Selagi Matahari Belum Terbit Dari Barat, Dajjal Belum Keluar & Nabi Isa Belum Turun, Pintu Taubat Dibuka Seluasnya!

Share

Walaupun diasak dengan tugasan berat apabila berhadapan dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius ini, namun petugas tidak sesekali melupakan Tuhannya.

Dalam keadaan kelam kabut, mereka ini yang dianggap hero ini tetap menjadikan tikar sejadah sebaga teman.

Mereka terus berdoa dan bersujud mengharapkan Allah untuk menurunkan keajaiban bagi membunuh virus ini.

Justeru menjadi tanggungjawab kita supaya tidak mementingkan diri sendiri dengan tidak pergi melancong. Sebaliknya duduk saja di rumah, menjaga kesihatan dan elakkan berada di tempat awam.

Sementara itu selain berdoa, kita juga boleh mengisi pengkongsian rohani dengan berzikir menyebut Ya Latiff 100X sebaik selepas solat.

Walaupun buat masa ini pintu masjid ditutup sementara, tetapi ketahuilah pintu taubat terbuka seluas-luasnya.

Justeru sebagai peringatan selagi matahari belum terbit dari barat, dajjal belum keluar dan Nabi Isa belum turun, maka diingatkan supaya kita kerap bertaubat.

Ayuh, ikuti perkongsian menarik dari PU Amin di laman sosial Instagramnya.

Dalam keadaan kelam kabut seperti ini , mereka adalah hero kita. Mereka adalah manusia di barisan hadapan ketika perang menentang virus jahat ini . Entah berapa lama masa mereka ada untuk bersama keluarga . Jasad mereka penat , letih , putus asa , habis duit dan harta . Namun mereka terus bekerja untuk menjamin keselamatan kita..

Tikar sejadah sebagai teman . Berdoa dan terus sujud . Mengharap agar Allah menurunkan keajaiban agar dibunuh covid 19 ini..

Pada semua , jangan pentingkan diri sendiri . Jangan melancong . Duduk di rumah , jaga kesihatan , jaga kebersihan , elak berada di tempat awam . Setiap hari kes terus bertambah. Mungkin kerja dan kerjaya kita terjejas , tapi tak apalah untuk sebulan dua , berbanding banyak lagi mudarat dan bahaya yang akan terdedah..

Teruskan berdoa pada Allah . Segala usaha telah dijalankan . Kini kusa Allah adalah segala galanya . Kuatkan iman , bangunlah solat malam . Buat 2 rakaat Qiyamu Lail , Allah akan turun rahmat mencurah curah..

Berzikir Ya Latif 100x setiap kali selepas habis solat fardhu. Inshaallah Allah Maha Lembut , Allah Maha Penyembuh ! Allah akan bantu kita . Sebut kalimah Allah Allah Allah banyak kali . Takut lah pda Allah..

Rindu majlis ilmu di surau masjid . Rindu nak tawaf nak saie di Kaabah . Rindu nak solat jemaah ramai ramai . Allah tarikh nikmat ibadah masa ini . Dikala semua pintu pintu masjid di tutup jangan kita lupa PINTU TAUBAT masih terbuka . Matahari belum terbit dari barat , dajjal belum keluar , Nabi Isa belum turun . Maka kerap lah bertaubat..

Semoga kawan kawan semua terpelihara , saya sayang anda semua . Sayang kalian kerana Allah swt

Published by
Siti Zurina Mat Saman