Sembilan Tanda Suami Isteri Terkena Sihir Pemisah Rumah Tangga. Hati-Hati Kalau Nak Bahagia Till Jannah!

Share

Derita yang terpaksa ditanggung apabila suami isteri terpaksa berpisah dipercayai akibat perbuatan sihir sesungguhnya amat menyiksakan.

Walaupun jauh di sudut hati wujud rasa kasih, namun hanya perpisahan jalan terbaik kerana setiap kali bertentang mata pasti akan timbul rasa benci.

Setiap hari hidup diselubungi pergaduhan antara suami isteri, malah nikmat perkahwinan tidak lagi dirasai apatah lagi untuk melakukan hubungan kelamin. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Walaupun melangkah ke dunia moden yang serba canggih, namun tidak dinafikan perbuatan sihir dan khurafat masih berlaku dalam kalangan segelintir individu yang menyimpan dendam terutama membabitkan hal rumahtangga.

Sihir pemisah dan pembenci ini akan membuatkan pasangan suami isteri tidak lagi dapat bersama dan tiada jalan penyelesaian melainkan perpisahan. Kadangkala perasaan hasad terhadap kebahagiaan orang lain mendorong perbuatan ini dilakukan demi mencapai kepuasan hati untuk melihat orang lain menderita.

Amalan sihir ini adalah haram kerana menggunakan unsur syirik iaitu amalan atau ritual menerusi perantara seperti jin atau syaitan dan selain daripada Allah.

Sihir ini juga tidak tertumpu kepada pasangan suami isteri tetapi juga pasangan yang baru bertunang, hubungan di antara ibu/ayah dengan anak, hubungan di antara sahabat dan lain-lain.

Ingatlah bahawa sihir tidak hanya berlaku apabila kita ada musuh sahaja. Sihir sebenarnya berlaku adalah disebabkan adanya perasaan dengki, iri hati, dendam dan sebagainya. Jalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah sentiasa amalkan zikir-zikir pendinding dan doa-doa pelindung.

Berikut dikongsikan sembilan tanda yang menunjukkan kemungkinan pasangan suami isteri dan isteri telah terkena sihir pemisah.

  1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sudah hilang keinginan untuk melakukan hubungan batin. Jika hubungan itu berlaku kemungkinan mereka tidak akan dapat menikmati nikmat sama sekali.

2. Suami atau isteri akan berasa rimas, sangat tidak tenang, dan panas bila apabila berada di dalam rumah tetapi apabila berada di luar rumah perasaan itu akan hilang serta-merta.

3. Suami atau isteri akan mula rasa tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.

4. Suami atau isteri akan melihat pasangannya dalam bentuk yang hodoh, buruk dan menakutkan.

5. Suami  atau isteri akan mudah marah dan melenting sehingga menimbulkan kemarahan pergaduhan yang kadang-kadang membawa kepada penceraian walaupun pergaduhan itu hanya berpunca perkara yang kecil.

6. Suami sangat ringan mulut (mudah hilang sabar) untuk melafazkan cerai manakala isteri pula sangat ringan mulut untuk meminta cerai daripada suami apabila berlakunya pergaduhan kecil.

7. Suami atau pun isteri akan mula sering mengalami mimpi-mimpi yang buruk dan menakutkan.

8. Suami atau isteri akan selalu melihat adanya kelibat yang melintas atau berkeliaran sama ada di dalam rumah atau pun di luar kawasan rumah.

9. Suami atau isteri akan sering mengalami masalah kesihatan yang tidak diketahui punca-puncanya seperti sakit kepala yang teramat sangat, sakit di perut, tangan kaki atau pun di bahagian anggota-anggota tubuh yang lain.

Jika ada tanda-tanda berikut, jangalah bertangguh. Lagi lama bertangguh, lagi cepat kesna buruk yang akan berlaku. Segeralah untuk mendapatkan rawatan daripada perawat perubatan Islam untuk dipastikan adalah benar disihir dan segera dapat diubati.

Semoga Allah melindungi kita daripada kejahatan-kejahatan sihir.

Sumber Kredit: Perawatislam.com

VIDEO KASHOORGA:

 

 

Published by
wan erni