Menjadi fitrah wanita normal mengalami pusingan haid setiap bulan. Ketika ini kaum hawa diberi pengecualian dalam menunaikan solat sehingga suci dari hadas ini.
Namun perlu diingatkan hari terakhir selesai haid wanita jangan sesekali menangguhkan mandi wajib dan solat. Sekiranya sudah suci dan terlepas solat, ia perlu diqada. Penjelasan tentang isu mandi wajib dan solat selesai haid ini ada dijelaskan oleh Ustaz Wadi Anuar dalam satu perkongsian beliau.
Waktu selesai haid, mandi wajib & solat
1.SUBUH
Sebelum masuk waktu Subuh (masih dalam Isyak)
-Wajib mandi
-Wajib solat Isyak & qada solat Maghrib
Masih dalam waktu Subuh
-Wajib mandi
-Wajib solat Subuh
Ads
Selepas habis waktu Subuh (Duha)
–Tidak terus wajib mandi dan tidak perlu solat Subuh
Melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Hendak mendidik anak-anak seelok-eloknya ketika mereka masih kecil lagi, baharulah didikan yang diterapkan dapat meresap ke dalam sanubari anak-anak. Seperti mengajar anak-anak menghafal surah, boleh cuba cara yang diamalkan oleh Shuib Sepahtu ini.
Melalui satu video yang dikongsikan oleh Shuib, Shuib dan Siti Sarah dikatakan sedang mencuba peraturan baru untuk mendidik anak-anak mereka di mana mereka harus membaca satu surah Al-Quran jika mahukan permainan baru.
Rata-rata pengikut Shuib memberikan komen positif. Malah ada juga yang ingin mencuba teknik baca dulu baru beli yang dipratikkan oleh Shuib dan isterinya Siti Sarah.
NAK BUAT DEKAT ANAK
BOLEH JADI PANDUAN DIDIK ANAK-ANAK
PERATURAN JARANG JUMPA
Sumber kredit: @Shuib Sepahtu
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ada orang kata bulu kucing daripada kucing hidup dan sudah mati itu najis. Kadang-kadang si pencinta kucing ragu-ragu sama ada sah atau tidak solat mereka jika ada bulu kucing telah melekat pada pakaian ketika mereka sedang bersolat. Entri ini boleh membantu untuk mengetahui solat mereka sah atau sebaliknya.
Merujuk pada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah daripada Kabsyah Binti Ka’ab bin Malik, bahawa suatu saat Abu Qatadah memasuki rumah dan disediakan minuman olehnya. Tiba-tiba datang seekor kucing meminum daripada air minuman itu dan Abu Qatadah mencondongkan mangkuk itu sehingga dapat diminum oleh kucing itu.
Ketika Abu Qatadah melihat Kabsyah memperhatikannya maka dia bertanya : “Apakah kau terkejut wahai anak saudara perempuanku?” Dia menjawab : “Benar”. Berkatalah Abu Qatadah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Kucing itu tidak najis, ia termasuk binatang yang berkeliaran di sekelilingmu”(Sahih Abi Daud dan lain-lain)
Berdasarkan hadis sahih ini para sahabat, tabi’in dan kebanyakan daripada ulama seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishaq bin Abdullah mengatakan bahawa ianya tidak dikira najis. Bahkan jumhur ‘ulama mengatakan bahawa bulu kucing tidak najis kerana ia adalah daripada haiwan yang bukan daripada kategori haiwan najis. Malah jika jilatan kucing bukan najis maka bulu kucing adalah lebih utama untuk dikatakan tidak najis.
Pendapat yang paling rajah (benar) pula mengatakan bahawa setiap rambut, bulu, bulu pelepah dan benang bulu daripada kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan adalah tidak najis sama ada ia masih hidup atau pun tidak. (Majmu’ Fatawa 38/21).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sering kali bila makan ke restoren kita diperdengarkan dengan alunan ayat suci al-quran.
Pada masa yang sama suasana di restoren amat bising dengan pengunjung berbual sesama sendiri, bergelak ketawa dan langsung tidak mendengar bacaan ayat al Quran ini.
Ia sangat bertentangan dengan adab ketika mendengar bacaan al-Quran yang mana kita haruslah diam dan menghayatinya sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
Perkara ini juga ditegaskan oleh Ustaz Wadi Annuar yang menganjurkan kedai makan memasang bacaan selawat dan bukannya bacaan ayat al-Quran bagi menjaga adab.
“Jika ada kedai makan, pasanglah selawat, jangan pasang lagu nanti tanggung dosa.
Bacaan ayat al Quran pun jangan pasang, kerana tidak menghormati al-Quran.
“Sebab bila pasang al-Quran kita wajib diam dan wajib hormat. Tak boleh waktu itu nak menggoreng, nak bersembang dan sebagainya dalam kedai. Bukan adabnya. Kalau ada kedai makan pasanglah selawat,”pesan beliau.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...