Sedihnya, Mungkin Tiada Jutaan Umat Islam Berkumpul Di Mekah. Arab Saudi Minta Tangguh Rancangan Tunai Haji & Umrah!
April 1, 2020
Share
Dia tak diam tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kita menyambut Ramadan, Syawal dan seterusnya bulan haji.
Kebiasaanya ramai diantara kita yang mengambil kesempatan untuk menyambut awal atau akhir ramadan di sana.
Tetapi tahun ini situasinya berlainan. Dalam laporan Astro Awani hari ini Arab Saudi meminta umat Islam untuk tangguhkan sebarang rancangan untuk tunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.
“Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah.
“Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat.
“Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” kata Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.
Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.
Pada awal bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah haji atau umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ke bandar-bandar suci Islam.
Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini.
Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.
Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Haji juga adalah sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan Arab Saudi.
Sebelum ini Arab Saudi juga pernah berdepan masalah wabak penyakit ini di mana pada 632 di mana jemaah menentang malaria sementara wabak kolera pada tahun 1,821 membunuh kira-kira 20 ribu jemaah haji.
Satu lagi wabak kolera menular pada tahun 1,865 dan membunuh 15,000 jemaah haji yang kemudian tersebar di seluruh dunia.