‘Selesai Kebumi Jenazah, Isteri Kalut Buat Persiapan Kenduri.” Tahlil Tak Salah, Yang Bersalah Si Jahil

Share

‘Selesai kebumi jenazah, isteri kalut buat persiapan kenduri.” Tahlil tak salah tapi yang bersalah si jahil yang tetap meminta keluarga yang kematian orang tersayang mengadakan majlis kenduri tahlil.

Pernah terjadi di sebuah kampung apabila berlakunya kematian, disebabkan keluarga tersebut menerima duit sumbangan yang banyak.

Maka ada seorang Lebai mendekati waris keluarga arwah tersebut dan berbisik kepadanya.

“Banyak dapat sumbangan, bolehlah jemput ramai sikit kenduri malam nanti….”

Artikel Berkaitan: Setahun Pemergian Siti Sarah. ‘Shuib Mengingati Arwah Tanpa Gagal, Setiap Hari.’

Selesai Kebumi Jenazah

Waris yang sedang berduka mengangguk tanda faham walau hakikatnya yang mati itu suaminya, sedangkan dia hanyalah suri rumah sepenuh masa. Terdapat empat orang anak yang masih bersekolah. Si suami bekerja sebagai pemandu bas sekolah sahaja.

Selesai urusan kebumi jenazah, si balu kalut semacam meminta bantuan sanak saudara yang ada untuk membuat persiapan kenduri tahlil dan makan-makan yang akan dilakukan malam ini.

Di ambilnya wang yang terdapat di dalam bekas dari hasil sumbangan orang ramai lalu di arahkan adiknya keluar membeli bahan masakan dan yang lain pula membantu apa yang patut di dapur.

Isteri Kalut

Selepas isyak jemputan hadir, membacakan tahlil. Selesai ia, mereka dihidang dengan sedikit juadah rakyat marhaen.

“Ayam masak merah…” Kata tetamu apabila melihat hidangan.

Sementara di dapur si balu kepenatan dia duduk termenung sambil berlinang air mata memikirkan sang suami di alam sana.

Sekejap pula imbasan terhadap arwah, fikirannya mula beralih arah menu juadah untuk esok malam. Si balu mula mengeluh dalam masa sama, dia teringat bahawa cuti sekolah hampir berakhir. Persiapan untuk pembukaan sekolah belum dibeli.

Buat Persiapan Kenduri

“Manalah nak cari duit untuk baju sekolah dan yuran ….” Sambil matanya jauh merenung nasib diri dan anak-anak

Kisah Rakyat Marhaen..Tahlil tak salah, yang salah si jahil.

Bila buat acara tahunan tahlil, sudah tentu buat waktu malam. Kerana hanya waktu malam, rumah Allah akan dikunjungi orang-orang taman perumahan kerana waktu siang mereka bekerja.

Majlis tahlil atau bacaan salah satu surah yaasin yg dbacakan oleh orang-orang surau bakal disedekahkan pada si mati memang acara budaya yang nampak islamik tapi tiadalah di dalam tuntutan agama.

Baca Di Sini:

Suami Isteri Meninggal Selang 72 Jam! SPJM Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Istimewa Ini, Dahi Berpeluh Saat Dikafankan

Proses Pengebumian Di UK Tak Semudah Di Malaysia, Isteri Kongsi Pengalaman Sempurnakan Jenazah Suami

Tahlil Tak Salah

Tiada kata-kata Allah dalam Al-quran atau kata-kata daripada Nabi melalui hadis, bahawa acara ini wajib dilakukan oleh keluarga si mati setiap tahun. Nabi tak buat untuk isteri dan anak-anak baginda yang telah wafat, begitu juga para sahabat.

Malah dikota suci juga amatlah melarang jika para petugas nampak mereka dari nusantara mengamalkannya.

Tetapi acara tahunan ini amat sukar untuk tidak diadakan di nusantara, malah bila tarikh kematian orang-orang tersayang akan dibuat juga oleh anak-anak. Ya amat sukar untuk tidak dibuat.

Malah bila tidak dibuat, anak-anak merasa orang tua yang di alam sana sedang diseksa kerana anak-anak tidak berdoa dan bersedekah untuk ibu, bapa mereka.

Yang Bersalah Si Jahil

Amalan bidaah ini memang sukar dibanteras. Sukar, malah jika mereka yang sudah mengenali sunnah dan tidak menghadirkan diri ke majlis tersebut, akan menjadikan mereka akan marah pada mereka yang tak hadir.

Baru-baru ini saya berbual dengan seseorang. Katanya dia telah mengisyaratkan anak-anak beliau untuk buat majlis tahlil untuk dia setiap tahun jika dia tiada nanti. Pakat adik-beradik berkumpul atau arahkan pihak surau untuk adakan.

Kashoorga: Ramai di antara kita sekarang mulai sedar bahawa tidak wajib untuk menganjurkan majlis tahlil.

Sumber: Hafizul Syukri Al Fatih via 1SABAH, Maziyan Mohammad

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Nur Syazwani Mehat