
Beruntungnya mereka yang memiliki hati yang luhur. Sanggup melakukan apa saja demi memberi kesenangan kepada orang lain. Bahkan rela dirinya serba kekurangan asal dapat membahagiakan orang lain.
Satu perkongsian dari Tik Tok @judedina mengenai keluhuran hati seorang pemuda yang memberikan selipar dipakaikan untuk keselesaan seorang warga emas yang berkaki ayam serta berlainan bangsa mengundang rasa hormat orang kepadanya.
Walau tidak dinyatakan siapa empunya diri yang memiliki hati yang luhur itu tapi dari video dikongsikan dapat dilihat, pemuda ini menepuk bahu seorang wargaa tua sebelum beredar dengan motornya.
Ketika berhenti di trafik light, jelas kelihatan hanya stoking tinggal di kakinya sementara seliparnya sudah diberikan pada warga emas tersebut.
Menurut tuan punya video, dirinya amat respeck dengan orang Melayu dan ramai menyokong selepas melihat adegan tersebut.
Kata mereka pemuda ini seharusnya di reward atas sikap baiknya itu. Bahkan kata mereka didikan dari ibu bapa menjadikan dirinya seorang anak yang baik.
Sebaik video ini tular dan hampir ditonton sejuta orang, ibu kepada pemuda ini memaklumkan itu adalah anaknya dan sejak dahulu sentiasa berbuat baik dalam hidupnya.
Ternyata kita semua adalah sama, inilah keluarga Malaysia yang saling bantu membantu tanpa mengira bangsa.

https://www.tiktok.com/@judedina_/video/7101878104674635034?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Rumah Bermandi Lumpur Dalam Tragedi Kepala Air Gunung Jerai, Namun Sejadah & Al-Quran Ini Sedikit Pun Tidak Tersentuh Air

SubhanAllah, apa juga yang terjadi adalah atas izin dari Allah jua. Kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa agar dijauhkan segala musibah.
Di saat negara diuji dengan wabak Covid-19 yang mengorbankan banyak nyawa termasuk anak-anak kecil bergelar anak yatim sekelip mata, hujan lebat juga dilihat turun dalam dua tiga hari ini di beberapa buah negeri tanpa henti.
Di sebalik hujan yang melebat, semalam daerah Yan di mana terletaknya Gunung Jerai dikejutkan dengan tragedi limpahan kepala air yang mengakibatkan banjir besar melanda kawasan sekitarnya. Diberitakan tiga orang meninggal dunia dan seorang darinya ialah Sharuzi Mohamad, 53, pekerja Jerai Hill Resort manakala tiga lagi diberitakan masih hilang dan proses mencari masih diteruskan oleh pihak berkuasa.
Dalam video-video yang tular di media sosial dilihat limpahan kepala air Gunung Jerai yang pada awalnya hanya sedikit namun kemudian menjadi bencana besar hingga menghancurkan kawasan reakrasi itu selain penduduk sekitar diduga dengan limpahan air lumpur yang bukan sedikit. Dilaporkan banyak kenderaan rosak teruk selain rumah dimasuki air lumpur.
Di sebalik tragedi menyedihkan itu, di Tik Tok atas nama @fiezah_morat, wanita ini berkongsi satu video kejadian yang menunjukkan kekuasaan Allah taala bila mana sejadah putih dan al-Quran langsung tidak tersentuh air lumpur berkenaan sementara di bilik yang sama, air banjir memenuhi kawasan sekitarnya.
Dapat dilihat sejadah putih itu langsung tidak kotor, begitu juga rehal yang diletakkan Al-Quran langsung tidak terkena air. Sementara karpet yang mengalas sejadah berkenaan dipenuhi banjir lumpur, seolah-olah Allah melindungi kitab Al-Quran dan sejadah putih berkenaan.
Walau tidak dinyatakan lokasi itu adakah berlaku di rumah ibu mentuanya yang turut diuji dengan banjir lumpur berkenaan di mana ruang tamu dan kawasan sekitar dipenuhi selut tebal, kata Fiezah Morat, hanya bilik solat di rumah mentuanya yang masih elok.

Dalam pada, orang ramai memberikan komen kagum akan kekuasaan Allah taala dan ada yang berkongsi, bahawa mereka pernah mengalami banjir juga namun Al-Quran terselamat dalam banjir besar itu.
Benarlah, Al-Quran adalah kitab suci dari Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril, yang kemudian menjadi pedoman hidup bagi umat muslim, baik saat masih hidup di dunia mahu pun di akhirat. Moga kita terus mempertingkatkan ibadah untuk menghadapi saat akhir zaman yang semakin banyak petunjuk dariNya.
https://www.tiktok.com/@fiezah_morat/video/6997863056302787867?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Hidup Pemandu Grab Ini Susah, Penuh Masalah.’ Mungkin Saat Ini Allah Bosan Dengan Dia, Malaikat Rahmat Pun Penat Mencari

Isi Kandungan
Toggle“Hidup pemandu grab ini susah, penuh masalah.’ Mungkin saat ini Allah Bosan dengan dia, malaikat Rahmat pun penat mencari kerana dia seakan lupakan Allah.
Hidup ini bukan hanya mengharap segalanya datang kepada kita, sebaliknya dalam masa yang sama turut berusaha menjadi hamba Allah yang terbaik.
Artikel Berkaitan: Cinta & Rindu Pada Allah Itu Terlalu Indah, Berusahalah Untuk Muhasabah Diri
Hidup Pemandu Grab Ini Susah
Kongsi Siti Fatimah Mahayuddin,
Peringatan buat diri sendiri….
Mungkin Allah sudah bosan dengan kamu…
Seorang pemandu grab bertanya pada seorang ustaz yang kebetulan jadi penumpangnya hari itu.
Penuh Masalah
“Ustaz, kenapa ya. Saya merasa susah dan penuh masalah. Cari rezeki sulit, cari penumpang susah, pendapatan semakin kecil, hutang keliling pinggang pun tidak terbayar, masa depan saya semakin suram ustaz.
Saya juga merasa penat dengan hidup saya yang tiada kemajuan! Terasa hambar, tak ada arahnya, dan tak ada nikmatnya. Bosan saya ustaz. Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sekali ya?
Mungkin Saat Ini
“Oooo! Mungkin saat ini Allah BOSAN dengan kau.”
“Hahh! Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana ustaz?”tanya si pemandu Grab.
“Mungkin Malaikat Rahmat penat mencari kamu. Sebab dicari ke sana ke mari tapi tak pernah dijumpai.”
Allah Bosan Dengan Dia
Setelah berhenti sejenak, ustaz tersebut melanjutkan,
“Kamu dicari oleh Allah di antara kumpulan orang yang solat berjemaah di masjid, tidak ada.
Kemudian, dicari di antara kumpulan dhuha, kamu juga tak ada.
Dicari di antara kumpulan tahajud juga tak ada.
Selepas itu, dicari di antara kumpulan puasa sunat tak ada.
Di cari di antara kumpulan sedekah juga tak kelihatan batang hidung mu.
Lagi di cari di antara kumpulan tadarusan Qur’an, kamu juga tak nampak di sana.
Dicari di antara kumpulan orang orang yang Umrah, Niat pun tidak ada.
Pemandu Grab itu diam menunduk, ia merasa seperti ada sesuatu dibenak hatinya.
Baca Di Sini:
Malaikat Rahmat
Si ustaz melanjutkan…
“Kamu dicari Allah di antara orang-orang yang tepat waktu solatnya, juga tak ada. Malah solat dikerjakan paling belakang dibanding kegiatan lainnya.
Memangnya siapa yang memberimu waktu dan umur?
Dicari di antara ahli selawat pun tak ada.

Kemudian, dicari di antara yang menuntut ilmu (agama/pengajian/ta’lim), juga tak ada.
Dicari di antara orang yang mengamalkan dan menegakkan silaturrahim, kamu juga tak ada., asyik beralasan sibuk… asyik penat… itu ini yang kurang manfaat.
Pun Penat Mencari
Terus Allah mau mencari di mana lagi? Cuba beritahu nak…
Pemandu grab diam membisu.
“Jawablah … jangan diam je”
Maka, menangislah si pemandu tadi. Sambil mengesat airmatanya yg bercucuran, seperti cucuran air hujan… bocor lalu ia ber Istighfar…
“Taubat…. Ustaz… Saya Taubat…”
Hidup itu sederhana nak, kalau kita utamakan Allah, DIA juga utamakan kita. Semoga kita betulkan diri, selagi masih ada waktu.. terus menerus perbetulkan diri…
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan menerima taubat kita.
Dahulukan hak Allah, pasti ada rahmat-Nya.
Kashoorga: Utamakan Allah dalam setiap perkara, insyallah Allah akan permudahkan segalanya.
Sumber : Pusat Rawatan Islam Terapi Al Mujahid
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tak Semua Perkara Perlu Diluah, Lebih Baik Diam & Mengadulah Pada Allah-Ustazah Norhafizah

Isi Kandungan
ToggleTak semua perkara perlu diluah, lebih baik diam dan mengadulah pada Allah SWT. Ini saranan pendakwah bebas Ustazah Norhafizah Musa.
Tidak dinafikan bila kita dilanda ujian, kita pasti hendak meluah. Sama ada pada sahabat atau keluarga, dalam erti kata lain untuk proses “healing”. Biar tenang bila meluahkan.
Tetapi sebenarnya tidak semua perkara boleh diluahkan kerana orang yang mendengar tidak tahu jalan cerita keseluruhannya dan kita saja yang mengalaminya.
Artikel Berkaitan:
Trend Pasangan Selebriti Dedah Aib Suami Di Media Sosial, Ini Nasihat Mufti Untuk Para Isteri
Tak Semua Perkara Perlu Diluah
Pendengar hanya mendengar cerita daripada persepsi kita dan kemudian membuat andaian. Jika ditemukan dengan pendengar, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, mungkin masalah yang kecil bertambah besar.
Ikuti perkongsian Ustazah Norhafizah Musa ini dan hayati setiap kata-kata yang disampaikan.
View this post on Instagram
A post shared by Ustzh Datuk Dr Norhafizah Musa (@ustazahnorhafizahmusa)
Tidak semua perkara mampu dijelaskan.
Tidak semua perkara juga mampu difahami oleh setiap orang.
Lebih Baik Diam
Kerana ‘mengalami ‘ dan ‘ tidak mengalami’ itu bezanya amat besar.
Belajarlah Tawakkal kepada Allah. Menguruskan ikhtiar hidup sesuai dengan dengan ujian atau persoalannya , dengan memohon pertolongan Allah SWT.
Tidak semua yang kita mahukan akan berlaku. Allah Yang Maha Besar.
Bertawakkal lah.
Mengadulah Pada Allah
Kadang-kadang lebih mudah menerima kita diaibkan… Kerana kita sudah siap memberikan kemaafan dan doa yang tulus untuk mereka, daripada kita yang mengaibkan kerana tidak mudah untuk mendapatkan kemaafan orang lain.
Banyak prinsip hidup yang ustazah pelajari daripada pengalaman .
Banyak yang mahu diluahkan di hadapan makhluk.. tetapi memilih untuk meluahkannya di hadapan Khaliq kerana yakin segalanya dalam genggaman-NYA.
Pesan Ustazah Norhafizah
Bertenanglah, nikmati hidup pada sisi yang mendamaikan hati kita. Adapun , ribut-ribut kecil yang Allah hadapkan , laluilah sementara ia berlalu pergi.
Tidak ada taufan yang berkekalan. Banyak tamadun yang bangkit lebih gagah selepas keruntuhan.
Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Baca Di Sini:

Pesan Da’i Wan, Suami Atau Isteri Jangan Dedah Aib Di Media Sosial
‘Suami Yang Hebat Tidak Dedahkan Aib Isterinya.’ Block Saja Suami Orang, Jangan Layan!
Kashoorga: Tak semua perkara yang kita mahu, Allah makbulkan kerana Allah kurniakan sesuatu yang kita perlu, bukannya apa yang kita mahu. Renung-renungkan.
Sumber : Instagram Ustazah Norhafizah Musa
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI