Terdapat lima peristiwa penting di hari Jumaat, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat. (HR. Ahmad)
Banyak fadhilat hari Jumaat yang tersedia untuk dikutip. Amalan sunat pada hari jumaat sering diabaikan kerana kesibukan dalam melakukan tugasan dan aktiviti harian. Sedangkan terdapat banyak sekali kelebihan amalan sunat ini yang telah tercatit di dalam al-Quran dan hadis.
Berikut SEMBILAN amalan paling utama dan hebat keuntungannya bagi mereka yang mengamalkannya. Bergembira dan berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh meraih keuntungan padanya dan amatlah ruginya mereka yang mengabaikannya.
MEMOTONG KOKO
Disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
MEMBACA SURAH ALI-IMRAN
Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”
MEMBACA SURAH AL-KAHFI
Ads
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
MENGUCAPKAN SELAWAT KE ATAS NABI SAW
Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah Taala memberi rahmat 10 kali ganda. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi) Allah Taala juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (QS.Al-Ahzab:56)
MEMBACA YASSIN
Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah
Ads
MANDI SUNAT JUMAAT
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.” Dan sebuah hadith daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu. (Muttafaq alaih)
Manakala sebuah lagi hadis yang menerangkan tentang mandi sunat hari Jumaat adalah sebuah hadis daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama. (HR.Imam Abu Daud dan Tarmidzi).
Ads
SOLAT JUMAAT
Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.”
BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH
Sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan”. (HR.Al-Bukhari dan Muslim)
BANYAK BERSEDEKAH
Sedekah pada hari Jumaat lebih utama jika dibandingkan sedekah pada hari-hari lainnya. Ibnu Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadan dibandingkan bulan-bulan lainnya. Hadis dari Kaâab menjelaskan: Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.
Sumber kredit: Zainal Rashid
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kebiasaannya amalan mandi bunga sering dilakukan untuk membuang bala, menaikkan semangat serta mempercepatkan jodoh. Mungkin atas alasan ini maka ada yang mempraktikkan mandi bunga sebagai ikhtiar untuk mendapat jodoh.
Mengikut ajaran agama Islam, ia dikatakan boleh memesongkan akidah seseorang. Namun begitu dari segi saintifik, ia dilihat sebagai sesuatu yang baik. Menurut Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan.
Sebenarnya mandi bunga tanpa berniat yang boleh memesongkan diri daripada ajaran agama membawa banyak faedah. Seperti yang kita ketahui bahawa bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga matahari yang terbaik. Secara tidak langsung kebaikannya akan ‘ditempiaskan’ kepada pengamal mandi bunga.
Boleh sahaja mandi bunga tetapi janganlah kita berjumpa dengan orang yang mengamalkan ritual lalu meminta dia memandikan kita. Sebaliknya kita boleh sahaja mandi sendiri dengan niat untuk mendapat manfaat kesihatan daripada unsur-unsur kebaikan yang ada pada bunga-bungaan tersebut.
Jangan sesekali mandi bunga dengan niat untuk cepat jodoh kerana dikhuatiri boleh terpesong niat tersebut sehingga menjadi syirik. Percaya kepada kuasa seseorang sehingga meminta orang itu memandikan kita dengan air bunga boleh menjadi khurafat.
Islam telah menganjurkan kita untuk berusaha memudahkan jodoh dengan cara berdoa, solat istikharah dan solat hajat. Itulah yang sebaiknya.
Mandi bunga itu mungkin usaha kita asal tak melanggar syariat Islam. Tapi bagaimana nak kenal imam jodoh kita? Jom sertai webinar jodoh kami, anda akan di ajar mengenal lelaki yang baik untuk menjadi imam anda dan bersama-sama ke jannah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Apa perkara pertama yang anda lakukan bila anda hadapi masalah? Adakah anda cara keluarga dan kawan-kawan dan kongsi kerisauan anda dengan mereka? Adakah anda minta bantuan orang lain? Atau anda minta pada Allah SWT dulu?
Malangnya, ramai orang tak cari Allah SWT dulu bila masalah datang. Mereka lebih memilih untuk mengadu pada orang lain dan hanya berdoa pada Allah SWT selepas bercerita pada manusia lain.
Ibn Abbas RA berkata; “Satu hari, aku sedang menunggang di belakang Rasulullah SAW bila Baginda bersabda: “Wahai lelaki! Aku akan mengajarkanmu beberapa perkara. Lindungi perintah-perintah Allah, dan Allah akan melindungimu. Lindungi hakNya, Dia akan selalu bersamamu. Jika kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan hanya pada Allah; dan jika kamu perlukan bantuan, berdoa hanya pada Allah untuk mendapat bantuan. Dan ingatlah jika semua orang berkumpul untuk memberi manfaat kepada kamu, mereka tak akan dapat member manfaat kepada kamu melainkan apa yang Allah telah tentukan (untuk kamu); dan jika mereka semua berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadamu, meraka tak akan dapat memdatangkan apa-apa kepadamu melainkan apa yang telah Allah takdirkan untuk kamu. Pen telah diangkat dan dakwatnya telah kering.” (HR Tirmidzi)
Hadis yang indah ini adalah bukti bahawa kita mesti berpaling hanya kepada Allah SWT dahulu sebelum manusia lain. Dan jika Allah menghendaki, Dia akan memberikan anda jalan keluar dengan menghantarkan bantuan yang sesuai kepada anda.
Allah SWT cinta pada orang-orang yang hanya bergantung harap padaNya, jadi bila ada masalah yang datang menimpa, bantulah diri sendiri dengan cari Allah SWT dahulu. Cuba cara yang satu ini, dan lihat bagaimana hidup anda akan berubah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Meskipun bukan yang utama namun ibadah umrah juga tidak kalah istimewanya dengan ibadah haji. Ibadah umrah menjadi pilihan alternatif bagi mereka yang belum berkesempatan menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci Makkah.
Seperti mana keistimewaan ibadah haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah.
Di antara kelebihan umrah ialah:
1. MENJADI TETAMU ALLAH
Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : “Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”
2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah : “Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH
Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : “Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'”
4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Melakukan umrah pada bulan Ramadan menyamai ibadah haji”
5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”
6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)
Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : “Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)
7. PENGHAPUSAN DOSA
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : “Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”
Wallahu a’lam
Sumber kredit: FB: Juwita Shaari via Memori Terindah Tanah Suci
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan...