Selepas lima minit saksi anak mengucap dua kalimah syahadah, ibu ikut sekali peluk Islam. Benarlah hidayah milik Allah, pada mulanya ibu ini hanya menemani anaknya untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Akhirnya tanpa disangka ibu ini turut mengambil keputusan untuk memeluk Islam mengikuti jejak langkah anaknya. Alhamdulillah syukur kepada Allah.

Artikel Berkaitan:

‘Mengucap Dua Kalimah Syahadah Di Katil Hospital.’ Gadis Ini Pergi Selepas 13 Hari Peluk Islam

Selepas Lima Minit

Keindahan dua kalimah syahadah dilafaz anak perempuannya mendorong seorang wanita memeluk Islam dan bersama-sama mendalami agama syumul itu.

Wanita yang memilih nama Nurul Hidayah Kerashnan berusia 53 tahun itu mengucap lafaz suci lima minit selepas menyaksikan pengislaman anaknya, Nur Shazrin Aisyah Abdullah, 20.

Sebelum itu, dia berkunjung ke Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini untuk menemani Nur Shazrin.

Selepas Lima Minit Saksi Anak Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Ibu Ikut Sekali Peluk Islam
Saksi Anak Mengucap

Kisah dua beranak itu tular selepas video mereka dikongsi di Facebook (FB) dan TikTok Perkim Kebangsaan serta turut menerima ribuan komen positif serta sokongan orang ramai.

Ads

Berdasarkan kenyataan di FB Perkim Kebangsaan, dua beranak itu sanggup berjalan dua kilometer (km) dari rumah mereka di Titiwangsa ke Ibu Pejabat Perkim demi Nur Shazrin Aisyah memeluk Islam.

Watch on TikTok

Gadis itu melafazkan syahadah di hadapan Pegawai Unit Pembangunan Insan dan Operasi Perkim, Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong dan disaksikan ibu kandungnya.

Selepas Lima Minit Saksi Anak Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Ibu Ikut Sekali Peluk Islam
Dua Kalimah Syahadah

“Ketika Shazrin atau nama asalnya Sugasini melengkapkan butir pengislaman, lima minit kemudian, ibunya menyatakan hasrat mengikuti jejak anaknya memeluk Islam.

“Selepas mengikrarkan dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab diikuti dalam bahasa Inggeris, ibu Shazrin memilih nama Nurul Hidayah Kerashnan kerana Allah SWT sudah memberi hidayah menjadi seorang Islam,” katanya.

Ads

Berdasarkan perkongsian itu, Nurul Hidayah memaklumkan sudah biasa menyesuaikan diri dalam kehidupan seorang Muslim kerana tiga anaknya sudah memeluk Islam sebelum ini, sekali gus keluarga mereka mempraktikkan aspek halal haram dalam Islam.

“Saya mula kenal Islam ketika berusia 12 tahun selepas berpindah ke sebuah sekolah yang mana ketika itu hanya saya pelajar bukan Islam,” katanya.

Selepas Lima Minit Saksi Anak Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Ibu Ikut Sekali Peluk Islam
Ibu Ikut Sekali Peluk Islam

Dia juga pernah mengikuti ceramah di surau sekolah tanpa paksaan dan mengakui menerima hidayah ketika berusia 18 tahun selepas bermimpi seorang wanita memberi salam.

“Saya dapat hidayah (ketika itu) tidur, macam mamai terjaga. Tiba-tiba macam dapat mimpi ada seorang perempuan (berpakaian) putih ketuk pintu, dia bagi salam,” katanya.

Shazrin juga terkejut apabila ibunya meluah hasrat memeluk Islam kerana tidak menyangka wanita itu mahu menukar agama.

Ads

Selepas Lima Minit Saksi Anak Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Ibu Ikut Sekali Peluk Islam

Baca Di Sini:

‘Bilal Azan Merdu Sangat, Sampai Saya Boleh Hafal Setiap Kalimah.’ Kesan Laungan Azan, Pemuda Ini Peluk Islam

Kashoorga: Lebih mudah bila anak-beranak dapat mendalami agama Islam dalam yang sama.

Sumber: myMetro, Perkim Kebangsaan 

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI