Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya (Surah al-Nisa’, 103)
Ads
Hari ini ada segelintir dari umat Islam yang belum datang hidayah dari diri mereka tentang peri pentingnya menunaikan solat lima kali khususnya di awal waktu.
Walau di kad pengenalannya tertulis agamanya Islam namun corak hidup lebih kepada meniru gaya barat hingga ada kalanya waktu solat dibiarkan berlalu begitu sahaja kerana terlalu sibuk mengejar soal dunia.
Ads
Dalam pada itu, satu perkongsian video oleh Ustaz Wadi Anuar, penceramah terkenal ini sempat menitipkan satu pesanan penting kepada kita bahawa solat lima waktu itu wajib ditunaikan.
Katanya, apa lagi yang ibu bapa boleh harapkan dari seorang anak yang hidupnya langsung tidak solat.
Ads
“Apa lagi kebaikan yang kita harapkan dari seorang anak yang tidak mengerjakan sembahyang? Tak ada kebaikan. Satu orang manusia bila dia tidak sembahyang, dia buatlah 1000 kali umrah, dia bacalah Al-Quran sehari 30 juzuk, dia bersedekahlah sebulan RM50 ribu pun nescaya kesemua ibadat dia tidak diterima dan ditolak mentah-mentah oleh Allah SWT.
“Tuan-tuan, apa kunci Allah terima semua ibadat, jawapannya ialah solat. Apa lagi kebaikan kita harapkan dari seorang anak yang tidak mengerjakan sembahyang, maka tak ada,” katanya lagi. Sumber : Tik Tok Lan_144
Pemilik kenderaan kereta atau motosikal mempunyai pilihan sama ada memilih insurans konvensional atau takaful.
Sebagai orang Islam, kita disarankan menggunakan sistem patuh shariah bagi mengelakkan sebarang unsur diragui. Namun begitu ada yang memberi alasan terpaksa. Jika begitu bagaimana hukumnya?
Soalan
Assalamualaikum. Saya sudah ikhtiar untuk ambil insurans kenderaan dengan beberapa syarikat Takaful seperti Etiqa takaful dan Takaful Malaysia.
Tetapi mereka memaklumkan insurans kenderaan tidak boleh buat dengan syarikat Takaful disebabkan motosikal lama. Jadi, saya terpaksa mengambil insurans dengan syarikat konvensional. Apakah hukumnya?
Jawapan Ringkas
Waalaikumussalam. Secara asalnya, wajib seseorang Muslim berusaha sedaya upaya untuk mencari syarikat insurans yang menjalankan operasi secara Islamik yang boleh memberi perlindungan kepada kenderaannya.
Namun begitu, sekiranya usahanya tidak berhasil dan ternyata tiada syarikat takaful yang menawarkan insurans bagi kenderaan lama, maka diharuskan baginya untuk mengambil insurans konvensional.
Keharusan ini melihat kepada arahan pemerintah yang mewajibkan setiap kenderaan perlu memiliki insurans kenderaan. Maka, situasi ini boleh dianggap sebagai keperluan mendesak kerana mengingkarinya boleh menyebabkan pemilik kenderaan didenda dan dikompaun.
Dalam masa yang sama, diingatkan bahawa keharusan ini bersifat sementara sehinggalah satu tempoh wujud syarikat takaful yang menyediakan tawaran sebegitu. Jika berlaku sedemikian, maka wajib beralih kepada syarikat takaful.
Huraian Jawapan
Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian merupakan suatu tuntutan yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mencari yang halal dapat meningkatkan keimanan dan membuat termakbulnya doa dan diterima segala amal ibadah.
Sedangkan memakan makanan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat daripada diterima oleh Allah SWT. Daripada Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, طَلبُالحَلالِوَاجِبٌعلىكلِمُسلِم Maksudnya: “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim.” Riwayat al-Thabarani (8610)
Hukum mengambil insurans konvensional sudah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum mengambil dan melanggan Insurans Am termasuklah insurans kereta adalah tidak diharuskan oleh Islam.
Takaful bermaksud permuafakatan sekumpulan individu untuk saling menjamin dan membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tertentu yang dipersetujui dalam kalangan mereka seperti memberi pampasan bagi sesuatu musibah yang menimpa serta keperluan kewangan yang lain.
Majlis Penasihat Syariah pada mesyuarat ke-24 bertarikh 24 April 2002 telah memutuskan bahawa model perniagaan takaful yang berasaskan tabarru’ dan wakalah adalah dibenarkan. Kontrak wakalah berlaku antara peserta dengan syarikat takaful, manakala kontrak tabarru’ berlaku antara peserta sahaja. Rujuk Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam Edisi Kedua (halaman 63) oleh Bank Negara,
Dalilnya adalah firman Allah Taala: وَتَعَاوَنُواعَلَىالْبِرِّوَالتَّقْوَىٰۖوَلَاتَعَاوَنُواعَلَىالْإِثْمِوَالْعُدْوَانِ Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Surah al-Ma’idah:2)
Penelitian Masalah
Berdasarkan situasi di atas, pertamanya kami melihat pengambilan insurans bagi kereta sudah menjadi suatu kewajipan yang sudah ditetapkan oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan pemilik kereta sekiranya berlaku apa-apa kemalangan.
Bahkan, tidak mengambil insurans atau takaful boleh menyebabkan didenda dan dikompaun. Walaupun keadaan sebegini tidak mengancam diri, namun ia menjadi keperluan mendesak bagi setiap pemilik kereta sehingga boleh juga diiktibar sebagai darurat.
Ini dikuatkan lagi dengan kaedah Fiqh yang disebutkan Imam al-Suyuthi Rhm. dalam kitab Asybah wa al-Nazhair (halaman 88)
الحاجةتنزلمنزلةالضرورةعامةكانتأوخاصة Maksudnya: “Suatu hajat (keperluan) boleh jatuh dalam kategori terdesak sama ada ia berbentuk umum mahupun khusus.” Seterusnya, berbeza dengan negara-negara Barat, Malaysia mempunyai banyak syarikat takaful sebagai alternatif kepada syarikat insurans konvensional yang sedia ada.
Secara asalnya, wajib seseorang Muslim untuk berusaha meneliti dan mencari sedaya syarikat takaful yang boleh memberi perlindungan kereta kepadanya.
Namun begitu, sekiranya selepas segala usaha sudah dibuat dan ternyata tiada syarikat takaful yang boleh mengambil tanggungjawab tersebut, maka dalam situasi sebegini dibenarkan untuk mengambil insurans konvensional sehinggalah sampai satu tempoh wujud syarikat takaful atau seumpamanya yang memberikan tawaran sebegitu.
Kesimpulannya, perbahasan di atas menunjukkan bahawa syariat Islam memberikan kemudahan (al-taysir) kepada umatnya dalam melaksanakan ibadah serta menjalani kehidupan harian. Kemudahan tersebut berperanan sebagai jalan keluar daripada sebarang kesukaran yang menimpa diri seseorang dalam keadaaan yang tidak diduga.
Banyak persoalan tentang keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak perlu berpuasa. Untuk tidak menimbulkan kekeliruan, ini penjelasannya.
Soalan: Seseorang yang boleh berbuka kerana musafir, bolehkah dia teruskan makan apabila sudah sampai ke tempat yang dituju ataupun kena tahan diri sehingga waktu berbuka. Macam itu juga bagi yang sakit pada awal hari tapi sembuh sebelum waktu berbuka, bolehkah dia terus makan atau kena tunggu sehingga masuk waktu berbuka?
Jawapan:
1. Para ulama berbeza pendapat mengenai seseorang musafir yang berbuka puasa; apakah dia wajib menahan diri dari makan dan minum apabila sudah sampai ke negeri atau tempat tujunya, sedangkan orang ramai berpuasa.
Pendapat yang terpilih; dia tidak wajib menahan diri dari makan dan minum kerana dia tidak berpuasa dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Ia bukan puasa yang sah kerana dia telah pun berbuka. Tiada dalil syarak yang mewajibkannya berbuat demikian.
Kata Abdullah bin Masud r.a:
مَنْ أَكَلَ أَوَّلَ النَّهَارِ فَلْيَأْكُلْ آخِرَهُ “Sesiapa yang makan pada awal hari, maka dia boleh makan pada akhir hari” (Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra).
Demikian juga bagi wanita haid, nifas dan sakit. Mereka boleh makan tanpa perlu menahan diri pada siang hari pada bulan Ramadan.
2. Namun hendaklah mereka menyembunyikan perbuatan makan di siang hari tersebut. Sekalipun syarak mengizinkan mereka, namun orang ramai tidak mengetahuinya, maka itu akan menjadi tohmahan dan fitnah.
Begitu juga ia boleh menggalakkan perbuatan tidak berpuasa bagi mereka yang tidak layak berbuka pada bulan Ramadan. Islam agama yang berusaha mengelakkan fitnah dan salah sangka dalam kalangan manusia.
3. Maka seseorang yang mempunyai alasan yang diizinkan syarak untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan seperti faktor musafir ini –seperti perbahasan di atas-, maka dia boleh berbuka dan diganti pada hari-hari yang lain.
Sumber: Dr Maza.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Viral minggu ini apabila seorang rider penghantar makanan yang maut dilanggar pemandu mabuk.
Dalam kejadian pada 1.30 pagi kelmarin, mangsa Mohamed Zaili, 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kerana cedera parah di kepala, selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.
Dalam pada itu, isteri kepada Allahyarham, Zahlawati Zahlan sangat terkesan dengan peristiwa itu. Bukan sahaja dia kehilangan suami, tetapi juga kehilangan dahan tempat bergantung.
Malah dalam satu laporan, dikatakan arwah suaminya melakukan pelbagai kerja untuk menampung keperluan keluarga sejak perlaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
Ramai turut bersimpati dengan nasib dialami isteri mangsa dan salah seorang adalah penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza meluahkan rasa simpati ini dalam instastorynya dan beliau sangat bersedih dengan nasib yang menimpa keluarga Zahlawati atau dipanggil Yatie.
Menurutnya juga, Yatie adalah seorang pengusaha makanan dan beliau sempat membuat review makanan semasa Ramadan lalu.
Dalam posting berkenaan juga, Siti atau mesra dipanggil Tok Ti turut mengajak orang ramai supaya tampil membantu Zahlawati dengan memberikan sumbangan terus ke akaun banknya.
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...