Kalau Ada Penyakit Ini Semakin Banyak Berzikir, Semakin Syaitan Suka

Share

Membanyakkan berzikir dan berdoa adalah ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam.

Ada banyak zikir dan doa harian boleh kita amalkan saban hari tanpa mengira masa, yang mana semuanya adalah atas niat untuk menghapuskan dosa dan mengumpul pahala.

Sungguhpun begitu, ada juga terjadi, walaupun dah banyak berzikir dan berdoa, tetapi perangai dan akhlak buruk tetap tak berubah, malah tambah buruk lagi. Bukannya pergi ke jalan yang lurus tetapi jalan mengekori syaitan. Adakah sebab kurang penghayatan ibadah yang dilakukan?

Perkongsian Imam Al-Ghazali ini boleh kita jadikan panduan. Ia dikongsi oleh Mualim dari akaun Facebook beliau.

Seorang murid bertanya kepada gurunya iaitu Imam al-Ghazali;

“Guru, bukankah zikir boleh membuat seseorang yang beriman lebih
dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari jauh darinya?”

“Benar,” jawab Imam al-Ghazali.

“Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir, justeru malah semakin dekat dengan syaitan?” sambung murid.

Gurunya yang diberi gelar Hujjatul Islam ini pun menyambung lagi, “Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing, namun dia masih menyimpan tulang dan pelbagai makanan kesukaan anjing di sekitarnya?”

“Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir.” Jawab muridnya.

Imam al-Ghazali menjelaskan, “Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan berbagai PENYAKIT HATI dalam dirinya. Syaitan akan terus datang dan mendekat bahkan bersahabat dengannya.”

Penyakit – penyakit hati itu ialah:

-Sombong 
-Iri hati 
-Dengki
-Syirik
-Bersikap atau bercakap kasar 
-Riak, merasa dia sudah cukup soleh 
-Merasa suci 
-Merasa paling benar 
-Ghibah 
-Marah dan pelbagai lagi penyakit hati

 

Ketika penyakit – penyakit hati itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan akan senantiasa datang, mengakrabkan diri, kemudian menjadi sahabat karibnya.

Inilah kesan dari zikir yang kerap dilupakan oleh majoriti kaum muslimin. Mereka hanya fokus pada zikir Jahar dan zikir Sir, namun tidak melakukan pembersihan hati.

Kredit: Muallim

 

Published by
Team Kashoorga