Membanyakkan berzikir dan berdoa adalah ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam.
Ada banyak zikir dan doa harian boleh kita amalkan saban hari tanpa mengira masa, yang mana semuanya adalah atas niat untuk menghapuskan dosa dan mengumpul pahala.
Sungguhpun begitu, ada juga terjadi, walaupun dah banyak berzikir dan berdoa, tetapi perangai dan akhlak buruk tetap tak berubah, malah tambah buruk lagi. Bukannya pergi ke jalan yang lurus tetapi jalan mengekori syaitan. Adakah sebab kurang penghayatan ibadah yang dilakukan?
Perkongsian Imam Al-Ghazali ini boleh kita jadikan panduan. Ia dikongsi oleh Mualim dari akaun Facebook beliau.
Seorang murid bertanya kepada gurunya iaitu Imam al-Ghazali;
“Guru, bukankah zikir boleh membuat seseorang yang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari jauh darinya?”
Ads
“Benar,” jawab Imam al-Ghazali.
“Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir, justeru malah semakin dekat dengan syaitan?” sambung murid.
Gurunya yang diberi gelar Hujjatul Islam ini pun menyambung lagi, “Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing, namun dia masih menyimpan tulang dan pelbagai makanan kesukaan anjing di sekitarnya?”
“Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir.” Jawab muridnya.
Ads
Imam al-Ghazali menjelaskan, “Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan berbagai PENYAKIT HATI dalam dirinya. Syaitan akan terus datang dan mendekat bahkan bersahabat dengannya.”
Penyakit – penyakit hati itu ialah:
-Sombong -Iri hati -Dengki -Syirik -Bersikap atau bercakap kasar -Riak, merasa dia sudah cukup soleh -Merasa suci -Merasa paling benar -Ghibah -Marah dan pelbagai lagi penyakit hati
Ads
Ketika penyakit – penyakit hati itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan akan senantiasa datang, mengakrabkan diri, kemudian menjadi sahabat karibnya.
Inilah kesan dari zikir yang kerap dilupakan oleh majoriti kaum muslimin. Mereka hanya fokus pada zikir Jahar dan zikir Sir, namun tidak melakukan pembersihan hati.
Jalan ke syurga, ada banyak cara. Tak semestinya kena sedekah wang yang banyak atau solat berjemaah di masjid lima waktu setiap hari.
Malah ada amalan yang cukup ringkas namun boleh membawa kita ke syurga firdausi. Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berkongsi amalan ini dalam laman sosial Facebook milik beliau:
1. Baca doa selepas berwuduk
Ramai yang meremehkan hal itu, sedangkan rugi andai kita meninggalkannya. Ini kerana Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barang siapa yang mengambil wuduk, dan kemudian dia membaca ‘Asyhadu alla ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh’, maka ALLAH akan membuka baginya lapan pintu syurga dan dia boleh memilih untuk memasukinya dari mana-mana pintu yang dia kehendaki.” (Hadis Riwayat Muslim)
2. Menjawab setiap lafaz azan
Barangkali ada yang mendengar azan, tetapi langsung tidak berusaha untuk menyahutnya. Hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Selepas ini, apa kata kita berusahalah untuk menjawab seruan mulia itu ketika ia dilaungkan oleh muazin. Ini kerana perkara tersebut ada diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat dalam sebuah hadis yang panjang.
Pada akhir hadis berkenaan, Baginda SAW menjelaskan bahawa sesiapa yang berbuat demikian: “Maka telah pasti ke atas dirinya syurga.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)
3. Membaca ayat Kursi selepas solat
Usai mendirikan solat, usah cepat-cepat beredar dari tikar sembahyang. Sebaliknya, bacalah ayat Kursi terlebih dahulu.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Barang siapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai dari solat, maka tidak ada perkara yang akan menghalangnya untuk masuk ke syurga melainkan kematian.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)
4. Beri salam apabila masuk rumah
Sekalipun tiada orang di dalam rumah, berilah salam sebelum kita memasuki kediaman berkenaan.
Sabda Baginda SAW: “Terdapat tiga golongan yang dijamin oleh ALLAH sekiranya dia hidup, dia akan diberikan rezeki dan kecukupan, dan sekiranya dia meninggal, ALLAH akan memasukkan dia ke dalam syurga. Yang pertama: Sesiapa yang memasuki rumah dan memberi salam kepada ahli keluarganya, maka ALLAH memberi jaminan baginya…” (Hadis Riwayat Ibn Hibban)
Lihat, betapa mudahnya amalan yang disarankan tersebut. Bergantung kepada kita untuk melakukannya atau tidak.
Tidak salah membuatnya perlahan-lahan, lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan rutin kita selepas ini.
Salah satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah walaupun mereka tidak memahami setiap apa yang dibaca daripada al-Quran maka mereka tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.
Perkara ini jelas berdasarkan hadis bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka dia mendapat satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Riwayat al-Tirmizi)
Jika orang yang membaca al-Quran namun tidak memahami bacaan al-Quran pun mendapat pahala, jadi bagaimana pula orang yang tidak lancar ketika membacanya?
Dalam hal ini, Saidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Orang yang mahir membaca al-Quran, maka di akhirat dia akan ditemani oleh para malaikat para pencatat yang mulia. Manakala orang yang membaca al-Quran dengan gagap dan menghadapi kepayahan ketika membacanya, maka dia mendapat dua pahala.” (Riwayat Muslim)
Hadis ini merupakan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim.
Maksud orang yang tidak lancar mendapat dua ganjaran itu ialah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi, dua ganjaran yang diperolehi itu adalah kerana pertamanya bagi pembacaannya itu dan yang keduanya disebabkan kepayahannya dalam membaca al-Quran.
Tapi bukan bermakna pahala lebih banyak
Walaupun begitu, maksud hadis ini bukanlah menunjukkan orang yang tidak lancar membaca al-Quran itu pahalanya lebih banyak berbanding orang yang lancar membaca al-Quran. Sebaliknya orang yang lancar membaca al-Quran itu lebih afdal dan lebih banyak pahalanya.
Ini kerana mereka ditemani dengan para malaikat di akhirat dan dia memperolehi banyak ganjaran. Mana mungkin mereka yang sering menjaga bacaan al-Quran dan mempelajari al-Quran mendapat ganjaran yang lebih sedikit berbanding mereka yang tidak lancar membaca al-Quran, cuma kelebihan-kelebihan itu tidak disebutkan dalam riwayat di atas.
Sebagai umat Islam, seharusnya memperbanyakkan bacaan al-Quran kerana pada hari akhirat kelak al-Quran akan memberi syafaat kepada pembacanya.
Ia sebagaimana yang disebutkan dalam satu hadis, Abu Umamah al-Bahili bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah al-Zahrawan iaitu al-Baqarah dan Ali Imran kerana keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari ataupun seperti burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah kerana sesungguhnya membacanya ada keberkatan dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir tidak akan mampu menandinginya.” (Riwayat Muslim)
Selain itu, umat Islam juga perlu sentiasa memperbaiki bacaan al-Quran dan mempelajari setiap ilmu yang memahamkan diri tentang ayat-ayat Allah SWT. Nabi SAW memuji golongan yang mempelajari dan mengajarkan al-Quran, Uthman bin ‘Affan RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya:“Sebaik-baik kalian adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”
Mustahil kita tidak tahu apa itu wuduk. Mengambil wuduk tidak kira lah untuk mendirikan solat atau ibadah lainnya, mempunyai 1001 kelebihan atau fadilat.
Munurut Muhammad Kamil Abd al-Somad, dalam bukunya al-I’jaz al-Ilmi fi al-Islam wa al-Sunnah al-Nabawiyah menjelaskan, manfaat dalam wuduk sangat besar untuk tubuh badan manusia.
Mula daripada membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua-dua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, kemudian membasuh kaki hingga buku lali.
Apa yang Allah perintahkan sebenarnya mempunyai rahsia besar tersembunyi di sebaliknya. Para pakar kesihatan turut memperakui kelebihan berwuduk ini dan menganjurkan agar membersihkan kaki, mulut dan muka sebelum tidur.
Dalam Islam, kelebihan berwuduk tidak semata-mata untuk membersihkan anggota supaya bersih dan kelihatan cantik, hakikat yang lebih besar ialah berwuduk mempunyai nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah.
Kelebihan Berwuduk
Tanda orang beriman
Apabila berwuduk bermakna kita mementingkan kebersihan diri. Bersih adalah sebahagian daripada iman. Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari r.a, Nabi SAW bersabda:
“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman…” (H/R. Muslim, no. 223)
Terhapusnya Dosa-Dosa Kecil
Fadilat ini sepatutnya direbut oleh kita. Bayangkan seharian kita pasti tidak lepas melakukan dosa-dosa kecil, maka perlu ada usaha mensucikan.
Dalam hal ini, mengambil wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimNya solat tetapi ia juga menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”. (H/R. Muslim, 1/148)
“Dari Abi Umamah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. (H/R. Ahmad, 5/252.)
Mengangkat Darjat Kita
Kita sibuk ingin menaikkan darjat di mata manusia, namun tahukah kita bahawa lebih mulia lagi jika kita naikkan darjat di sisi Allah dengan cara yang disukaiNya iaitu berwuduk.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Suka kah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda SAW pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, no: 253)
Terbukanya Pintu-pintu Syurga
Subhanallah, hanya dengan berwuduk, kita sedang menuju ke pintu syurga Allah. Siapa yang meremehkan hal ini adalah dari golongan yang rugi.
Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang pun dari kalian yang berwuduk, lalu ia menyampaikan atau meratakan wuduknya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki.” (H/R. Muslim, no: 234),
Wajah Bercahaya Di Akhirat
Setiap anggota badan kita yang terkena air wuduk bakal bercahaya terang akhirat nanti.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW telah bersabda: “Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wuduk.” (H/R. Muslim, no: 250)
Membuka Ikatan Syaitan
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah SAW memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda SAW:
“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwuduk pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wuduk, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”. (H/R. al-Bukhari, no: 1091)
Kashoorga: Subhanallah, betapa besarnya nikmat berwuduk, bukan sahaja dari sudut kesihatan malah juga mampu mendapat redha Allah. Maka sentiasalah pastikan kita berada dalam keadaan berwuduk. Semoga kita istikomah selepas ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...