Selalu Hantar Mesej Ringkas, Salah Satu Cara Buat Suami Sentiasa Rindu & Sayang Till Jannah

Share

Dalam setiap perhubungan mesti ada  pasang surutnya. Tidak semua kejadian itu indah-indah kerana ada masanya berlakunya perselisihan faham.

Namun bagaimana sebagai orang perempuan yang sering merasa dirinya tidak disayangi suami. Ada caranya boleh dilakukan untuk memastikan diri kita dirindui orang yang kita sayang terutama apabila berjauhan.

Berikut adalah beberapa petua atau kaedah yang boleh dicuba untuk membuatkan lelaki merindui anda.

1. Buat lelaki sayang dengan layanan

Tidak dinafikan bagi wanita yang bekerja, mungkin sukar untuk memberi layanan yang mesra saat suami tiba di rumah selepas bekerja. Malahan sebenarnya, wanita yang menjadi suri rumah juga adakalanya kelam kabut dalam menguruskan anak.

Namun, cuba untuk luangkan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit untuk menyambut kepulangan suami sebelum menyambung melakukan tugasan rumah anda. Berikan layanan mesra dan senyuman, sudah tentu perbuatan ini akan dapat membuatkan hati lelaki sejuk melihat anda.

2. Sentiasa kemas di hadapan suami

Seperti yang dinyatakan tadi, wanita yang bekerja atau suri rumah akan berasa penat. Namun tidak ada salahnya untuk anda bersiap, sekurang-kurangnya mandi dan berpakaikan kemas selain baju kelawar, ketika menyambut kepulangan lelaki yang anda cintai.

Lagi bagus kalau dikenakan sedikit wangian yang digemari pasangan anda. Ini sudah tentu dapat membuatkan lelaki merindui anda ketika berjauhan. Kalau anda rajin, oleskan sedikit lipstik untuk menampak anda lebih berseri.

3. Cara buat lelaki cair, buatkan dia air

Nampak remeh bukan? Tapi tidak bagi orang-orang lama. Orang dulu-dulu, akan tanya suami mahu minum apa. Isteri akan tuangkan dan letakkan di sebelah suami. Lelaki juga inginkan diri dimanja. Rasanya sebagai pasangan, anda pasti mengetahui mengenai makanan mahupun minuman kegemaran lelaki kesayangan anda, bukan? Jadi setiba kepulangan suami, sediakanlah air kegemaran mereka.

Kalau anda tidak pasti, anda boleh tanya sama ada mereka inginkan air sejuk atau air panas. Kalau rajin, hidangkan bersama kuih sama ada disediakan oleh anda, atau anda boleh beli sahaja di kedai.

4. Cara buat lelaki happy, berbual mesra dengan dia

Ketika berbual dengan lelaki, mungkin ia adalah sangat yang sesuai untuk anda bermanja dan mendapatkan perhatian mereka. Sesekali ketika berbual, mungkin anda boleh sandarkan  kepala anda ke dada mereka.

Rahsianya, perbuatan meletakkan kepala ke dada adalah satu perbuatan yang disukai oleh lelaki. Ini membuatkan mereka berasa seperti lelaki sebenar yang dapat memberikan perlindungan kepada insan yang dicintai mereka. Kalau anda ingin membuatkan lelaki rindu kepada anda, rajin-rajinlah untuk menyandarkan kepala ke dada mereka.

Namun, pastikan terlebih dahulu lelaki kesayangan anda berada dalam mood yang baik.

5. Cara buat lelaki makin sayang, beri belaian manja

Seperti wanita, lelaki juga ingin dibelai manja. Apabila dalam kenderaan dan lelaki sedang memandu, mungkin anda boleh memberikan belaian mesra kepadanya. Usaplah tangan atau paha, belailah pipi mahupun rambut. Kalau nampak si dia keletihan, picitlah dengan lembut bahu mahupun lehernya.

Anda mungkin berasakan perbuatan ini tidak mungkin akan membuatkan lelaki merindui anda, tetapi apabila si dia sudah terbiasa dengan belaian anda, sudah pasti dia akan merindui belaian manja dari anda apabila berjauhan. Lebih-lebih lagi apabila si dia memandu sendirian, sudah tentu si dia akan merindui anda. Lagipun tidak ada ruginya untuk mencuba.

6. Cara buat lelaki rindu, dengar luahan dia

Walaupun hakikatnya lelaki jarang mahu berkongsi masalah dengan sesiapa, tetapi ada masanya kita semua memerlukan seseorang untuk sudi mendengar luahan dan masalah. Sekiranya, suami anda inginkan ruang untuk berbicara, maka berikanlah sepenuh perhatian kepadanya.

Anda mungkin tidak perlu untuk memberikan sebarang pandangan mahupun komen, kerana adakalanya, lelaki hanya ingin meluahkan bebanan yang ditanggung. Jadi selagi mereka tidak bertanyakan pandangan anda, pinjamkan sahaja telinga anda.

Lelaki pastinya akan berasa disayangi apabila anda tampak tidak jemu dan memberikan perhatian kepadanya. Sudah tentu, ini akan membuatkan si dia merindui anda, apabila berjauhan, bukan?

7. Selalu hantar mesej

Bila kita sayangkan seseorang, sudah pasti hati dan fikiran akan selalu memikirkan tentang si dia, apatah lagi jika berjauhan. Jadi mungkin anda boleh menghantar mesej kepada lelaki yang anda sayangi. Tanyakan keadaannya, ingatkan si dia untuk makan, atau mungkin sekadar bertanya tentang harinya.

Tiada salahnya kalau anda menyatakan bahawa anda merindui si dia, sudah tentu ia akan membuatkan si dia rasa disayangi. Malah peratusan yang tinggi bahawa si dia juga akan mengakui bahawa anda juga sedang dirindui.

Jika masa bercinta dahulu, boleh bermesej sehingga lewat tengah malam, kenapa tidak ketika sudah menjadi yang halal, anda meneruskan lagi untuk bermesej si dia. Ikatan perkahwinan bukan untuk menghenti kasih sayang yang terjalin dahulu ketika bercinta, tetapi untuk menguatkan lagi rasa cinta, jadi mulakan untuk menghantar mesej kepada si dia.

8. Tunjukkan yang kita juga rindu dia

Apa yang membuatkan kita merindui seseorang? Sudah tentu rasa rindu itu hadir kesan daripada cara seseorang menzahirkan rasa sayang kepada kita, bukan? Jadi sebagai isteri, jangan malu untuk pamerkan rasa cinta dan kasih kepada pasangan anda melalui perbuatan.

Pimpinlah tangan si dia ketika berjalan, suapkanlah makanan kepadanya atau lapkan mulutnya sewaktu makan. Atau anda boleh membuat kejutan seperti membuat pesanan makanan secara kejutan ke tempat kerja suami. Sudah tentu ia boleh membuatkan suami berasa bangga memiliki isteri yang prihatin seperti anda.

Pastinya, apabila sering dimanjakan dengan perbuatan sebegini, rasa rindu juga akan hadir apabila berjauhan.

9. Jaga suami elok-elok

Menjaga merupakan satu perspektif yang luas, anda boleh menjaga dengan mengambil berat aspek penampilan suami, segera menyahut panggilan daripada lelaki kesayangan anda dan berhiaslah untuk suami. Ini merupakan antara cara untuk membuatkan lelaki rindukan anda.

Sebelum tidur malam, anda mungkin boleh membelai dan memberikan ciuman pada dahinya serta lafazkan betapa anda bersyukur memiliki si dia sebagai lelaki yang bergelar suami. Ia sudah pasti membuatkan si dia lebih menyayangi anda.

SUMBER: THEROHANI.COM

WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI

✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘

Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..

✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽‍♀‍

✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)

✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻

Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/

Untuk bimbingan awal secara PERCUMA dari Coach Zuhri pula, jom sertai sesi Live CurHat Jodoh bersama Coach jam 9.00 malam – 10.00 malam di:
https://www.instagram.com/kashoorga/ dan
https://www.facebook.com/Kashoorga

Published by
Siti Zurina Mat Saman