Bertempat di Auditorium Said Ramadhan Al-Buti, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), telah diadakan satu seminar berkaitan poligami. Seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang (KUIS) itu bertujuan mendedahkan poligami daripada aspek undang-undang dan fiqh kepada masyarakat, selain memperbetulkan persepsi dalam menghadapi realiti sebenar hidup berpoligami.

Seminar Poligami Pilihan Atau Takdir ini mengutarakan tentang konsep poligami dalam Islam. Ia bertujuan memupuk  persefahaman dan mengurangkan konflik di kalangan pasangan. Dalam masa yang sama juga melalui seminar ini turut didedahkan keindahan poligami yang berlandaskan  iman dan takwa.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Zainuddin Che Seman, berkata konsep dan konteks poligami perlu difahami oleh masyarakat Islam dengan betul.

“Hikmah poligami amat murni kerana ia sepatutnya mendekatkan lagi hubungan, sekali gus mengukuhkannya dan bukan menjarakkan hubungan kekeluargaan. Dalam proses membina keluarga yang lebih besar ini saya berpandangan suami perlu mendapatkan persetujuan isteri pertama kerana hanya dengan cara itu matlamat poligami yang dianjurkan Islam dapat dicapai,” ujar Zainuddin.

Ads

Dalam seminar tersebut antara yang menjadi panel jemputan ialah peguam Syarie Azrul Azhan Mohammad Jamil dan Ketua Penyelidik Geran Psikologi Isteri Bermadu Menangani Konflik Rumah Tangga” serta pengamal poligami. Lebih istimewa dengan kehadiran pengamal poligami iaitu Abdul Rashid Zainal, Sumaiyah Sulaiman dan Siti Nor Jaafar.

Pengamal poligami turut berkongsi pengalaman masing-masing dalam menjalani kehidupan bermadu.  Wanita tidak sepatutnya menolak hukum disyariatkan Allah SWT sehingga meletakkan kesalahan atau memandang serong kepada lelaki yang memilih untuk berpoligami. Poligami adalh fitrah dan hak suami untuk berkahwin lebih daripada seorang isteri.

Menurut Abdul Rashid sebagai pengamal poligami, suami perlu ada sifat kepimpinan atau ketokohan apabila berhajat untuk berpoligami. Ujarnya lagi suami perlu membuat keputusan tetapi beri keprcayaan kepada isteri sebelum membuat sebarang keputusan.

Ads

Manakala bagi Sumaiyah pula, sebagai isteri yang melamar sendiri isteri kedua untuk suaminya, dia menyarankan agar isteri pertama reda dengan takdir yang telah ditentukan. Anggaplah isteri kedua itu sebagai hadiah kepada suami. Segala tindak tanduk telah digerakkan oleh Allah SWT.

Bagi Siti Noor pula dia menganggap jodohnya sebagai ketentuan Allah SWT. Berkenaan tentang pandangan masyarakat terhadap golongan isteri kedua, ujarnya tidak perlu mengulas banyak. Anggap ia sebagai dugaan yang perlu dilalui dalam kehidupan berpoligami.

Ads

 

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI