Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pasti ramai yang merindui kesedapan biskut coklat popular Chocolate Chip Famous Amos yang sering dijual di kiosk pusat beli belah.
Tetapi dek kerana PKP kita tidak dapat membelinya. Namun sebenarnya anda masih boleh membuatnya sendiri dan resipi dikongsi Mas Cotek
ini sama sedapnya dengan rasa sebenar biskut jenama popular ini.Dengan air tangan yang dihasilkan ini, pastinya dapat menambat hati suami sepanjang berada di rumah mengisi masa lapang. Barulah akan menambah kasih sayang satu sama lain.
Famous Amos utk kanak² riang…opah layan ragam cucu sehari dua ni..
hasil godek opah dan #umarHaseef mlm tadi..
#Resepinya 👇🏻
Bahan A
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak
1 ketul butter 250gm
1 biji telur
1/2 sdt garam
1 sdb susu segar
2 sdt serbuk vanila/esen vanila
Bahan B
4 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt cream of tartar
2 sdb serbuk koko jika suka
(opah tak letak pun)
**semua bahan B di ayak
Bahan C
1 1/2 cawan coklat chip
3/4 cwn badam cincang
Caranya
~dengan menggunakan whick sebatikan bahan A
(senduk pun boleh kome oii)
~masukkan bahan B kaup balik sehingga sebati
~masukkan bahan C gaul rata
sudukan adunan dan bakar 160c selama 20 mnt ikut oven masing2
~siap
SELAMAT MENCUBA