Selain Fedtri Yahya Ditimpa Kecederaan, PU Azman Juga Tak Sihat. Netizen Doakan Keduanya Cepat Sembuh!

Share

Malang tidak berbau apabila pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, 39 tahun terbabit dalam kemalangan kecil membabitkan basikal yang berlaku di tempat letak kereta di Sri Pentas semalam.

Dia yang sebelum itu mengacarakan program malaysia Hari Ini mengalami kecederaan di bibir selamat menjalani prosedur rawatan di sebuah pusat perubatan Damansara, Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan: Guna 2 Bahan Dapur Untuk Buang Toksik Dalam Badan, Fedtri Yahya Kongsi Cara Rawatannya Sebelum Tidur

Dalam perkongsian di laman Instagram Fedtri Yahya melalui isterinya, Nurul Anati Ismail, 35 tahun, memberitahu hal ini menerusi Instagram dan memohon orang ramai mendoakan kesembuahan suaminya itu.

Selain Fedtri Yahya, seorang lagi pendakwah bebas, PU Azman juga dimasukkan turut ke pusat kesihatan kerana masalah keletihan.

Dalam perkongsiannya di laman Instagram PU Azman berkongsi sekeping gambarnya terbaring dan memohon warganet mendoakan kesembuhannya.

Artikel Berkaitan: Haram Atau Tak Suami Panggil Isteri Dengan Nama Ummi, Ibu Atau Mama. Ini Penjelasan PU Azman Wajib Ambil Tahu!

Menurutnya sakit dialami mungkin disebabkan keletihan terbabit dalam empat program secara berterusan.

PU Azman juga turut membuat lawak, dirinya lemah dan nak tumbang tetapi bukan disebabkan dia mengandung.

Rata-rata warga net mengucapkan takziah dan mendoakan diri keduanya-dua cepat sembuh.

nurhelizahelmi Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Allahu Rabbi. Moga Allah berikan kesembuhan… aamiiin Ya Allah

alifsatar innalillahiwainnailayhirojiuunsemoga cepat pulih dan kembali seperti biasa bang @fedtriyahya

wanyhasrita Ya Allah abg! Semoga dipermudahkan semua urusan & cepat sembuh abg!

dianaamir inna lillahi wa inna ilaihi rojiun, semoga diberi kesembuhan dan kekuatan utk family

nurulsyuhadanurulain Semoga Allah SWT memberi kesembuhan dan kekuatan untuk mu Fed. InsyaAllah Amin…

aniisah_rasyidah Syafakallah cik man.. Bykkan rehat dan limitkan waktu supaya tdk menjejakkan kesihatan.. Kesihatan lbh berharga bt masa ne… Nanti nk sumbang lagi byk pd masyarakat ya… Khusus pd anak muda…

aliasafuraa Semoga cepatt sembuh cikman sakit2 pon sempat lgi melawak

cik_ili Kerja kuat sangat cik man ni. Rehatlah secukupnya ye. Semoga cepat sembuh cik man

mma_angsanaqaseh Semoga Allah swt mengurniakan mukjizat kesembuhan buat cikman dan tidak meninggalkan apa2 kesakitan melainkan hanya kesihatan yg baik2 sahaja. Rest well cikman.

Artikel Berkaitan: Fedtri Yahya Kongsi Hikmah Baca Surah At Taubah Ayat 128-129 Tujuh Kali Selepas Solat Fardhu Antaranya Jika Berhutang Akan Segera Dapat Bayar

Kredit Foto: Instagram Fedtri Yahya & PU Azman

Published by
Siti Zurina Mat Saman