‘Selesaikan dulu pembahagian harta waktu masih hidup.’ Duit dan harta memang boleh butakan mata dan hati manusia.
Kadang-kadang semasa hidup, semua orang nampak baik tetapi bila tuan punya harta meninggal dunia semua berubah watak, yang warak pun boleh jadi tamak.
Apatah lagi jika harta yan ditinggalkan banyak, semua waris tampil ingin menuntut bahagian masing-masing tanpa segan-silu.
Ikuti perkongsian Akhtar Syamir ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:
Artikel Berkaitan: Waris Gelap Mata, Rebut Harta Pusaka. Peguam Jelaskan Instrumen Pembahagian Harta
Duit dan harta memang boleh butakan mata dan hati manusia.
Nasihat saya kepada semua, selesaikan urusan pembahagian harta sewaktu masih hidup lagi. Benar, kita ada faraid dan faraid tu bagus dan cukup baik dah.
Masalahnya bila melibatkan manusia. Sebab manusia ni ada yang baik dan ada yang jahat. Ada juga yang mulanya baik tapi dihasut orang lain pula.
Carilah syarikat pengurusan harta pusaka. Mereka boleh uruskan harta dengan sebaik mungkin dengan hibah harta terutamanya harta berbentuk fizikal dan yang sukar untuk dicairkan.
Kalau dalam bentuk duit tu mudah sikit. Dalam Takaful pun ada. Awal-awal lagi kita boleh simpan dan letak penama. Dalam masa yang sama, boleh jana keuntungan.
Kalau tidak ada harta, kita boleh wujudkan harta tu dengan masuk pelan perlindungan nyawa. Kalau nak kumpul sendiri berpuluh, ratusan atau jutaan ringgit, belum tentu kita dapat buat dalam kehidupan ni. Tapi penama kita boleh dapat nilai tu kalau kita ada perlindungan Takaful.
Mungkin asbab dari langkah kita hari ini, generasi kita akan berubah dari segi corak kehidupan untuk beberapa generasi lamanya.
Nak tukar nama? Tukarlah cepat. Selesaikan urusan tu semua sebelum jadi apa-apa. Sebab benda tu akan jadi lebih susah nanti. Yang dah ditukar nama itu, jangan pula jadi gila halau mak ayah pula.
Semoga kita terhindar dari kejadian seperti itu.
#BroOhsem
Baca Di Sini:
Banyak Hutang, Cara Waris Boleh Pastikan Arwah ‘Damai Di Sana’
Kashoorga : Semoga kita semua dijauhkan dari sikap sebegini.
Sumber : Akhtar Syamir
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.