Sebulan Simpan RM60, Cukup Setahun Dapat Kumpul Satu Bahagian Korban. “Tak Mampu, Tapi Usaha Menabung.’

Share

Sebulan simpan RM60, cukup setahun dapat kumpul satu bahagian korban. “Tak mampu, tapi usahakan menabung.’

 

Masing-masing pasti berhajat hendak melakukan korban, namun begitu tidak semua berkemampuan. Jadi segelintir daripada kita mengambil inisiatif menabung secara bulanan sebelum tibanya hari raya korban.

 

Ikuti perkongsian Dzuriasikim Dzulkefli ini dan hadam kisah ini baik-baik dan semoga ianya dapat dijadikan inspirasi buat kita semua.

Artikel Berkaitan:

Hati-Hati Korban Murah Di Luar Negara, Ustaz Dedah Sisi Gelap Dunia Korban

Sebulan Simpan RM60

 

Semalam ada seseorang memberitahu saya, oleh kerana harga bagi satu bahagian daging korban agak tinggi maka dia menabung bagi tempoh 12 bulan.

 

Sebulan dia menyimpan sebanyak RM60.00.

 

Biarpun jumlah itu agak besar baginya, tetap dia usahakan juga untuk menabung kerana dia sangat berhajat untuk mengadakan korban.

 

Maka apabila menjelang Hari Raya, cukuplah wangnya bagi membayar satu bahagian korban.

 

Cukup Setahun Dapat Kumpul

 

Kisah ini harus dicontohi. Tidak ada alasan jika kita benar-benar mahu melakukan sesuatu. Ianya harus disertai dengan kesungguhan, berserta doa, pengorbanan (kerana barangkali ada keperluan atau keinginan lain sepanjang menabung namun harus diketepikan).

 

Jika di Kelantan, sejak dari kecil saya sudah dibiasakan dengan sambutan Hari Raya Korban secara besar-besaran. Rata-rata orang Kelantan akan melalukan ibadah korban ini. Mereka menyimpan (menabung) bagi melakukan ibadah korban.

 

Satu Bahagian Korban

 

Cukup masa, ada yang bergadai barang kemas juga. Ada yang bekerja keras dengan melakukan kerja-kerja kampung dan menyimpan kerana nak buat korban nanti. (Nak melakukan ibadah korban).

 

Ianya jadi sebahagian dari kehidupan kami. Melakukan ibadah korban bukan kerana kaya dan bukan kerana ada. Bukan juga bagi menunjukkan kemampuan. Tetapi kerana bagi menyambut seruan.

 

Tak Mampu, Tapi Usaha Menabung

 

Bagi sahabat yang tidak sempat melakukan ibadah korban pada tahun ini, marilah kita berdoa agar Allah berikan kesempatan untuk melakukannya pada tahun hadapan…

 

Selamat Hari Raya Aidiladha ikhlas dari saya dan anak-anak. Sambut lah kedatangan Aidil Adha ini walau dalam bentuk sederhana.

 

Semoga ibadah korban membawa keberkatan dan keikhlasan hati buat kita semua.

 

آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

 

 

Kashoorga: Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan di dunia mendapat ganjaran pahala di sana nanti.

 

Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

 

 

Published by
Syazwani Mehat