Sebuah masjid di wilayah Gansu, China sebahagiannya dirobohkan pihak berkuasa pada 9 April lalu, dalam kempen terbaharu Beijing untuk menghapuskan tradisi masyarakat Islam di negara ini.

Pihak berkuasa China secara sistematik melancarkan tindakan kekerasan terhadap minoriti umat Islam di negara ini terutamanya di Xinjiang yang menyaksikan kira-kira sejuta etnik Uighur ditahan di kem tahanan.

Sedihnya Bila Pihak Berkuasa China Robohkan Masjid
Namun penindasan itu secara berterusan diperluaskan ke beberapa wilayah lain dengan laporan tempatan melaporkan kemusnahan masjid dan simbol Islam di wilayah Ningxia dan Gansu yang menempatkan masyarakat Islam dari etnik Hui.

Lapor agensi berita France24, pihak berkuasa tempatan mero­bohkan sebahagian masjid yang di kampung Gazhuang, Wilayah Autonomi Linxia Hui di Gansu, merosakkan kubah emas dan ciri-ciri Islamik masjid itu.

Sedihnya Bila Pihak Berkuasa China Robohkan Masjid

Masjid tersebut dibina kurang sebulan lalu dan penduduk tempatan diberi amaran agar tidak memuat naik sebarang foto atau video berhubung perobohan masjid berkenaan.

IKLAN

Namun beberapa video muncul dalam Twitter beberapa hari kemudian menunjukkan keadaan kubah masjid yang musnah serta serpihan bertaburan di bumbung dan berdekatan pintu masuk masjid. Selain itu, turut kelihatan sebuah kren besar diletakkan di perkarangan masjid tersebut serta beberapa orang dilihat menangis dalam video terbabit.

Individu yang merakam vi­deo itu menghantar klip itu kepada wartawan bebas berasal dari Xinjiang, Erkin Azat yang kini me­netap di Kazakhstan dan memuat naik video berkenaan di internet.

IKLAN

Menurut Azat yang menggu­nakan nama samaran kerana bimbang keselamatan keluarganya di Xinjiang, individu terbabit turut memaklumkan kepadanya bahawa beberapa orang yang mengambil video tersebut kemudiannya ditahan.

“Menurut sumber saya, pero­bohan di wilayah Gansu bermula tahun lalu. Masjid dimusnahkan dan amat sukar untuk mengesahkan angka sebenar masjid yang dirobohkan di Gansu.

“Matlamat kerajaan adalah satu masjid untuk setiap bandar atau daerah dan masjid-masjid di pinggir bandar kini hilang semuanya. Hanya satu masjid di­simpan sekiranya organisasi antarabangsa datang untuk mene­mu ramah komuniti Muslim,” ujar­nya. Tambah Azat, penduduk Mus­lim takut untuk ke masjid, menyuarakan pendapat dan takut untuk disoal siasat.

IKLAN

“Situasi di Gansu telah merun­cing sejak tahun lalu, sama seperti apa yang berlaku di Xinjiang,” jelasnya. – AGENSI

Sumber kredit: Utusan Online

VIDEO KASHOORGA:

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI