Selagi masih ada, berkepitlah. ‘Bila suami meninggal, isteri nak ikut pergi kubur pun tak boleh dalam tempoh iddah.’ Oleh itu selagi pasangan di depan mata, hargailah sebaiknya.
Luangkan masa berdua jika masih punya waktu dan kesempatan. Bimbang bila salah seorang sudah tiada, menyesal tak berguna. Bayangkan keadaan isteri bila suaminya meninggal, bermulalah iddah. Hendak ke kubur pun tak boleh.
Hukum tetap hukum, jangan menidakkannya. Jika suami meninggal memanglah sedih, namun seorang isteri seharusnya tinggal di rumah dan tidak perlu ke sana, sini termasuklah ke masjid menguruskan jenazah suami.
Apa lagi menghantar suami ke kubur, tak perlu iya. Oleh sebab itu ketika masih hidup berkepitlah selagi boleh kerana bila tibanya nanti segalanya terbatas.
Bila Suami Meninggal
Ikuti kemusykilan berkaitan isu ini yang dikongsikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
Soalan:
Saya cuma ingin mendapat pandangan terbaik Datuk Mufti. Apakah seeloknya isteri tidak ikut ke masjid untuk urusan jenazah suami dan solat jenazah, juga untuk ke kubur mengiringi jenazah ?
Jawapan:
Islam datang meraikan sifat asal wanita. Apabila kaum wanita kehilangan suami, ayah dan sanak saudaranya yang rapat dengannya, ramai yang tidak tahan perasaan lalu meraung pedih, menarik-narik baju dan memukul-mukul badan sendiri kerana kedukaan.
Isteri Nak Ikut
Perbuatan-perbuatan sebegini berasal daripada adat jahiliyyah yang ditegah oleh Islam. Daripada Abdullah bin Mas’ud R.anhuma, sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Bukan daripada kalangan kami orang yang menampar-nampar pipi (kerana kematian), mencarik-carik baju, dan mengikut seruan (tradisi) Jahiliyyah.
Maksudnya: Kami (kaum wanita) dilarang daripada mengikut jenazah-jenazah (ke kekuburan) dan Baginda (SAW) tidak melarang dengan keras (hal demikian) ke atas kami.
Hadis riwayat al-Bukhari (1278)
Pergi Kubur Pun Tak Boleh
Menurut Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu’ (5/277-278) larangan ini bersifat makruh tanzih. Inilah mazhab Syafie dan jumhur, manakala dalam Mazhab Malik tidak menganggap makruh kecuali bagi bagi wanita muda.
Diceritakan daripada al-Abdari bahawa Imam Malik menganggapnya makruh kecuali jika jenazah itu ialah anaknya, ibu ayahnya, dan suaminya.
Ads
Sebahagian ulama menganggap perbuatan mengiringi jenazah ini sebagai makruh tahrim berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW menegur wanita yang menunggu-nunggu jenazah:
ارْجِعْنَ مَأْزُورَاتٍ غَيْرَ مَأْجُورَاتٍ
Maksudnya: Pulanglah kalian, kalian akan berdosa dan tidak mendapat pahala.
Hadis riwayat Ibn Majah (1579). Namun, Al-Nawawi menganggap hadis ini daif.
Dalam Tempoh Iddah
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang telah pergi. Al-Fatihah.
Kami berpendapat cukuplah wanita itu tinggal di rumah dan, jika ingin solat jenazah, solat sahaja di rumah dan tidak mengikuti jenazah ke perkuburan.
Ini bagi menghormati hukum ihdad (berkabung) dalam tempoh iddah bagi wanita yang kematian suami. Jika sudah tamat waktu iddah, maka bolehlah menziarahi kubur suaminya sambil menjaga akhlaq ketika ziarah kubur.
Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman dan kekuatan untuk mengikuti setiap perintah Syariat Islam dalam mencapai Mardhatillah. Amin.
Ads
Komen Warganet:
Benarlah hanya mereka yang pernah kehilangan pasangan ini memahami situasi yang berlaku. Kongsi mereka:
Azira Hamazirah
Saya sudah laluinya, jenazah suami diuruskan di hospital. Ustaz yang uruskan mandi jenazah benarkan saya untuk mandikan arwah buat kali terakhir hingga selesai.
Sampai hari ini dan saat ini tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Yang masih ada pasangan yang baik hargailah….
Nur Nur
Suami sya meninggal 25/11/22. Meninggal di hospital tapi saya minta dekat yang nak urus mandikan arwah suami untuk saya nak mandikan arwah. Alhamdulillah… walaupun tak dapat dari yang mula, dapat yang akhir pun bersyukur. Akhir sekali saya diberi pluang untuk letak minyak athar.
Saya hantar ke masjid sampai ke liang lahad. Itu permintaan terakhir arwah suami untuk hantar dia ke rumah barunya. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dengan izin Allah SWT. Kehilangan yang amat besar untuk diri sya.
Sebab sebelum ini saya dengan arwah sentiasa ke mana pun bersama, berpimpin tangan. Walau sedih kehilangan insan tercinta namun saya redha. Rindu saya yang tak berpenghujung.
Al-fatihah buat arwah suami tersayang Abd. Rasid bin Jais..moga abang tenang di sana bersama para solihin. Moga satu saat nanti kita akan bersatu kembali di syurga Allah nanti. Amin.
Syarifah Aisyah Syed Muid
Arwah abah meninggal di rumah. Masa bawa ke masjid untuk mandi, kafan dan solat jenazah, mak saya tak ikut. Masa kebumikan pun mak tak ikut. Alhamdulillah habis iddah, mak ziarah kubur abah.
“Islam didirikan atas 5 perkara : Mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat 5 waktu, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji (jika berkemampuan).” HR Bukhari Dan Muslim
Bahkan solat itu adalah perkara wajib kerana ia amalan pertama ditanya di alam akhirat.
“Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima) maka beruntung dan berbahagialah dia. Jika solatnya rosak (tidak diterima) maka kecewa dan rugilah dia.” Hadis Riwayat Tirmizi
Solat juga tanda seorang hamba ingat kepada penciptaNya.
Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu.” Surah Taha : 14.
Namun bukan semua menitik beratkan ibadah ini dalam kehidupan mereka. Ramai memandang enteng ibadah solat ini walau pun ia tanda bersyukur kita atas semua nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya.
Bagi mereka, setiap rezeki diperoleh adalah usaha mereka sendiri. Bahkan kekayaan dimiliki juga dianggap kerana usaha keras mereka hingga kita lupa mensyukuri semua nikmatNya. Banyak ibu ayah yang tidak mendidik anak-anak tentang ibadah solat. Jadi anak-anak membesar tanpa menitik beratkan ibadah ini seumur hidup mereka.
Namun satu kisah yang viral di media sosial ini wajar dijadikan pengajaran buat kita semua. Ini kerana Allah menjadikan sesuatu peristiwa “bersebab”, dijadikan pengajaran buat kita semua yang masih hidup.
Di Pakistan (ada mengatakan kisah ini berlaku di Mesir, wallahualam), seorang lelaki (ada menulis wanita) yang berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia. Saat jenazah ingin dibawa masuk ke masjid untuk disembahyangkan ( rumahnya berhampiran masjid) namun malangnya keranda mengusungnya dilihat berpusing berkali-kali, seolah enggan masuk ke dalam masjid tersebut.
Dari video dilampirkan kelihatan keranda berpusing-pusing seolah-olah enggan masuk masjid dan disolatkan (kerandanya bagai ditarik-tarik). Ada mengaitkan kejadian aneh ini kerana semasa hayatnya arwah tidak pernah sembahyang dan tidak pernah ke masjid walau rumahnya berdekatan tempat ibadah ini. Waallahualam.
Disebabkan keengganan “jenazah” memasuki masjid, orang ramai yang mengusungnya bertindak meletakkan keranda ini di luar masjid saja sebelum solatkannya dari luar saja.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala apa yang terjadi dan jadikan hal ini sebagai pengajaran buat kita. Solat itu wajib dan sematkan dalam hati untuk tidak tinggalkannya seumur hidup kita.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pelan Imunisasi COVID–19 Kebangsaan yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggalakkan rakyat mendapatkan suntikan vaksin bagi membendung penularan wabak COVID-19 semakin rancak mendapat sambutan dari orang ramai. Ini terbukti apabila vaksin jenis AstraZeneca yang dilancarkan baru ini mendapat sambutan di mana sejuta vaksin habis ditempah dalam tempoh 1 jam.
Namun timbul isu bila masa ditetapkan tepat untuk menerima suntikan dibuat pada waktu solat khususnya waktu agak pendek seperti Maghrib. Penolong Ketua Mufti di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahrizdan Ben Agil mengulas isu ini dan budaya solat di tepi jalan yang banyak dibuat di negara Arab dan Eropah. Baca perkongsian darinya dipetik dari fbnya.
1) Ada kalangan rakyat Malaysia yang dapat jadual penggiliran vaksin jam 7.30 malam. Masa ini diketahui umum adalah waktu solat Maghrib. Jadi ada yang bertanya boleh atau tidak solat jamak ta’khir sebab takut tak sempat untuk solat maghrib.
2) Ada hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: وجعلت لي الأرض مسجدا وطهورا, yang bermaksud, “…dan bumi ini dijadikan untukku tempat sujud dan alat bersuci(tayammum)”.
3) Para ulama menyatakan bahawa hadis ini menunjukkan antara kelebihan² yang Allah kurniakan kepada Rasulullah ﷺ dan umatnya, iaitu mereka boleh solat di mana² sahaja di atas muka bumi Allah, asalkan tempat itu suci dari najis. Sedangkan umat² terdahulu tidak boleh mendirikan solat di tempat sebarangan.
4) Jawapan saya, tiada keperluan solat jamak di sini kerana alasan belum cukup kukuh untuk membenarkannya. Para ulama tidak bermudah² meletakkan syarat solat jamak bukan dalam situasi musafir, apatah lagi untuk mereka yang masih berkesempatan untuk mendirikan solat pada waktunya.
5) Pilihan di tangan kita semua, kita boleh solat di mana² hanya tinggal bawa sejadah atau seumpamanya. Kalau tanpa sejadah sekali pun sebenarnya tiada masalah asalkan tempat itu suci dari najis. Ini kerana hukum asal sesuatu tempat itu adalah suci melainkan terdapat bukti kukuh bahawa ia kawasan bernajis.
6) Banyak sekali hadis yang menunjukkan Nabi ﷺ solat di atas tanah tanpa lapik dan ada sahabat RA ternampak Baginda ﷺ mengusap dahinya untuk buang pasir yang melekat. Bahkan ada sebilangan sahabat terlihat tanah basah melekat di dahi Baginda ﷺ yang mulia kerana sujud di atas tanah yang basah ketika hujan turun di Madinah.
7) Oleh itu, solat tidak semestinya didirikan di musolla, surau dan masjid. Ada banyak hadis yang membuktikan Rasulullah ﷺ solat di merata tempat selain dari masjid dan musolla. Oleh itu, tidak sepatutnya alasan “tiada surau” menjadi penghalang untuk kita untuk melaksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah.
8)) Masa atau waktu juga tidak boleh dijadikan alasan. Allah ta’ala telah menetapkan setiap solat fardu itu yang telah ditetapkan waktunya. Jika tidak dapat dilaksanakan awal, boleh dilaksanakan waktu pertengahan dan penghujungnya asalkan tidak keluar dari waktu solat.
9) Ada hadis yang diriwayat oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah ﷺ pernah mendirikan solat di penghujung waktu solat (waktu solat hampir tamat) untuk mengajar seorang sahabat tentang waktu solat. Fuqaha menyatakan bahawa hadis ini menunjukkan fleksibiliti mendirikan solat pada waktunya yang ditetapkan.
10) Apa-apa pun lihat pada keadaan dan kesesuaian, bahkan anda boleh membuat agakan waktu yang untuk mendirikan solat. Mungkin dijangkakan selepas tamat proses vaksinasi anda masih ada waktu untuk mengerjakan solat Maghrib. Ada sahabat saya cerita bahawa dia dirikan solat di tepi kerusi menunggu giliran pengambilan vaksin. Dia kata tak ada masalah, ok je, sempat je nak solat di situ dan tiada siapa yang kacau.
11) Perlu diingat, Rasulullah ﷺ memberi contoh yang wajar kita ikuti dari segala sudut kehidupan, apatah lagi urusan ibadah. Nabi ﷺ amat menitik beratkan solat didirikan pada waktunya. Baginda ﷺ tidak menjamakkan solat melainkan dalam situasi tertentu sahaja. Oleh itu bagi saya, tidak wajar kita bermudah² dalam ibadah.
12) Saya faham, budaya solat tepi jalan bukan satu kebiasaan orang² kita di tanahair. Mungkin ramai yang segan. Sampai bila kita nak segan, masa nilah kita nak membiasakan budaya yang baik dan menunjukkan Islam agama yang mudah dan tidak membebankan penganutnya untuk beribadah. Ikut pengalaman saya, budaya solat di jalanan satu perkara yang biasa di negara² Arab dan negara² Eropah. In Syaa Allah boleh amalkan dan tak perlu rasa segan. Masa inilah ia perlu dibudayakan.
Sebaik masuknya Syawal kedua, ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan ibadah puasa enam.
Mengambil peluang tidak berziarah sepanjang Aidilfitri ini. Kebanyakan dari kita sudah mula berpuasa untuk mengumpul pahala berganda.
Bukan sahaja golongan dewasa yang berpuasa enam ini, tetapi juga golongan kanak-kanak tidak terkecuali.
Gambar sekadar hiasan.
Dalam tinjauan dilakukan oleh Harian Metro mendapati segelintir işbu bapa memilih untuk mendidik anak mereka berpuasa enam hari ketika mereka menjaqlani arayan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Seorang ibu dari Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Mimi Suriati Ishak, 43, berkata, ketika mereka masih ‘berkurung’ di rumah, tidak balik kampung dan beraya di rumah jiran, amat sesuai mengamalkan puasa enam hari itu bagi mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah.
Katanya, seawal 4 pagi hari ini, dia mengajak suami dan tiga anaknya berusia enam hingga 16 tahun bersahur untuk terus berpuasa enam hari.
“Banyak hikmah dan kelebihan amalan berpuasa sunat ini bersama ahli keluarga. Ketika anak masih bercuti sekolah mereka mempunyai aktiviti amat baik untuk diamalkan.
“Kami sekeluarga tidak beraya ke mana-mana. Duduk rumah jaga diri masing-masing. Anak diajak berpuasa sunat bersama ibu bapa agar memberi pendidikan berguna,” katanya.
Gambar sekadar hiasan.
Dia berkata, amalan puasa sunat itu diamalkan keluarganya sejak beberapa tahun lalu bersama ahli keluarga namun tidak berterusan setiap hari sepanjang Syawal.
Kakitangan kerajaan dari Hulu Bernam, Hulu Selangor, Muhamad Safari Muslim, 35, berkata, mereka tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama sanak keluarga dan jiran tetangga ketika ini.
“Cuti rehat diambil selama tiga hari sehingga Ahad ini digunakan sebaiknya untuk mendidik anak berlatih puasa sunat.
“Saya menerapkan amalan sunnah Rasulullah ini kepada si cilik di rumah agar mereka meneruskan aktiviti berpuasa selepas 30 hari pada Ramadan lalu di bulan Syawal pula,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jangan normalisasikan maksiat demikian teguran Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains...