“Semoga Allah Merahmati & Melindungi Keluarga Tuanku” – Baru Disahkan Bebas COVID-19, Permaisuri Sumbang Katil Lipat Untuk Frontliner

Share

Sebelum ini seperti kita tahu Yang Dipertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong telah menjalani kuarantin di Istana Negara kerana ada kalangan kakitangan yang turut disahkan positif COVID-19.

Dan sebelum kuarantin juga, kita dapat lihat Raja Permaisuri Agong berkenan menyediakan makanan dengan air air tangan Baginda selepas mereka berjuang bagi merawat pesakit COVID-19.

Dan terbaru dilihat Baginda serta anakanda-anakanda mengurniakan sumbangan katil lipat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Medical Centre).

Ternyata posting terbaru yang di muat naik di laman Instagram ini telah mendapat tanda 15 ribu suka serta ratusan komen ditinggalkan.

airtangan_tunkuazizah ini saje yg saya dan anak2 mampu …… katil lipat utk doctor dan jururawat n petugas2 hosp … utk keselesaan mereka

ARTIKEL BERKAITAN: YDP Agong & Raja Permaisuri Agong Isi Masa Bertadarus

Rata-rata warganet terharu dengan sikap keprihatinan Baginda serta ahli keluarga terhadap frontliner yang berjuang menentang wabak pandemik ini.

_cikeka_ alhmdulillah. terima kasih buat Tuanku seisi keluarga. Daulat Tuanku
natraismail Alhamdulillah..menjunjung kasih tuanku..semoga Allah membalas dgn ganjaran pahala yg berterusan..
nur.amalinaroseman Alhamdulillah terima kasih Tuanku @airtangan_tunkuazizahSemoga Allah merahmati dan melindungi keluarga Tuanku.
salwa_pulakAllahuakbar. Inilah yg paling bermakna untuk petugas kesihatan di kala kepenatan Terima kasih Tuanku. Daulat Tuanku
amy.lan.azzahraAlhamdulillah, semoga Allah merahmati tuanku permaisuri dan seluruh keluarga tuanku.
rdylee_93 Bermakna buat yg memerlukan all blessings to raja permaisuri agong
KREDIT FOTO: INSTAGRAM
Published by
Siti Zurina Mat Saman