhkan, kos keseluruhan tidak lebih dari RM1,000 dan jikalau waris tidak mampu, maka kos akan dibayar oleh masyarakat setempat.
Bagaimana menurunkan jenazah dilakukan oleh ahli keluarga, sanak saudara, kenalan hatta adakalanya orang luar yang tiada pertalian darah dengan si mati. Indahnya kerjasama dan persaudaraan Islam.
Ads
Tiada istilah takut masuk ke liang lahad menyambut jenazah. Tiada istilah takut menyentuh jenazah. Jenazah disambut dan diletakkan di dalam liang lahad dengan penuh sopan dan kasih sayang. Khidmat terakhir terhadap si mati dari kita yang masih hidup.
Sememangnya wasiat saya buat ahli keluarga saya adalah jikalau ditakdirkan saya meninggal dunia di luar negara, maka jangan membazir wang membawa jenazah saya pulang. Semadikan saya di mana jua jenazah saya berada.
Kelazatan Dunia
Gunakanlah wang yang mahu diperuntukkan bagi membawa pulang jenazah saya itu untuk melangsaikan hutang-hutang dan berwakaf atau bersedekah atas nama saya agar saya mendapat manfaatnya.
Jikalau mereka membawa pulang jenazah saya, apa manfaat buat diri ini yang sedang menanti hisab dari Mungkar dan Nakir?
Jikalau saya meninggal di Malaysia dan ditakdirkan ada ahli keluarga yang jauh di luar negara, maka segerakan juga pengebumian saya tanpa perlu menanti mereka pulang untuk menatap wajah diri ini.
Cukuplah memori yang kita telah bina semasa hidup menjadi kenangan seumur hidup buat mereka.
Tidak perlu buat sebarang kenduri dan tahlil buat diri ini tetapi gunakan duit itu untuk waqaf, sedekah kepada yang memerlukan. Jangan terlalu menangisi pemergian saya melebihi 3 hari.
Teruskan hidup dengan cekal, teruskan beramal soleh dan senantiasa mendoakan diri yang sudahpun terputus segala amalan kecuali ilmu bermanfaat yang telah diajar atau disebarkan.
Sedekah jariah serta doa anak yang soleh. Itu pelaburan akhirat yang telah dilakukan semasa saya masih hidup.
Syukur Allah kurniakan hidayah buat diri ini untuk memeluk Islam. Syukur atas nikmat Islam. Alhamdulilah…
“Adapun nikmat Tuhan mu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.”
(Adh-Dhuha 93:11 )
Kashoorga: Semoga kita semua mati dalam keadaan husnul khatimah. Amin.
Tragedi kepala air, jenazah tujuh beranak selamat dikebumikan dalam satu liang lahad. Suasana pilu menyelebungi pemergian tujuh beranak ini, sementara dua lagi mangsa masih hilang.
Berat mata memandang, berat bahu uang memikul. Tidak dapat bayangkan kehilangan orang tersayang sekelip mata dan dalam jumlah yang ramai.
Semoga Allah mengurniakan kesabaran buat keluarga ini dan mengampunkan dosa-dosa serta menempatkan mangsa yang terlibat di kalangan orang beriman.
Jenazah tujuh beranak yang terbabit dalam tragedi fenomena kelapa air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, pada Ahad lepas, selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang, tengah malam semalam.
Tragedi Kepala Air
Jenazah pasangan suami isteri, Karim Abdullah, 39, dan Azizah Eiyi, 40, serta lima anaknya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 11.52 malam.
Lima lagi anak pasangan itu yang disemadikan bersama ialah, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.
Jenazah Tujuh Beranak
Sebelum itu, kesemua jenazah disembahyangkan di Masjid Ubbudiah, Felda Lepar Hilir 3 yang diimamkan Imam masjid, Ibrahim Mat Noor bersama-sama kira-kira 100 jemaah.
Tujuh van jenazah yang membawa kesemua jenazah secara berasingan itu bertolak dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kira-kira jam 6.25 petang.
Suasana pilu dan sedih menyelubungi upacara pengebumian apabila kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan yang hadir kelihatan sebak sewaktu diberikan peluang terakhir untuk menatap wajah jenazah sebelum dikebumikan.
Selamat Dikebumikan
Pada Ahad lalu, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga yang dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu, hilang selepas dihanyutkan kepala air di kawasan itu.
Setakat petang Selasa, mayat kelapan yang dikenalpasti sebagai Putri Alleya Maisarah, ditemui kira-kira jam 3 petang di kawasan beting jeram terbabit.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat kelapan itu ditemui berhampiran mangsa kedua yang ditemui kelmarin.
Dua lagi mangsa belum ditemukan ialah Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24.
Susulan tragedi kepala air ini kerajaan Terengganu telah menutup sementara kawasan perkelahan di Jeram Mawar, Air Putih tersebut bermula Isnin bagi memastikan tragedi sama tidak berulang dalam masa terdekat.
Kashoorga: Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa. Al-Fatihah.
Allah boleh memilih siapa sahaja untuk menerima hidayahNya. Amatlah beruntung jika kita dipilih dan salah seorang yang menerima hidayah dari Allah adalah pelakon dan pelawak, Lousia atau nama Islamnya Lousia Alissa Chong Abdullah.
Selebriti berusia 64 tahun ini sebenarnya sudah lama memeluk Islam dan teruja berkongsi pengalamannya menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci dalam sebuah video youtube.
Dalam perkongsiannya itu, Lousia yang terkenal dengan watak komedi ini begitu sebak memikirkan keadaan suaminya Hamid Samad yang menghidap angin ahmar dan mengalami tiga strok sehinggakan suaminya koma beberapa tahun lalu.
Louisa Chong sudah lama memeluk agama Islam.
Menurutnya perkongsian ini bukan untuk meminta simpati orang ramai tetapi bagi membuktikan bahawa dia mampu berdepan dugaan tersebut walaupun bergelar saudara baru.
Ternyata dia diberi kekuatan untuk menjaga suami tersayang hingga kini boleh berjalan secara perlahan-lahan. Dia juga turut bersyukur kerana diberi peluang bersama-sama suaminya menunaikan umrah biarpun pelbagai dugaan datang menimpa keluarganya.
Sebagai saudara baru, Lousia menerima ujian dari Allah tetapi dalam masa sama tidak sesekali berputus asa. Malah dia juga tidak mahu meminta simpati orang ramai sebaliknya mahu buktikan mampu berdepan cabaran tersebut meskipun baru bergelar mualaf.
Menurutunya juga kehidupan di dunia ini penuh dugaan ujian. Walaupun perit dan pahit untuk menghadapinya tetapi perlu faham konsep ‘ujian’ itu dan mematangkan diri kita untuk tidak berputus asa dan terus berjuang.
Ujian yang datang mematangkan dirinya sebagai saudara baru.
“Saya tidak pernah putus,” demikian kata Louisa Alissa Chong Abdullah, dipetik melalui video Youtube JayIbrahim Al Islam.
“Suami saya menghidap tiga strok dan ia sangat serius sehingga muntah darah dan akhirnya koma.
“Ketika dia koma, saya tak tahu nak buat apa. Kalau saya cerita, nanti orang kata saya minta simpati, yalah sebagai seorang yang bergelar selebriti, kan. Saya tak ada niat sebegitu untuk minta simpati.
“Jadi, sekiranya ada di antara kalian yang salah seorang ahli keluarga mengalami penyakit serius seperti ini, boleh belajar dari pengalaman saya.
“Saya tak kata saya seorang yang alim, tapi saya percaya sebagai seorang muaalaf, saya tak pernah putus asa dan ketika itu saya reda jika Allah nak tarik nyawa suami saya.
“Syukur Alahamdulillah selama ini Allah jaga suami saya. Sehingga kini, suami saya sudah boleh berjalan dan saya boleh jejak kaki ke Tanah Suci. Alhamdulillah.
“Walaupun dalam keadaan berkerusi roda, tapi suami saya tetap berusaha untuk berjalan dengan satu kaki yang tarik satu kaki
“Apa jua cabaran dan rintangan yang kita lalui dalam kehidupan, kita mesti ingat kepercayaan pada Allah dan saya tidak pernah berputus asa, saya terima dengan reda ujian dari Allah.
“Sebab Allah amat sayang pada hambaNya sebab itu Dia beri dugaan dan cabaran pada kita.
Perkongsian di laman Youtube ini juga mendapat reaksi berbeza-beza drai netizen. Lousia Chong yang memang mempunyai peminatnya tersendiri dan ramai terkejut kerana baru mendapat tahu pelakon ini sebenarnya sudah lama masuk Islam.
Masing-masing mendoakan agar dia terus istiqamah dan mendapat balasan baik di syurga nanti.
Gembira dengan pengislamannya
Insya-Allah syurga menantimu
VIDEO PENUH:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan, banyak hikmah yang kita peroleh sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak pertengahan Mac lalu.
Ada yang berjaya khatam Al-Quran, mengenakan hijab, pandai memasak dan juga tidak terkecuali mempunyai banyak masa untuk menghias kediaman masing-masing.
Seperti perkongsian di laman twitter, pengguna akaun Ajai yang mengambil peluang sepanjang PKP lalu untuk menghias rumah.
Menerusi laman twitter berkenaan, lelaki ini berkongsi aktiviti dilakukan bersama tunangnya dengan membuat persiapan menghias kediaman mereka untuk diduduki selepas berkahwin nanti.
Bukan itu sahaja, mereka turut berkongsi dengan pengguna beberapa info berguna yang digunakan sepanjang proses mengubah suai rumah yang hasilnya sangat menakjubkan.
Untuk memastikan segalanya tersedia sempurna, pasangan ini membuat pembahagian tugas bagi memudahkan kerja pengubahsuaian.
Pasangan ini hanya mendapatkan perabot dan barang keperluan rumah daripada beberapa kedai keperluan yang mampu milik untuk dibeli contohnya boleh mendapatkan barangan berkenaan di Shopee, Kaison dan banyak lagi.
Dan paling mengujakan mereka hanya mengeluarkan kos sekitar RM2,000 untuk mendapat hasil ubai suai yang sangat cantik dan menenangkan.
Jadi kepada mana-mana pasangan yang baru berkahwin dan sedang menjalani fasa baru kehidupan berumahtangga, boleh jadikan panduan apa yang dilakukan pasangan ini.
Siapakan deko untuk duduk lepas kahwin nanti
Inilah hasilnya, rasa bangga dapat usahakan sendiri
Total kos hanya dalam RM2 ribu sahaja, untuk ruang tamu
Untuk bahagian cat rumah. kebanyakan barangan beli di kedai mampu milik, Shopee
Walaupun hanya rumah sewa tetapi sangat bebaloi menyiapkan projek kecilan ini. Sangat memberi ketenangan setiap kali balik kerja nanti.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Makan bufet Ramadan di hotel atau kafe setiap kali bulan puasa seakan acara wajib ramai kalangan kita. Meski ada harga hidangan mencecah hampir RM100...