
Hidayah Allah itu datang tanpa mengira siapa orang itu. Dan antara golongan yang sering dilihat menerima hidayah ini adalah golongan selebriti.
Kebanyakan selebriti jika menerima hidayah Allan, akan segera membuang gambar-gambar lama ketika tidak bertudung di laman sosial.
Pelakon Lisdawati salah seorang yang melakukannya dengan membuang dan membakar foto-foto lamanya yang tidak bertudung.
Selebriti yang memiliki nama penuh Nisdawati Nazaruddin, 42 tahun turut mendedahkan memohon maaf seterusnya meminta peminat tidak lagi menyiarkan gambar lamanya.
Dalam posting di laman sosial Instagram, Lisdawati berkata jika mahu simpan, ‘conteng’ sikit bahagian mana yang perlu. Jika tidak mampu dia menyuruh untuk delete semua gambar dan video dirinya yang jahil suatu ketika itu.
Malah menurutnya setiap hari berdoa supaya cerita lama dirinya tidak disiarkan. Dia juga turut memohon supaya Allah terima taubatnya.
“Byk dah gambar gambar lama yg sy dah buang dan bakar. Tiba2 terkeluar keratan ni.. Masih ada lagi yg terselit. . Teringat pada beberapa peminat yg paparkan trowback gambar lama sy.. Sy mohon maaf sgt2 dan minta tidak disiarkan gambar sy yg lama.
“Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sikit mana yg perlu . Kalau MAMPU nak jer sy delete semua gambar dan video sy yg jahil dulu. Hari2 berdoa supaya cerita lama sy tak disiarkan. Semoga Allah Swt terima Taubat sy
“Maaf sekali lagi atas kesalahan sy pada semua.
#gambartrowback
#doaygbaikbaiksaja

Sebaik posting ini di muat naik, warganet turut memberi respon kepadanya.
bungasyurga_adawiyyah Aamin yaa rabbal alamin..InsyaaAllah semoga Allah menjaga Aib akk..
dhieyamardiya2423 Saya & Family minat sgt tengok drama kak Lisdawati. Semoga Allah membantu dan mempermudahkan urusan hijrah akak sekeluarga
puteri_anis85 Insyaallah allah tahu niat kita
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jodoh Hingga Syurga. Bergelar Isteri Cuma Sehari, Wanita Sempat Lafaz Kata Akhir “Abang Kita Dah Kahwin”

Perasaan gembira bergelar isteri pada lelaki dicintai pastinya pengalaman sukar dilupakan dalam hidup seorang wanita. Termetrai satu ikatan janji untuk bersama-sama mengharungi alam rumahtangga adalah impian kebanyakan wanita.
Namun manusia itu hanya mampu merancang, Tuhan menentukan. Impian untuk sama-sama mengharungi suka duka alam rumahtangga ternyata tidak kesampaian bagi pasangan suami isteri, Akmal Aziz dan isteri, Siti Saraf Ismail apabila baru sehari bahagia di majlis akad nikah mereka, keesokkan harinya bertukar berita sedih apabila dijemput Allah.
Dalam satu perkongsian di fb, Amaleng Husni, lelaki ini berkongsi kisah sedih mengenai dua pupunya, allahyarham Siti Saraf yang juga kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan di Putrajaya yang dijemput illahi sehari selepas majlis akad nikahnya.
Tulisnya:-
“Innalillahi wainna ilaihi rajiun Al-Fatihah buat dua pupu Siti Saraf. Semalam baru akad nikah hari ini Allah dah jemput arwah ” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, menerusi laporan Sinar Harian, Mohd Amirul Akmal menjelaskan dia telah dikejutkan isterinya pada jam 3 pagi memaklumkan dirinya mengalami sakit kepala. Namun tidak lama kemudiannya dia tidur semula sambil ditemani Akmal di sisinya.
Namun pada waktu pagi dia dan keluarga dikejutkan apabila melihat arwah mengalami sesak nafas.
“Saya segera hubungi ambulans kerana pada ketika itu isteri sangat memerlukan bantuan oksigen dan ambulans tiba jam 12 tengah hari.
“Bagaimanapun, isteri disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari oleh doktor yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),” katanya.
Lebih menyedihkan, ayat terakhir yang terpacul dimulut isterinya ialah : “Abang…kita dah kahwin”
Tambahnya lagi hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati isterinya itu meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak sebelah kanan.
Difahamkan arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karang pada Ahad.



.Akmal menerusi satu hantaran di Faceboknya sebelum itu, telah berkongsi kepada orang ramai memaklumkan yang beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinan secara tertutup dengan Siti Saraf yang juga seorang pegawai JPJ di Putrajaya iaitu pada 23 Oktober lalu di Masjid Mukim Binjai Baru, Kota Bharu Kelantan.
Bahkan di fb arwah, beberapa bulan sebelum majlis pernikahan mereka, dirinya sempat memuat naik status mengenai pertunangan mereka.
Kita up kat sini satu untuk long lasting memory..
Semoga dipermudahkan urusan perkahwinan suatu hari nanti Melalui badai kehidupan, semoga cinta ini sentiasa teguh, selalu bahagia dan kekal hingga syurga
Ada kisah lucu jugak, tak sangka kek pun boleh tersama jugak. Kek buah, tulisnya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Dihalau & Dinafikan Harta Sepencarian, Walaupun Bukan Penama, Isteri Boleh Tuntut Hak”- Peguam Syarie

Isi Kandungan
ToggleTuntutan harta sepencarian sering menjadi kemelut pasangan bercerai. Malang nasib seorang wanita setelah diceraikan dia dihalau keluar rumah atas alasan rumah yang diduduki itu bukan hak bersama walaupun dibeli semasa mereka masih lagi sebagai suami isteri.
Ikatan perkahwinan selama 30 tahun terlerai dengan kemelut atas perbuatan bekas suami yang turut menghalau dua orang anak mereka.
Kes tuntutan harta sepencarian ini bukanlah kes boleh diambil sambil lewa. Ia turut melibatkan hak orang lain.
Justeru kita ikuti penjelasan lanjut berdasarkan masalah yang diajukan.
Artikel berkaitan: Hak Isteri Selepas Bercerai, Suami Jangan Ingat Boleh Lepas Tangan
Artikel berkaitan: “Tak Selesa Ibu Sebumbung. Jangan Derhaka, Kamu Dan Seluruh Hartamu Adalah Milik Ibumu”-Syeikh
“Suami mengatakan saya tiada hak atas rumah tersebut kerana hanya nama suami sahaja sebagai pemilik kediaman yang dibeli. Persoalannya sekarang, adakah saya boleh menuntut di Mahkamah Syariah supaya rumah tersebut dijadikan sebagai harta sepencarian walaupun saya tidak ada mengeluarkan wang dalam proses pembelian rumah tersebut? Dan berapakah kadar yang selayaknya saya terima? Mohon penjelasan.
JAWAPAN:
1) Terima kasih atas soalan yang telah diajukan tersebut. Jadi, melihat kepada permasalahan puan di atas, apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah terdapat beberapa isu yang boleh diketengahkan:
- Sama ada harta yang dituntut merupakan harta sepencarian atau tidak
- Sama ada wujud sumbangan pihak-pihak bagi memperolehi harta tersebut dan kadar yang harus dibahagikan kepada pihak-pihak
Jadi, saya akan cuba menjawab satu-persatu berkenaan isu di atas.
Isu Pertama: Sama Ada Harta Yang Dituntut Merupakan Harta Sepencarian Atau Tidak
2) Perkara ini boleh dirujuk mengikut seksyen 2 Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 berkenaan dengan tafsiran harta sepencarian:
“Harta sepencarian” ertinya harta yang diperoleh oleh suami dan isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-yarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak;
3) Malah perkara ini juga telah dinyatakan secara jelas di dalam Enakmen yang sama seksyen 122(1) yang memperuntukkan:
“Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah penceraian untuk memerintahkan supaya apa-apa yang diperoleh oleh pihak-pihak sewaktu perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan antara pihak-pihak”
4) Di dalam Al-quran berdasarkan firman Allah di dalam surah An-Nisa’ ayat 32 ada menyebut:
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang telah dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain kerana bagi lelaki ada bahagian dari apa yang diusahakannya dan Bagi perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurnianya Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”
Berdasarkan kepada nas Al-Quran di atas jelas menyatakan bahawa perempuan (isteri) mempunyai hak ke atas apa yang diusahakan termasuk juga dalam apa-apa usaha yang mendorong suami berjaya dalam kehidupan seharian sehingga suami berjaya memiliki harta harta tersebut.
Usaha ini dikenali sebagai “sumbangan tidak langsung”. Usaha ini secara tidak langsung mendapat pengiktirafan dan ianya dijadikan asas di dalam harta sepencarian kerana peranan isteri dalam urusan rumah tangga adalah usaha yang diiktiraf oleh Hukum Syarak.
5) Manakala dari sudut hukum adat pula, walaupun perkataan Harta Sepencarian ini tidak dinyatakan secara khusus oleh syarak, namun ianya merupakan adat Melayu yang telah diterima pakai dan mendatangkan kebaikan kepada kaum wanita.
Oleh yang demikian tuntutan harta sepencarian di Malaysia adalah berdasarkan kepada adat atau ‘uruf.
Sesuatu perkara yang menjadi adat atau ‘uruf yang tidak bertentangan dengan hukum syarak serta menjadi kebiasaan amalan, maka ia layak diiktiraf dari sudut undang-undang.
6) Dalam hal ini, bagi menentukan sama ada harta tersebut adalah harta sepencarian atau tidak, maka mahkamah akan melihat kepada tempoh masa harta tersebut diperolehi dan sama ada wujud atau tidak sumbangan kedua-dua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi memperolehi harta tersebut.
7) Pihak yang ingin menuntut perlulah membuktikan kepada mahkamah bahawa harta sepencarian tersebut sama ada harta alih (seperti wang simpanan dan kereta) atau harta tak alih (seperti rumah atau hartanah) telah diperoleh dalam tempoh perkahwinan.
Seandainya harta yang dikumpul itu berlaku selepas penceraian, maka tidaklah dianggap sebagai harta sepencarian.
8) Seorang suami tidak boleh menentukan hak ke atas harta yang bukan mutlak walau namanya tertera sebagai pemilik.
Setiap harta yang dibeli walau hanya atas nama suami, ia boleh dituntut sebagai harta sepencarian apabila isteri turut menyumbang.
Sumbangan yang dimaksudkan bukan sekadar wang ringgit tetapi tenaga, dorongan dan sokongan yang diberi sehingga membolehkan harta tersebut dikumpul.
9) Jadi, berikutan dengan permasalahan ini, seandainya dapat dibuktikan bahawa rumah teres tersebut telah diperolehi bersama sewaktu dalam perkahwinan sama ada bukti melalui dokumen-dokumen ataupun saksi-saksi maka saya percaya puan juga berhak ke atas rumah tersebut dan ia boleh dituntut sebagai harta sepencarian.

Dalam hal ini, mahkamah akan melihat kepada faktor-faktor tertentu seperti sumbangan pihak-pihak bagi memperolehi harta tersebut dan kadar yang harus dibahagikan. Maka perkara ini akan dijelaskan pada isu yang kedua.
Isu Kedua: Sama Ada Wujud Sumbangan Pihak-Pihak Bagi Memperolehi Harta Tersebut Dan Kadar Yang Harus Dibahagikan Kepada Pihak-Pihak
10) Perlu dijelaskan disini, sebelum mahkamah menetapkan kadar yang perlu dibahagikan kepada pihak-pihak, mahkamah akan melihat kepada sumbangan yang diberikan di antara kedua-dua pihak. Ini kerana harta sepencarian merupakan tuntutan yang kadarnya ditentukan berdasarkan kepada sedikit atau banyaknya takat sumbangan yang diberikan.
11) Sumbangan yang dimaksudkan di sini ialah merujuk kepada sumbangan secara langsung dan sumbangan tidak langsung:
- Sumbangan secara langsung ini merujuk kepada usaha yang diberikan oleh kedua-dua pihak untuk memperoleh harta tersebut. Antara seperti sumbangan dari sudut kewangan.
- Manakala, bagi sumbangan tidak langsung pula kebiasaannya merujuk kepada kerja-kerja rumah yang dilaksanakan oleh isteri dalam menguruskan rumah tangga.
Ini termasuklah idea, dorongan serta keselesaan yang dikecapi suami sehingga membolehkannya mendapatkan harta tersebut
12) Sekiranya harta itu merupakan harta usaha bersama, maka faktor-faktor yang akan diambil kira oleh mahkamah termasuklah takat sumbangan tiap-tiap pihak.
Antara bentuk sumbangan itu, ialah dalam bentuk wang, harta atau kerja bagi memperoleh harta tersebut, hutang-hutang yang telah dibuat bagi manfaat bersama mereka serta keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu.
13) Namun sekiranya harta tersebut merupakan harta tunggal, mahkamah akan melihat kepada sumbangan tidak langsung yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperoleh harta itu.
Sebagai contoh melakukan kebajikan keluarga seperti memelihara rumah tangga, memenuhi keperluan anak-anak dan sebagainya.
14) Berkenaan dengan kadar pembahagian harta pula, ianya boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:
- Pembahagian sepertiga atau kurang kepada isteri: Pembahagian satu pertiga kepada pihak isteri dan dua pertiga kepada pihak suami akan terpakai apabila si isteri tidak memberi sumbangan kewangan dan hanya memberi sumbangan dalam bentuk menemani suami dan menjaga rumahtangga dan keluarga.
- Pembahagian sama rata: Berlaku sekiranya isteri juga memberi sumbangan kewangan, atau harta itu telah didaftarkan dalam kedua-dua nama suami isteri, pada amnya pembahagian akan diberi sama rata di antara suami isteri.
- Pembahagian melebihi separuh (1/2) kepada isteri: Isteri yang menunjukkan bahawa dia memberi lebih sumbangan daripada suami, misalnya dengan memberi sumbangan kewangan dan juga menjaga rumahtangga, patutlah diberi bahagian yang lebih daripada separuh harta sepencarian itu.
KESIMPULAN
15) Maka apa yang boleh saya simpulkan di sini ialah saya percaya Puan berhak untuk menuntut rumah tersebut sebagai harta sepencarian.
Ini berdasarkan kepada sumbangan tidak langsung yang telah puan berikan sepanjang mendirikan rumah tangga meskipun bukan sumbangan dalam bentuk kewangan.
Saya menasihati puan agar mendapatkan khidmat peguam syarie kes puan dapat berjalan dengan lancar memandangkan mereka lebih berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes sebegini. Sekian.
Sumber artikel : Nur Syairah Yusop untuk Peguam Syarie Faiz Adnan & Associates
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Benarlah Hidayah Itu Milik Allah, Pembantu Jurulatih Kelantan FC Peluk Islam

Isi Kandungan
ToggleBenarlah hidayah itu milik allah, pembantu jurulatih Kelantan FC peluk islam setelah bersama pasukan itu sejak tahun 2021.
Syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulnya.
Artikel Berkaitan:
Benarlah Hidayah Itu Milik Allah
Dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sahlah seseorang itu sebagai seorang Muslim. Maka segala kefardhuan dalam islam menjadi wajib ke atasnya dengan kata lain mesti dilaksanakan.
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
Maksudnya :
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Kita wajib mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.
Pembantu Jurulatih Kelantan FC
Siapa kita hendak menentukan pengakhiran seseorang, begitu juga dengan pembantu jurulatih dan penganalisis video pasukan Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas dilaporkan sudah memeluk agama Islam, semalam.
Perkembangan itu disahkan kelab berkenaan menerusi kenyataan di Facebook (FB) mereka dengan Pol Carpas kini akan menggunakan nama Abu Bakar.
“Pembantu jurulatih dan penganalisis video Kelantan Football Club, Pol Corpas Cuatrecasas memeluk agama Islam pada hari ini, yang disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan.
“Abu Bakar yang sudah bersama skuad The Red Warriors sejak musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023,” kata kelab itu.
Peluk Islam
Sementara itu, Norizam di FB miliknya turut mengesahkan perkara itu sambil menjelaskan tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah.
“Benarlah hidayah itu milik Allah. Nama baru Pol Carpos adalah Pol Abubakar Corpas Cuatrecasa. Mulai esok saya nak panggil dia Abu Bakar,” katanya.

Baca Di Sini:
‘Mengucap Dua Kalimah Syahadah Di Katil Hospital.’ Gadis Ini Pergi Selepas 13 Hari Peluk Islam
Kashoorga : Semoga penghijrahan ini memberi inspirasi buat mereka di luar sana.
Sumber: myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI