Segan Tengok Model Berhijab Peraga Baju Raya Ketat, Jangan Kejar Habuan Dunia – Ustazah Asma’ Harun

Share

Ajaran Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup yang lengkap untuk manusia mengenal dan mengakui Tuhan yang Maha Esa (akidah), melaksanakan fungsi dan tanggungjawab (ibadah) serta menghiasi peribadi dengan nilai kebaikan (akhlak).

Satu dari cabang akhlak ialah malu. Perihal malu ini banyak disebut dalam hadis-hadis sahih. Sabda Rasulullah SAW: “Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.” (Riwayat al-Hakim)

.

Hal ini turut disebut dalam hadis diriyawatkan oleh Baihaqi iaitu, terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.”

Sifat malu yang dihadirkan dalam diri seorang wanita adalah untuk mendorong mereka memelihara kehormatan diri selain menjaga batas pergaulan apabila berada di khalayak ramai. Bahkan sifat pemalu juga membantu wanita menghindari perkara negetif.

Tapi hari ini ramai mendambakan pujian manusia. Bangga dipuji seksi, bangga dipuji cantik hingga memakai pakaian menjolok mata.

Hal ini telah mendapat perhatian dari pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang mengakui berasa segan melihat ramai model iklan baju raya kelihatan khususnya yang bertudung.

Dalam satu perkongsian di fbnya, Ustazah Asma’ Harun menulis:-

Segan sungguh melihat ramainya MODEL IKLAN BAJU RAYA SEKSI pakai ketat menampakkan lekuk badan walaupun bertudung dengan gambar & video yang menggiurkan. Hormatlah bulan Mulia ni, jangan langgar larangan Allah demi habuan dunia!

Tahukah para wanita, Rasulullah SAW mempunyai sifat malu lebih daripada seorang gadis.

“Nabi SAW tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada di sebalik tirainya.” (HR Ahmad – sahih).

Malunya Rasulullah, amat menjaga pandangan mata dari hal-hal yang diharamkan, yang keluar dari lisannya selalu kata-kata yang baik, lebih mementingkan orang lain, seorang yang pemaaf, sangat baik dengan keluarga, penyabar, lemah lembut dan sangat menyayangi orang-orang yang beriman.

Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:

“Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman.” (HR Bukhari dan Muslim).

Nah, jangan terlalu mengejar habuan dunia hingga akhirat tergadai.

Published by
almaswa Haji Che Ros