“Selepas Perceraian Kami Berpura Bahagia, Tapi Naluri Anak Dapat Hidu Semuanya”-Ibu Tunggal

Share

Perceraian bukan lah pengakhiran yang diingini setiap pasangan suami isteri. Namun jika segala usaha menyelamatakan bahtera tidak berjaya, mungkin perceraian jalan terbaik.

Perceraian juga adalah satu perjudian, ramai juga pasangan bercerai yang hidup bahagia selepas bercerai malah kehidupan pun semakin bagus dan ada juga sebaliknya.

Namun dalam perceraian, walau siapa pun yang menang, yang akan kalah dan menjadi mangsa adalah anak-anak. Allahu…kasihan mereka yang tidak bersalah ini.

Artikel berkaitan: Hubungan Batin Melalui Perkahwinan Itu Cara Urus Nafsu Seseorang Supaya Halal Dan Selamat Namun Jangan Sampai Jadi Asbab Perceraian

Artikel berkaitan: Haram Lakukan Hubungan Intim Selepas Lafaz Cerai, Walaupun Belum Disahkan Di Mahkamah!

Gambar hiasan

Sebuah kisah sedih tentang kecurangan pasangan seterusnya menyebabkan perceraian telah dikongsi oleh seorang ibu tunggal kepada cikgu influencer terkenal iaitu cikgu Mohd Fadli Salleh.

Cerita itu diberi izin olehnya untuk dikongsi di sosial media sebagai iktibar dan teladan semua. Kita ikuti sepenuhnya catitan ibu tunggal terbabit (nama tidak dinyatakan)

Dalam perceraian, siapa pun menang, yang menjadi mangsa ialah anak-anak. Baca perkongsian dari Puan ini tentang kisah hidupnya.

Semoga menjadi pedoman pada kita semua. Ingatlah, anak-anak itu harta tidak ternilai harganya. Tanpa kita perasan, kita melukakan mereka.

“Salam cikgu, saya ada baca post cikgu tentang kecurangan dalam rumahtangga. Saya salah seorangnya.

Saya dihubungi seorang perempuan yang memaklumkan suami saya ketika itu adalah teman lelakinya. Perempuan itu menuntut janji suami saya untuk berkahwin dengannya.

Saya tidak pernah mengamuk, memaki hamun perempuan tersebut kerana hati saya sudah lama ‘bau’ perkara ini terjadi. Saya juga kena kuat sebab waktu terima berita itu saya di tempat kerja.

Saya bekerja sebagai pegawai bank dalam bidang customer service. Jadi saya perlu kawal emosi sekuatnya.

Dipendekkan cerita, saya dan suami bercerai. Ketika kejadian berlaku, anak berumur 4 tahun. Kami bercerai setahun kemudian.

Semasa kami berkahwin, suami bekerja dalam bidang kontraktor. Jadi banyaklah duit. Setelah berpisah, pekerjaan beliau seolah ada masalah dan beliau terpaksa berhenti kerja. Ketika itu tiada kerja dan hidupnya kais pagi makan pagi.

Terpaksa menyewa bilik sebab tak mampu. Bekas suami juga tidak berkahwin dengan perempuan tersebut.

Berbeza dengan hidup saya Alhamdulillah, dalam tempoh setahun selepas bercerai saya berjaya dapat kunci rumah dan beli kereta baru.

Demi anak, hubungan saya dan bekas suami baik. Kami mengambil kata sepakat untuk sentiasa berkomunikasi demi anak tunggal kami. Alhamdulillah kalau dilihat, saya dan bekas suami seperti pasangan rumahtangga kerana selalu keluar bersama anak kami.

Nota sedih anak. Luahan perasaan yang meruntun hati ibu.

Parents sekolah juga terkejut bilamana mereka sangkakan kami seperti suami-isteri kerana selalu terlibat bersama-sama dalam aktiviti sekolah.

Sekarang anak sudah berumur 9 tahun. Baru-baru ini, tiba-tiba anak saya bertanya semula apa yang terjadi dulu. Suatu hari, saya lihat ada nota yang ditulis.

Sedih saya membacanya. Saya sangkakan walaupun saya masih baik dengan bekas suami, hati anak saya takkan tercalar. Tapi saya salah. Dalam hubungan suami isteri, sama ada suami menang atau isteri menang, yang kalah tetap si anak.

Saya izinkan cikgu share cerita dan nota anak saya sekiranya cikgu nak guna untuk nasihat pada suami isteri/ bakal.

Terima kasih sudi baca

Kashoorga : Semoga sahaja anak-anak ini dianugerahkan kekuatan hati dan jiwa kental daripada Allah SWT. Kedua ibu ayah perlu bertanggungjawab ke atas anak-anak mereka walau apa pun terjadi.
Jangan lepas tangan. Bagi sang ayah, nafkah anak ialah tanggungjawab besar hrtus dilaksnakan. Jika gagal, hadapilah perbicaraan di hadapan Allah di akhirat nanti.

Published by
Emma Masri