Seluruh dunia islam berduka, Ulama Besar Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradawi meninggal pada usia 96 tahun.

Menurut satu ciapan menerusi Twitter Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (IUMS), pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat umat Islam di serata dunia.

Artikel Berkaitan: Buat Isteri Yang Rasa Tidak Dihargai Suami Sendiri, Ulama Besar Sheikh Abdul Aziz Ada Nasihat

Seluruh Dunia Islam Berduka

Kita dikejutkan dengan khabar duka atas pemergian seorang Syeikhul Ummah iaitu al-Allamah Syeikh Prof Dr Yusof Al-Qardhawi di bumi Daha, Qatar pada 26 September 2022 bersamaan 29 Safar 1944 H.

Nama sebenar beliau adalah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Beliau berasal dari desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir dan lahir pada 9 September 1926.

Beliau telah menghabiskan sebahagian besar kehidupan beliau sehingga akhirnya di Qatar.

Ulama Besar Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradawi

Berikut 8 fakta mengenai ulama hebat ini:

IKLAN

1- Ketika berusia kurang dari 10 tahun, beliau telah menghafaz keseluruhan Al-Quran termasuk kitab al-Tuhfat serta menguasai ilmu tajwid.

2- Pada tahun 1952 hingga 1953, beliau telah dipilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan ketika menyambung pengajian di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar.

3- Beliau kemudiannya menyambung lagi pengajian dengan mengambil pengkhususan di Fakulti Bahasa Arab dan memperoleh Ijazah Sarjana dan Diploma Pendidikan dengan kelas pertama. Beliau juga memperolehi Diploma Bahasa Arab dan Sastera daripada Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi.

4- Pada tahun 1960, beliau telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Tinggi di Fakulti Usuluddin di dalam bidang tafsir dan hadis.

IKLAN

Meninggal Pada Usia 96 Tahun

5- Al-Qardhawi pernah menangguhkan pengajian PhD selama 13 tahun dan akhirnya pada tahun 1973 (pada usia 47 tahun) beliau berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah dengan kepujian melalui tesisnya mengenai Fiqh al Zakat yang bertajuk Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima’iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).

6- Al Qaradawi menjawat pelbagai jawatan penting sepanjang penglibatannya dalam bidang keilmuan Islam.

7- Antaranya Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah serta Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa. Beliau turut menerima pelbagai penghargaan dari serata dunia termasuk Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431 (2009) di Malaysia.

IKLAN

8- Allahyarham meninggalkan legasi penulisan yang kini menjadi rujukan kepada umat Islam di serata dunia. Hingga kini, lebih daripada 150 buah buku telah dihasilkan dalam pelbagai bidang seperti fiqh dan usul fiqh, ekonomi Islam, al-Quran dan sunnah, akidah Islam, dakwah pendidikan dan lain-lain lagi.

Baca Di Sini:

Rahmat Untuk Bumi Malaysia, Ulama Besar Hadith Mesir Berketurunan Cucu Rasulullah Datang Ke Negara Ini

Ulama Besar Al-Azhar Meninggal Akibat COVID-19, Semakin Ramai Ulama Meninggal Tanda Dekatnya Akhir Zaman

Kashoorga : Semoga keluarga allahyarham Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradawi terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT.

Sumber : Ustazah Asma Harun, Sinar Plus

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI